Showing posts with label Cerita indah Damia Nur Farysha.. Show all posts
Showing posts with label Cerita indah Damia Nur Farysha.. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

DIY Rumah Barbie kakak Mia ;P


Alhamdulillah siap jugak rumah Barbie untuk kakak Mia hari Khamis minggu lepas, selepas setiap hari minta beli rumah Barbie. Dah la mahal rumah Barbie tu paling murah jumpa RM199. dan ke atas. Pastu main kejap, buat perhiasan je. Tak mampu la mummy awak nak layan benda macam tu. Membazir rasanya. Better cari alternatif yg lain untuk menggembirakan anak dan paling penting murah kosnya ;P

Tgh duduk lepak2 depan tv,  search google 'DIY dollhouse'. Memang jumpa dan macam-macam bentuk ada. Sebelum ni dah buat dollhouse guna kotak kasut untuk kakak Mia tp tak smpai seminggu dah hancussss.

Kali ni, mummy cuba buat dollhouse yg kukuh sikit. Kita tengok berapa lama mampu bertahan. Tambah lagi dgn raksasa Arianna makin mengganas sekarang ni. Kakak Mia kena la mainkan peranan sebagai Ultrawoman ;P

Bab-bab DIY ni memang faveret sangat, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan permainan anak dan barangan rumah. Cuma, nak laksanakan semua, kena ambil masa dan mood ;P

Sebelum melaksanakan projek DIY ni, kena beli popsicle stick dulu. Beli popsicle stick harga RM1.50 sebungkus ada dlm 50 batang lebih kurang. Yang colourful punya sebungkus RM3.50. Kertas warna RM3.50. Lain-lain kelengkapan, semua guna je yang tersedia ada dalam rumah termasuk rak pink dan kotak kecil terpakai.

Yg seronok, kakak Mia teman mummy siapkan dollhouse dia sampai kul 4 lebih pagi. Teruk mummy dia ajar anak tidur lambat -_- *mata panda*

Keseluruhan Rumah Barbie kakak Mia dah 90% siap. Comot pun comot la yang penting menjadi. Kos pun tak smpai RM10.

Bangun tidur je, kakak Mia main. Setakat ni, dah masuk 6 hari, masih elok lagi dollhouse kakak Mia ni. kekekeke ;D

Bertambah-tambah seronok bila kakak Mia kata, "Rumah Barbie cantik angatt kan! Best angatt! Terima kasih mummy!" 


 Bilik tidur ada katil, almari dan chest drawer ;P Tapi kakak Mia complain katil Barbie takde tilam. Nanti la mummy cari span baju yang tak pakai, buat tilam untuk warga barbie awak tu -__-

Ruang makan ada meja dan kerusi makan, ada dapur gas. Siap ada pakwe tengah duduk tunggu makanan yg ntah bila akan muncul ;P 

 Ruang santai sekali ada sauna hahahaha. Siap ada bodyguard besar yang comel lagi. 

Ruang tamu ada sofa, meja, tv cabinet.

Siap ada flat screen tv rancangan Astrokk. Rumah mummy punye TV pun tak melekat kat dinding tauu ;P


Keesokan harinya........


Bila bangun pagi, raksasa Arianna pun bangun dan mula membuat onar di dalam rumah kakak 

 Satu rumah bising dengar kakak Mia dengan adik dia menjerit. Sorang mengadu, sorang lagi melalak nangis.

Macam ni rupanya rupa anak-anak bergaduh. Tak tau nak kata siapa yg salah. Penyelesaiannya, sorok rumah tu sementara sampai dua2 habis nangis ;D





Wednesday, January 20, 2016

Suka bergaduh / berebut mainan -___-"



Tengok dari jauh macam baik je diorang ni. Nampak macam geng baik je.

Sebenarnya, ianya adalah disebaliknya. ;P

Si kakak tengah marah adik dia ambil mainan dia. 

Adik dia pulak tak faham pape. Semua benda dia nak masuk mulut, semua benda nak baling. 

Kakak dia marah bukan sebab kedekut tapi sebab si adik masukkan barang dalam mulut. Si kakak marah adik dia kata, benda tu kotor dan bahaya.

