Showing posts with label DIY katanya. Show all posts
Showing posts with label DIY katanya. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Hantaran Angah.



First time cuba buat hantaran. Nama pun first time. Maksudnya, takdela lawa mana. Lagipun, malam Khamis baru sibuk buat hantaran ni.  Ada 2 hari untuk siapkan gubahan hantaran. Tak cukup masa 2 hari tu untuk beginner -_-

 Maaflah kalau menyakitkan mata tapi ini je Along mampu buat. Memandangkan along ko ni takdela kreatif dan pandai buat hantaran macam orang-orang lain. Terdetik idea nak guna je bekalan popsicle / craft stick yang melambak kat rumah aku ni. Sekarang kan zaman GST. Pastu, kita korek je barang terpakai kat rumah ;P

*Pelik. Sedikit sebanyak mesti nak ada selitkan kesalahan GST. haha

Ibu pun buat permintaan hantaran tu guna craft stick dan taknak bunga besar banyak-banyak, keliling barang hantaran sampai kena selak baru nampak barang. Nampak sangat bohongnya tu bu! hahaha. 

Aku admit yang tangan aku ni kayu sikit dalam bab menggubah bunga. Hahaha. Ada terbanyak bunga, ada yang tersikit. Baru la tau kenapa orang yang ambil upah buat hantaran selalu caj mahaii. ;D

Hasilnya, simple la kot dan bunga kecik tu sejemput depan je ada. Macam main pondok-pondok. 

Yang penting, majlis dah lepas dan yang paling penting pengalaman ;P



keseluruhan hantaran. lima balas lima je. Buat syarat ada hantaran je.


Permintaan ibu buat rumah untuk hantaran coklat. Ada juga la scene jerit-jerit tambah dengan sedikit amukan comel masa  pembinaan rumah kecik ni sebab tetiba roboh.  Tak cukup gam rupanya -__-"



Hantaran baju Melayu buat simple-simple je. Tak reti nak menggubah -__-



Hantaran wallet dan belt.


Hantaran wangian dan pencuci muka.




hantaran buah-buahan.




Alhamdulillah selamat siap semua hantaran.
Kalau orang kata pelik, biarkan lah...
 Biarkan aku aku hidup sendirian...
 Tak inginku mengenangkan kisah lama..

;P





**p/s : aku nak publish ni pun teragak-agak sebab kelakoo je aku tengok. -__-"



Hantaran Angah.



First time cuba buat hantaran. Nama pun first time. Maksudnya, takdela lawa mana. Lagipun, malam Khamis baru sibuk buat hantaran ni.  Ada 2 hari untuk siapkan gubahan hantaran. Tak cukup masa 2 hari tu untuk beginner -_-

 Maaflah kalau menyakitkan mata tapi ini je Along mampu buat. Memandangkan along ko ni takdela kreatif dan pandai buat hantaran macam orang-orang lain. Terdetik idea nak guna je bekalan popsicle / craft stick yang melambak kat rumah aku ni. Sekarang kan zaman GST. Pastu, kita korek je barang terpakai kat rumah ;P

*Pelik. Sedikit sebanyak mesti nak ada selitkan kesalahan GST. haha

Ibu pun buat permintaan hantaran tu guna craft stick dan taknak bunga besar banyak-banyak, keliling barang hantaran sampai kena selak baru nampak barang. Nampak sangat bohongnya tu bu! hahaha. 

Aku admit yang tangan aku ni kayu sikit dalam bab menggubah bunga. Hahaha. Ada terbanyak bunga, ada yang tersikit. Baru la tau kenapa orang yang ambil upah buat hantaran selalu caj mahaii. ;D

Hasilnya, simple la kot dan bunga kecik tu sejemput depan je ada. Macam main pondok-pondok. 

Yang penting, majlis dah lepas dan yang paling penting pengalaman ;P



keseluruhan hantaran. lima balas lima je. Buat syarat ada hantaran je.