Si adik tak faham. pergi baling barang dan cubit kakak dia. 

Kakak dia berang, marah adik dia, rampas barang dari adik dia. 

At last, dua-dua menjerit, melalak. Yang si kakak pandai cakap panggil mummy daddy pastu mengadu. 

Yang si adik pulak guna senjata khas dia.


 Tengok muka adik dia lepas gaduh. Ni la senjata khas dia tu.  Muka kesian je. Macam mana la mummy tak cair tengok awak bambam?

Kakak dia ego. Pastu cakap taknak kawan Anna.

Macam mana nak handle tu?

Rasa nak peluk dua-dua tapi kakak dia ego tinggi sangat macam daddy dia. Eh? ;P

*tapi setakat ni, belum pernah nampak kakak Mia marah adik dia sampai naik tangan atau cubit. Sekurang-kurangnya, dia yang mula nangis dulu. Hahaha*



_____________________________________________________________________

Akan datang, perlu pratikkan tips ni..


Tips tangani anak yang suka bergaduh :
  1. Jangan memihak dan jangan campur tangan kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
  2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu.Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak sahaja hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. So parents, jadilah pengadil yang adil dan saksama. Tanya kedua-dua anak yang bergaduh itu, dan lakukan siasatan sebelum mempercayai aduan anak. 
  3. Jangan suka membuat perbandingan pada siapa yang betul mahupun salah. Elakkan daripada mencari salah siapa. Sebaliknya, lakukan penyelesaian cara baik iaitu dengan cara meminta maaf. (Ajar anak bersalam memohon maaf dan peluk sesama sendiri) 
  4. Bantu anak-anak mengelesaikan konflik dalam pergaduhan dan ajar mereka cara untuk bertolak ansur, berkongsi dan juga sabar. Lakukan diskusi dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil, tetapi komunikasi berkesan akan memberi respond yang positif kelak. 
  5. Apabila anak-ank bergaduh, ibu bapa jangan ambil tindakan menengking ataupun meninggikan suara sebagai cara meleraikan pergaduhan. Hal ini akan menjadi ikutankepada anak-anak nanti. Anak-anak akan belajar dari ibu bapa, kerana mereka adalah cermin ajaib kepada kita. So keajaiban yang macam mana kita mahu ciptakan? Tepuk dada, tanya iman. 
  6. Selalu luangkan masa bersama anak-anak. Ambil peduli masalah mereka dan bantulah mereka dengan menjadi pendengar yang terbaik. Aktiviti bercuti, beriadah bersama dapat menguatkan ikatan kasih sayang sesama keluarga. Rasa kasih dan sayang yang tinggi akan mengurangkan pergaduhan.

Sumber : sini


Sekian ;)


Friday, November 13, 2015

Happy pills .



BAHAYA!


Kalau kakak Mia nampak adik dia main mainan yang kecik-kecik, cepat-cepat dia ambil pastu kata, 
"Ishh Anna ni, ni bahaya tau!"

Kalau Kakak Mia nampak adik dia panjat-panjat sofa, rak tv  atau meja, cepat-cepat dia datang  pastu kata,
"Anna, bahaya ni. jatuh kang. Ape la Anna ni."

Kalau nampak adik dia mengensot atas lantai terus panggil, 
"Mummy, Annak ejuk (sejuk) kang! Bahaya!"

Cara kakak Mia taknak bagi adik dia main barang permainan dia, 
"Anna, ni tak boleh. Bahaya! Nampak ni? Masuk mulut, kotor! 
-Ikut logik betul la memang kotor. Tapi sebenarnya dia kedekut. Hahaha

Perasan satu perkataan yang dia suka sebut tu. BAHAYA!. memanjang bahaya! itu BAHAYA. ini BAHAYA! hahaha.







---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


FOBIA ke TRAUMA!


Kakak Mia TAKUT betul bila dia tengok orang lain yang pegang Arianna. Takut adik dia kena tinggal lagi. Bukan senang ye nak tinggalkan Arianna masa kat Yong Peng tu. Minggu pertama, dia ok je. Masuk minggu kedua, dia tanya je mana adik dia. Tapi bila masuk minggu ketiga, dia mula menjerit kalau balik Putrajaya tak bawak adik dia. Setiap kali balik dari rumah pengasuh, dia nangis  ajak balik rumah nenek, nak jumpa Arianna.

Cukup la. Lepas ni kakak Mia dan Arianna sentiasa bawah ketiak mummy daddy jela. Kekekeke.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KONGSI BARANG PERMAINAN


Mood baik, dia bagi mainan kat adik dia.

Mood tarakkk baik, semua mainan 'BAHAYA'. Tak bagi adik dia pegang.

Selalu bergaduh jugak. Yang kakak pandai cakap, terus jerit marah je. Yang adik pulak, tak pandai cakap, tau jerit, nangis je bila tak dapat. Bunyi bising tu dah macam 3-4 orang adik beradik yang berebut mainan.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MUMMY JANGAN MARAH!


Kalau nak tidurkan si kecik ni, aku tak suka bunyi bising. Kesian dengan budak. Baru nak tidur, bunyi bising sikit, dia celik semula. Macam mana la budak tu nak tidur. Bila tak cukup tidur, dia merengek. Kesian dia.

Selalu part ni, mesti kakak Mia yang kena. Dia suka menyibukkan diri dia dalam bilik kalau Arianna nak tidur. Masa tu la baru dia keluarkan idea kreatif dia nak main susun-susun bedak jadi KLCC, mood  rajin keluar tiba-tiba sambil susun bantal-bantal tapi bila berat sikit bantal tu dia bebel berat la ape la. Hadoiii.

Pastu aku mula la buat, "SHHHHHH!!" sampai tak sedar dahi aku pun ikut berkerut.

Pastu dia pulak kata, "Mummy, jangan marah la."

Bila aku jawab, "Mana ada mummy marah, mummy suruh kakak Mia senyap kejap je. Arianna nak tidur."

Dia terus tunjuk kat dahi aku yang berkerut tu, "Tengok tu. Tu mummy marah! kan?"

Hahahaha. Sorryyyyyyyyyyy






Permata hati mummy, sayang awak berdua. 

Sekian.

:)























Wednesday, September 30, 2015

"Mummy, senyum Daddy!"





Lama dah rasanya tak menaip dalam belog yang tak semenggah mana ni. Haha. Tengah-tengah main whatsapp, tetiba teringat pulak pasal kakak Mia punya satu perangai ni. Terus bukak web https://www.blogger.com kekekeke.




Begini ceritanya.

Pasangan suami isteri kalau tak banyak, sikit pun mesti ada je yang nak berlawan pendapat. Ke kitorang je? Kekeke. Bukan berlawan sangat pun. Kadang-kadang kita tak sedar kita bergurau dengan kasar tertinggi suara. Lebih-lebih lagi kita tak sedar yang anak kita dah membesar dan mula memahami keadaan sekeliling dia..

Bila dia tengok ibu ayah yang dia sayangi ;P macam berlainan pendapat dan masing-masing cakap memanjang nak menang, pulak tu masing-masing sampai mata dah menjeling sikit, tiba-tiba dengar suara halus,

"Mummy, senyum Daddy! Mummy, senyum Daddy laaaa"

Maksudnya, Mummy kena senyum dengan Daddy. Jangan gaduh-gaduh! Dia tak suka tengok kitorang borak macam nak bergaduh. Kadang-kadang tu kitorang borak tapi dengan volume yang tinggi sebab keadaan sekeliling bising pun, tetap ayat "Mummy, senyum Daddy!" keluar dari mulut. Hahaha. 

Selagi ko tak senyum, selagi tu dia ulang ayat yang sama. Selalunya, aku terus senyum je kat Daddy dia tapi itupun kalau memang tengah bergurau la kan... Tapi kalau masa tu mood ke laut, kelat jugak nak senyum. Diulang ayat tu 2-3 kali baru boleh senyum. SENYUM KELAT namanya. Hahaha. Tapi tetap kena senyum jugak.

Sebab :

1. Sebab rasa comel sangat ayat tu. "Mummy, senyum Daddy" Mana dapat ayat ni aku pun tak tau. ;P
2. Kata nak bagi contoh yang baik kat anak. Kena la layan kan. Tetiba je. Hahaha.