Permintaan ibu buat rumah untuk hantaran coklat. Ada juga la scene jerit-jerit tambah dengan sedikit amukan comel masa  pembinaan rumah kecik ni sebab tetiba roboh.  Tak cukup gam rupanya -__-"



Hantaran baju Melayu buat simple-simple je. Tak reti nak menggubah -__-



Hantaran wallet dan belt.


Hantaran wangian dan pencuci muka.




hantaran buah-buahan.


Alhamdulillah selamat siap semua hantaran.
Kalau orang kata pelik, biarkan lah...
 Biarkan aku aku hidup sendirian...
 Tak inginku mengenangkan kisah lama..

;P





**p/s : aku nak publish ni pun teragak-agak sebab kelakoo je aku tengok. -__-"





Monday, February 15, 2016

Ikea Detolf Glass Door Cabinet berubah menjadi Hamster Cage ;P



Bayangkan sepanjang cuti raya cina 4 hari tak berjalan ke mana-mana. Sangatt bosan bosan bosan. -__-". Bila bosan, ada je idea pelik-pelik datang dalam pemikiran manusia ni. 

Kitorang kan ada 3 ekor hamster jenis Agouti Roborovski yang kawan bagi sebab nak pindah tu kann. Comel sangat hamster tu. 

Hari tu dah laksanakan impian kakak Mia nak Rumah Barbie. Arianna pula dah dapat Hamster yang hari-hari dia picit sesuka hati dia. ;D

Sekarang ni, tiba masa mummy tunaikan impian Daddy nak rumah hamster pulak.

Kitorang menelaah Youtube satu hari, jumpa satu idea DIY yang sangat aku tertarik bila melihatnya. Barang tu memang dah sedia ada dalam rumah. Itu yang penting sebab jimat kos. Search lagi, tengok DIY hamster toys  pun menarik sebab lagi sekali, barang memang sedia ada dalam rumah. Memang excited makcik pakcik Faraedy 4 hari Cuti Raya Cina tidur kul 5-6 pagi. Bangun semula 9 pagi sebab nak masak untuk suami dan anak-anak pula. *Mata panda again and againnnnn*
 -__-"

Barang yang sedia ada tu adalah Ikea Detolf Glass Door Cabinet atau dikenali sebagai Rak Kaca Ikea Detolf. Haha. *dalam bulatan merah*


Tujuan rak ni mungkin untuk letak barang perhiasan. Tapi, pendapat aku, daripada terbiar jadi perhiasan yang hanya mengumpul habuk-habuk yg meyakitkan hidung dan mata,  lebih baik kita guna untuk benda yang lebih bermanfaat buat masa ini.. 




Ketang ketung ketang ketung!


Ketang ketung ketang ketung!





Ketang ketung ketang ketung!




*bunyi kena real seperti bertukang*



Siap!



Bukak je pintu kaca tu. Baringkan kat atas 2 buah Lack Side Table dan siap!

Mainan-mainan hamster semua dari air tangan sendiri. Idea dari Youtube juga. Takkan terhasil benda-benda macamni kalau Youtube takde. Kita pun bukanlah kreatif sangat semua idea sendiri. Bohong namanya. Lagipun, buat benda-benda kecik comel macam ni je boleh laaaa. Kalau besar sikit, aku terus give up ;P

Majoriti bahan-bahan yang digunakan adalah popsicle craft stick atau dalam Bahasa Melayu ialah batang aisekeremmm. Glue gun mesti ada. Yang selebihnya, guna kotak-kotak kasut, kotak handphone, kotak jam tangan dan toilet paper roll (tisu gulung tuuu)


Simple swing dan obstacle. Eh Poka ada bawah swing tuuu. Omeyy.


Double-Story House. Guna kotak terpakai, popsicle stick, sampul hadiah dan kertas yang sedia ada.



Yang tinggi tu tempat makan minum si tiga ekor ni. Ni sebenarnya rak tempat  letak cawan minum kat dapur. Beli kat Daiso. Disebabkan hamster, cawan-cawan aku kena letak kat dalam kabinet semula. Kesiann ;P Selebihnya macam biasa popsicle stick.
Aku tau sape letak patung kuning tu. kakak Miaaaa!