Tapi kenapa mesti Mummy yang kena senyum dengan Daddy? Tak pernah pun dengar dia kata , "Daddy, senyum Mummy!" Hahaha. Nampak garang sungguh la agaknya muka Mummy awak ni. Tau tak, kakak Mia? Muka Daddy awak tu memang muka innocent habis, tapi hakikatnya, dia yang cari gaduh sebenarnya. ;P

Pastu Daddy dia pulak suka ambil kesempatan. Macam semalam, kitorang tak bergaduh pun sebenarnya. Salah faham. Aku ni tengah sibuk mengemas bilik mainan anak-anak dia boleh ters cerita, cerita dan cerita. Memang cerita tu menyakitkan hati sikit hehe. Tapi aku dah kata, "Cerita kat rumah la B. Nak kemas mainan ni jap." Dah memang tengan kemas pun. Pulak tu call guna whatsapp call. Ntah dia dengar ke tidak, line pun terputus. Line whatsapp call bukan betul sngat pun.

 Tetiba sampai rumah terus Mummy kena soal siasat dengan anak sendiri.

"Mummy marah te? Mummy marah Daddy? Mummy, senyum Daddy! Mummy senyum Daddy laa".

Aku dah agak dah. Ni mesti kes Daddy mengadu kat anak kan. Sabar jelaa. Saje nak cari pasal. Daddy dia pulak pandai buat muka innocent dia. Haishhh.

Tapi bagus jugak. Bila kakak Mia buat macam ni, Mummy Daddy tak dapat nak merajuk lama-lama. hahaha. 




Tapi lain pulak bila dia yang gaduh dengan Daddy dia.

Kalau dia yang bergaduh dengan Daddy dia, aku sebut balik ayat dia tu, "Kakak Mia, senyum dengan Daddy", kemain lantang suara dia jawab taknak! Masa ni la aku balas dendam balik. Aku ulang ayat yang sama macam yang dia selalu buat kat mummy dia tuuuu, "Kakak Mia, senyum dengan Daddy! kakak Mia senyum dengan Daddy laaaa" sampai dia rasa sakit hati dan mengalah. Akhirnya, dia akan senyum. Tapi SENYUM KELAT. Anak mak sungguh. HAHAHAHA!





p/s : Untung jadi lelaki muka marah pun boleh control. Jadi perempuan, muka renyuk seribu bila marah.  Tu la yang anak-anak cop kita pulak yang salah. Ataupun aku je yang muka jadi renyuk bila marah? ;P. Ni ayat backup diri sendiri ;)



Wednesday, August 5, 2015

Bila orang berkata tentang anak-anak kita.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






























Mood yang sedih dan frustrated hari ni. Hohohohohohhuaaaaa. Emotional pulak hari ni. 
Ramai pulak kawan sama-sama wassap mengadu masalah yang sama kan. huhuhu. Anak menangis, mengamuk, menjerit, tantrum. Stress rasanya bila kita tak dapat handle anak tantrum. Lagi stress kalau orang keliling bersangka buruk. Hal anak ni selalunya memang sensitif la bagi seorang ibu .  Tapi tak tau la kalau orang lain. Bagi aku, sensitif. 

Dah nama pun ANAK KANDUNG. Bermaksud, anak yang kita kandungkan 9 bulan, yang kita lahirkan dan kita besarkan dia. Siapa yang tak sayang anak. Aku cuba cari masa untuk bersama anak memandangkan siang bekerja, malam pula sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Aku sentiasa cuba cari dan tambah ilmu dalam hal-hal penjagaan dan pendidikan anak-anak juga. Ini pun bernasib baik suami yang baik lagi hensem ada membantu. ;P 
Ini bukan alasan tapi kenyataan.

Aku bukanlah tak suka terima nasihat. Tapi nasihat tu akan diterima dengan hati yang terbuka InsyaAllah kalau dari ibu bapa dan mertua kita atau orang-orang yang berpengalaman. Tapi yang muda-muda ni, sedapnya  mulut berkata-kata, rasa ilmu dia dah penuh dada sangat ye. 

Takpe, kita tak marah pun. Kita sukaaa sangat. Bukannya kita boleh tutup mulut diorang yang nak berkata-kata tu dengan tangan kita pun. Lagipun, euuuuu geli.....  kuikuikui.

Macam ibu cakap, jaga anak tak sama dengan jaga kucing :P Hamboiii kasar ayatnya tapi mendalam maksudnya. Kekekeke.

Ini baru dua anak. Kalau 3 anak? 4 anak? 5 anak? 

Biarlah orang nak kata ape. Kita je yang insyaAllah kenal anak kita dan macam mana nak handle anak-anak kita. Mulut orang memang sedap je berkata. Mungkin dia belum hadapi lagi situasi yang sama atau dia bernasib baik tak pernah hadap semua ni kan.. Takpe la kita doakan, dia dipermudahkan segala urusannya oleh Allah s.w.t.

Setiap anak adalah berlainan dan unik. Bukan mudah nak besarkan anak. Petik jari anak dah pandai itu ini. Macam-macam ujian yang datang. Tapi ujian tu yang mebuatkan diri kita berfikir, belajar dan menjadikan diri kita lebih kuat. Jauh lagi perjalanan ni. InsyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya oleh Allah s.w.t. Amin.

Ape pun, kita sedarlah, "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND."

Mummy Daddy akan cuba berlaku adil dalam kasih sayang untuk anak-anak Mummy . InsyaAllah tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. Semoga kakak Mia dan Anna jadi kawan yang baik dan mjadi anak-anak yang solehah.
Sayang kakak Mia dan Anna. 

*Muka kakak Mia senyum macam ni, sebijik macam muka aku masa kecik. Ikat rambut tocang pun sama. ;P



Akhir kata,

"LEBIH BAIK MENGINTAI KEKURANGAN DIRI SENDIRI DARIPADA MENGINTAI KEKURANGAN ORANG LAIN."


Sekian.







Friday, May 8, 2015

Hobi melukis / menconteng.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Kali ni pasal hobi kakak Mia yang sememangnya hobi mummy jugak. Kebanyakannya apa yang mummy suka, kakak Mia pun suka. Hobi pun lebih kurang sama tapi buat masa sekarang ni la. Dah besar nanti tak tau la kan.  Kami suka:

1.   Cari makanan kat dapur walaupun dah kenyang. Tapi ini selalu terjadi bila kat rumah sendiri. Kalau kat kampung, dia lebih rela  main dari makan.
2.   Suka dengan tarian dan nyanyian walaupun sedar diri tak pandai mana pun nak buat semua tu especially korea.
3.   Suka melukis / menconteng walaupun buruk pada mata orang lain tapi pada diri sendiri nampak cantik je,
4.   Suka-suka membazir make up tak tentu pasal walaupun sedar pada hakikatnya satu haritu memang  tak keluar rumah,
5.   Suka kemas rumah tapi kakak Mia suka 'kemas' rumah dengan cara dia tersendiri,
6.   Suka window shopping walaupun hanya dalam instagram online shop. Kakak Mia suka tengok dress, kasut, permainan dan make up.
7. Suka masak benda yang simple. Bukan instant punye naa. Kakak Mia pulak suka masak kat bilik mainan. Bagi patung makan.

Eh ni nak cerita hobi anak ke hobi mummy ni. kekeke.


Tapi mummy suka bila tengok kakak Mia pegang pensel dan buku. Mana-mana ibu pun suka tengok anak dia berkepit dengan buku dan pensel. Tapi kakak Mia bukan belajar ABC tapi memanjang melukis / menconteng.

Kakak Mia ni bila tunjuk ABC, dia menghafal je. Kenal huruf tu dia cuma beberapa je. 123 pun sama. Kalau kita bagi kertas dengan pen / pensel, kita ajar dia tulis ABC, dia tetap jugak lukis orang lidi, kapal terbang dan lain-lain yang dia tahu lukis.  Memang boleh bersabar tapi ianya memang sangat menguji kesabaran. Memang patut la angan-angan aku nak jadi seorang guru matematik hanya tinggal angan-angan. Kenapa mesti matematik? Haha.


Macam-macam gaya  kalau dia tengah syok melukis.




Duduk lama-lama melukis takpe. Dia suka je. Lagi-lagi kalau bukak google pastu search la 'easy drawing' akan keluar cartoon macam kat bawah ni. . Macam real je dia nak lukis gambar tu. Pastu bising la mulut dia describe satu-satu apa yang dia lukis. 