(ok baru dapat info. Patung kuning tu suami yang letak rupanya -__-)

Yang kotak bawah tu Sand Bath hamster. Dia bersihkan diri kat situ. Guna kotak jam tangan dan popsicle stick againnnn.


Platform yang ni semuanya guna popsicle stick. Dan swing tu tambah guna roll tisu yang dah habis. 


Yang pink ni guna kotak jam Ice Watch. balut cantik-cantik roll tisu dan letak sekali dengan kotak jam tu. Dah jadi tubes for hamster.
Yang duduk dalam tu namanya Poka dan Olia. Poka nama Daddy beri. Olia nama kakak Mia beri. Dua-dua ni geng sebab sama umur dan sama kecik. 


Yang ni namanya Ketanggggggggggg. Part Tangggggg tu kena panjang. Baru jadi nama dia. Kakak Mia bagi nama ;D


Macam biasa, tak sah kalau takde raksasa Arianna datang mengganas. HAHAHA! 



Total semua, popsicle stick 100pcs RM3.50 X 5 bungkus = RM17.50.
Ini SAHAJA modal yang dikeluarkan untuk melaksanakan projek ini. ;P 

Keseluruhannya, kitorang sangat puas hati dengan apa yang terhasil dari air tangan sendiri. Bagilah peluang kitorang perasan kreatif. Biarkanlah kami. hahaha. Terima kasih suami sebab sama membantu laksanakan projek ni walaupun handphone tak lekang dari tangan. Tetap menghargai ape yang Bb buat. ;P

Arianna dah dapat hamster, kakak Mia mula mintak kucing. Kucing, kalau aku sayang sekalipun, aku tetap TAK rela. Jangan salahkan aku kalau dapur tak berasap, rumah tak berkemas nanti *sebab takut*. ;D

Sekian.





Wednesday, February 10, 2016

DIY Rumah Barbie kakak Mia ;P


Alhamdulillah siap jugak rumah Barbie untuk kakak Mia hari Khamis minggu lepas, selepas setiap hari minta beli rumah Barbie. Dah la mahal rumah Barbie tu paling murah jumpa RM199. dan ke atas. Pastu main kejap, buat perhiasan je. Tak mampu la mummy awak nak layan benda macam tu. Membazir rasanya. Better cari alternatif yg lain untuk menggembirakan anak dan paling penting murah kosnya ;P

Tgh duduk lepak2 depan tv,  search google 'DIY dollhouse'. Memang jumpa dan macam-macam bentuk ada. Sebelum ni dah buat dollhouse guna kotak kasut untuk kakak Mia tp tak smpai seminggu dah hancussss.

Kali ni, mummy cuba buat dollhouse yg kukuh sikit. Kita tengok berapa lama mampu bertahan. Tambah lagi dgn raksasa Arianna makin mengganas sekarang ni. Kakak Mia kena la mainkan peranan sebagai Ultrawoman ;P

Bab-bab DIY ni memang faveret sangat, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan permainan anak dan barangan rumah. Cuma, nak laksanakan semua, kena ambil masa dan mood ;P

Sebelum melaksanakan projek DIY ni, kena beli popsicle stick dulu. Beli popsicle stick harga RM1.50 sebungkus ada dlm 50 batang lebih kurang. Yang colourful punya sebungkus RM3.50. Kertas warna RM3.50. Lain-lain kelengkapan, semua guna je yang tersedia ada dalam rumah termasuk rak pink dan kotak kecil terpakai.

Yg seronok, kakak Mia teman mummy siapkan dollhouse dia sampai kul 4 lebih pagi. Teruk mummy dia ajar anak tidur lambat -_- *mata panda*

Keseluruhan Rumah Barbie kakak Mia dah 90% siap. Comot pun comot la yang penting menjadi. Kos pun tak smpai RM10.