Tapi kena get ready la nanti dia dah penat tiba-tiba dia panggil, "Mummy, Daddy lukish. Lukish Kakak Mia, Mummy, Daddy, baby Anna nak?"

Lagi tak sanggup bila dia suruh lukis semua pakcik dan makcik dia. Semuanya 15 orang termasuk ibu ayah mak abah. Paling faveret suruh lukis pakteh dan pakcik. 

Lukis orang lidi je takpe yang penting kita describe satu persatu apa yang kita lukis tu. Takpun bila dah siap lukis, kang dia mintak pulak kita lukis backdrop tambahan. Contohnya,

"Tu payung mana payung? Hujan mana? Topi?" 
Over pulak  -____-





**********************************************************************




Yang ni kakak Mia lukis.

1.        Kakak Mia lukis jellyfish. Mummy punya jellyfish lagi cantik dari kakak Mia tau. kekeke.




2.      Kakak Mia kata jellyfish jugak tapi kenapa yang ni macam gemuk je? Terlebih minum mealshake ke? 'P




3.        Kakak Mia lukis Mummy pegang payung. Haaa tangan kiri tu garu ape? 



4.        Kakak Mia lukis diri sendiri dan spider



5.        Kakak Mia cuba tiru mummy lukis swan. Hampir dah tu cuma tak cukup garisan.



6.      Ipad skrg jadi tempat faveret kakak Mia melukis kalau takde kertas. Kakak Mia lukis kapal terbang. Tayar kapal terbang lebih BESAR dari kapal terbang tu. Haha





7.     Kakak Mia lukis diri sendiri. Tak habis2 kata dia comel =_=





Teruskan usaha kakak Mia dalam minat melukis ni. Love u.









Saturday, April 4, 2015

Damia turns 3!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, kakak Mia dah pun masuk 3 tahun. Cepat betul masa berlalu. Mudah-mudahan kakak Mia jadi anak yang solehah untuk mummy daddy dan menjadi kakak yang baik dan penyayang untuk adik. 

Kakak Mia 3 tahun ni,  kakak Mia dah pandai bercakap. Lancar la cuma buat ayat tu kadang2 tak lengkap sangat. Kenal ABC. eh ABC tu dia hafal je sampai Z tapi kalau tunjuk huruf, semua dia sebut ABC. 123 pun sama. Kenal warna tu memang hebat la sebab mummy kenal warna masa tadika tau. Haha. Paling penting, dah tak hisap puting, tak tidur buaian, pandai jaga adik walaupun kadang2 suka jugak buli adik. 

Pastu sekarang suka pulak makeup. Asal nk luar ummah je, nk makeup. Suka sgt main makeup mummy. Tak dapat makeup mummy, dia amik la pape yang boleh dia bayangkan jadi makeup dia. Siap tgk youtube tu memang melampau. Haishhh. Main masak2 dengan patung tapi bila bosan suruh mummy daddy main sekali. Selalu anna jadi mangsa jadi baby dia. Apo la.

Kakak Mia memang kawan baik dan kadang2 jadi musuh mummy jugak. Lagi2 kalau part kemas rumah. Mula2 elok je tolong. Pastu lama sikit, dia pulak nak buat semua. Haihhh da la mummy ko pantang kalau orang lain kacau time mengemas ni. Confirm la gaduh. 

Puas fikir apa nak buat birthday kakak Mia ni memandangkan dah ada si kecik Anna ni. Agak terbatas jugak la nak bawak berjalan ke ape.

Last-last terpikir buat la jugak birthday party kecil-kecilan bersama keluarga kecil. Siapa kata tak ramai orang tak boleh party? 3 orang pun boleh.. Buat jela asalkan anak suka, hati rasa puas.






Persiapan birthday kakak Mia : Tema flower / bunga-bunga cinta. Cett.


Sebenarmya, semua barang dah ada kat rumah. Kertas warna warni, tali, alas meja. Cuma beli belon je kat speedmart. Tema kali ni lebih kurang tema flower atau dalam Bahasa Malaysia iaitu BUNGA. :P

Pasal kek pulak, kali ni ingat nak beli kek kecik je. Sbb kakak Mia sorang je yg suka makan kek. Sbab malas nak pegi dua tempat,  pegi la Alamanda, beli brownies + GST mcm biasa. -_-  Pastu singggah big apple beli donat 6pcs + GST jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Makan hati den ngn GST ni tau! 

Hadiah tu dah lama dah beli. Sebenarnya hadiah kakak Mia sebab dah tak hisap puting dan dah pandai tidur sendiri tak masuk buaian. Pulak tu waktu dia stop puting dekat2 pulak birthday dia. Sekali  bagi je la masa birthday. Kekeke. Tapi itu hadiah mummy untuk kakak Mia. Daddy punya nnti kakak Mia tuntut la kat Daddy ye. 

Pagi tu pulun aku sorang-sorang setting backdrop, tiup belon sorang-sorang. Semua la sorang-sorang. Tiup belon sorang-sorang tu memang sampai rasa nak pitam. Daddy pulak jaga anak-anak dalam bilik tidur. Alhamdulillah dapat jugak siap.

Bila kakak Mia bangun je, panggil dia masuk bilik mainan. Tercengang , blur je muka. Loading lambat sikit kakak Mia di pagi hari ni. Dah lama sikit barulah senyum lebar sampai telinga. Lagi-lagi dapat mainan. Seronok kennnnn.

Alaa sebenarnya hiasan backdrop dan belon2 tu tak penting pun. Cuma nak cantikkan gambar untuk kenangan je. Yang penting kesungguhan buat anak rasa seronok walaupun kejap lagi confirm kena jerit   Dengan mummy sebab sepah mainan. Hehehe. 

















Itu sahaja untuk hari ni. Sekian :))










Wednesday, January 7, 2015

Debaran. Gulpp!



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.





Sekejap je rasanya masa berlalu. Dah masuk 37 minggu lebih. Lagi beberapa hari, beberapa minggu kakak Mia dah nak jadi kakak. Kesian pulak tengok cepat sangat nak jadi kakak. Tapi sebenarnya bagus jugak bagi kakak Mia adik ni. Kakak Mia ni pun jenis yang bossy sikit bila dengan mummy daddy dia. Pastu kalau ada makcik2 dan pakcik dia, kemain lagi dia. Mummy daddy marah, ramai pulak yang backup. Hamboiii dah macam kita pulak yang salah. Pastu semua barang dia yang punya. Lepas ni kakak Mia kena la belajar kongsi permainan, kena belajar mengalah dengan adik, protective, sayang adik. Mudah-mudahan boleh jadi geng la dua beradik ni nanti. 

Setiap hari fikir saat nak bersalin. Takut, kecut perut, semua perasaan ada. Dah macam bersalin anak pertama pulak kan. 

Tapi bila tengok kakak Mia suka usap perut, pastu cakap, "adik baby Mia". Takpun dia tunjuk sorang-sorang, "Tu Daddy, Mummy, baby (tunjuk perut mummy), Mia, yeaaaa!". Lagi satu, kalau tengah main pakaikan patung dia pampers tetiba dia pegang perut mummy dia dan sebut, "Mia nak baby."  haihh perasaan tak sabar nak bersalin pulak yang keluar. Hilang perasaan takut tu. Macam mana tu.

Pastu nak sedapkan hati, pergi la shopping barang baby. Excited nak beli barang baby tu, sama je macam anak pertama. Jangan kata anak nombor dua ni tak payah beli banyak barang. Baju, seluar, booties, mittens, botol susu, bantal, toiletteries, diaper bag, pampers, dan lain-lain pun kena beli jugak. Kalau harapkan baju kakak Mia, kepam la haiiii. Bayangkan la kalau baju newborn kakak Mia dulu, 7-8 bulan pun still pakai lagi. Boleh bayangkan kepamnya macam mana. Pastu butang baju pun dah tertanggal. Tapi pakaikan la juga cuma kat hospital, adik pun nak baju baru jugak. Adik pun nak comel-comel jugak kan. 

Pasal scan, masa kakak Mia dulu, bangga je dia tunjuk 'anu' dia. 6 kali scan, dalam 5 kali nampak. Semangat je dia tunjuk doktor. Elehhhh... Tu mesti nak suruh mummy daddy beli barang pink kan. Memang senang kalau dah tau jantina. Semangat je beli barang baby warna pink. Pergi mana-mana, pink je nampak. Warna lain tenggelam.

Kali ni scan, adik malu-malu la. Dalam 7-8 kali scan, yang nampak cuma sekali. Itupun doktor macam was-was. Macam ye macam tak.  Disebabkan tak tau jantina, mummy memanjang nampak warna hijau je. Tak pun, putih. Tapi majoriti hijau. Muahaha. Tu la siapa suruh adik pemalu sangat. Nak pilih satu baju pun dekat 5-10 minit termenung fikir warna ape yang sesuai boy dan girl pakai. Suka tau dengki mummy macam ni. 

Eh, anak dah nak masuk dua orang? Macam tak percaya je. Rasanya macam baru je bersalin Damia. wakakaka. *pembohong punya orang.

Setiap hari google petua mudah bersalin, baca pengalaman orang lain bersalin. Muahaha.

Next week dah start cuti bersalin. Kemain semangat lagi kan pergi amik cuti bersalin awal. Awal seminggu dari tarikh due date. Bukan apa, dah la memanjang checkup, pastu ada perkara-perkara yang belum setel, kena setelkan sebelum berpantang. Lagipun, biarlah aku exercise kat rumah, buat kerja rumah banyak-banyak. Baju pun dah 2 bakul tak berlipat. Bilik Air pun dah 3 minggu tak cuci. Habuk pun melekat je sana sini. Dah seminggu tak vakum dan mop. Baju nak balik kampung masa berpantang pun tak kemas lagi. Marilah buat kerja rumah sambil bersenam, sambil tunggu masa nak bersalin.

Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. 

Kakak Mia sekarang dah suka main baby-baby. Pakaikan pampers, bagi susu, mandi, pakaikan bedak. Last sekali nanti dia cium bebear tu. Alahaiii kesian pulak. Kang beli mainan 'baby alive', menangis mummy daddy ko makan pasir je kang. Kekeke.
Sekejap je dah panjang kakak Mia ni. Rasanya, masa umur 2 tahun, baju ni masih paras lutut lagi. Sekarang pakai baju ni, kemain seksi lagi. Masa kecik, mummy lepaskan. Dah besar sikit, jangan nak gatal-gatal pakai mini skirt naaaa. Cukup-cukup la dengan kejahilan mummy dulu. Anak jangan ikut. Berdosa. 







Tuesday, September 9, 2014

Bertolak ansur. Demi anak.

Pernah tak korang perhatikan, tempat pertama yang anak tuju bila sampai di rumah? 
Kalau ikut dalam pemerhatian aku, sebelum ni dia suka selerakkan barang kat dalam box mainan dia. Tapi sekarang, tempat yang dituju sebaik sahaja sampai rumah, mesti kat sini.



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Sini!


Terus tarik kerusi, duduk senyap-senyap!

Daripada jauh aku tengok, baik anak dara sorang ni. Bila tengok dari segi ketekunan, dia nampak macam dia melukis atau mewarna. Bila kita tanya, dia senyap je. Ishh khusyuk betul.

Sebenarnya, ini projek dia.



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/





Lego yang aku susun cantik-cantik dalam rak kaca tu, semuanya jadi hak milik kekal dia. Memang dah takde rupa ape dah lego tu. Nak pasang balik pun dah tak reti dah sebab kotak banyak dah buang. Main la nak, main. Jangan kau buang sudah. Eh, tapi hari tu, memang dia pernah buang beberapa part lego tu ke bawah. Menjerit aku tengok dia buang macam tu je. Bukan jerit ape pun. Setakat jerit , "Kakak, kakak jangan buang kat bawah la". Pastu dia kemain garang, "erghh! mummy. no no!" sambil pukul kaki aku sekali lalu je. Eh orang marah dia, dia marah orang balik. 

Ko tunggu...... Ko tunggu aku kumpul lemak-lemak ko ea. Ko tunggu je.. *sinsing baju kat tangan*. Taip je berani, nak cakapnya, tak sampai hati. haha.