Bangun tidur je, kakak Mia main. Setakat ni, dah masuk 6 hari, masih elok lagi dollhouse kakak Mia ni. kekekeke ;D

Bertambah-tambah seronok bila kakak Mia kata, "Rumah Barbie cantik angatt kan! Best angatt! Terima kasih mummy!" 


 Bilik tidur ada katil, almari dan chest drawer ;P Tapi kakak Mia complain katil Barbie takde tilam. Nanti la mummy cari span baju yang tak pakai, buat tilam untuk warga barbie awak tu -__-

Ruang makan ada meja dan kerusi makan, ada dapur gas. Siap ada pakwe tengah duduk tunggu makanan yg ntah bila akan muncul ;P 

 Ruang santai sekali ada sauna hahahaha. Siap ada bodyguard besar yang comel lagi. 

Ruang tamu ada sofa, meja, tv cabinet.

Siap ada flat screen tv rancangan Astrokk. Rumah mummy punye TV pun tak melekat kat dinding tauu ;P


Keesokan harinya........


Bila bangun pagi, raksasa Arianna pun bangun dan mula membuat onar di dalam rumah kakak 

 Satu rumah bising dengar kakak Mia dengan adik dia menjerit. Sorang mengadu, sorang lagi melalak nangis.

Macam ni rupanya rupa anak-anak bergaduh. Tak tau nak kata siapa yg salah. Penyelesaiannya, sorok rumah tu sementara sampai dua2 habis nangis ;D





Monday, September 14, 2015

D.I.Y pretend play. Kids Market Stand / Puppet Show.




Sejak akhir-akhir ni kakak Mia minat sangat dengan main permainan yang macam ni. Puncanya beberapa minggu sebelum tu kitoang ada dalam youtube. Anak-anak diorang yang dalam movie tu main guna Market Stand ni. Terus la daripada hari tu dia mintak,

Kakak Mia : Mummy. kak Mia nak. boyeh? Kak Mia bayar, Daddy bayar, Mummy beyi, kak Mia beyi. ok? (boyeh = boleh. Beyi = Beli)
Mummy : ok... Nanti mummy buat la ea.. Jimat kos. 
Kakak Mia : Tosh ke? (tosh = kos)
Mummy : Ye. Jimat kos. Hahaha. nanti mummy buat ea.. (gelakkan Mia)
kakak Mia : Yeayyy! Mummy buat, Daddy beyi ea... Tau?!

-__- Dah kata mummy buat, dia tetap kata Daddy beli jugak. Anak, anak........

Begitulah dia describe benda tu. Kakak Mia kalau describe mesti nak kena ada sedikit lakonan dan dialog.

Kalau dia remind kita mesti kata mcm tu la, "Mummy kak Mia nak. Mummy bayar, Daddy bayar, kakak Mia beyi, Daddy beyi." ;D

Kesian pulak hari-hari mintak, maksudnya kena la tunaikan. Sebab aku sendiri tadi kata nak buatkan. Kalau tak buat, takut dia cop mummy dia penipu pulak kan. ;P Tak  sampai hati bila setiap hari dengar anak bersungguh-sungguh keluarkan dialog dan lakonan yang sama ;P

SKYLTA Children's market stand IKEA

Yang ni la yang dia mintak sebenarnya. 

Gambar atas ni memang cantik. Ada jual kat IKEA dengan harga RM46.90. Tapi kos nak ke IKEA tu, pastu tak campur lagi nanti dah sampai sana, rambang mata tengok barang lain pulak. Hisssh tak boleh tak boleh! Anak dah dua kena belajar berjimat ;P

That's why aku decide untuk buat sendiri. Kos baru dalam RM12. Kalau pergi IKEA belum tentu RM100 tu cukup. ;)

Susah tau nak cari kadbod ni. Kena beli kat tempat jual alat tulis yang besar baru jumpa. Ni pun aku dapat cari kat Kedai Alat Tulis Chui Eng, Yong Peng.

Ni la kadbodnya. sekeping RM3. Beli 4 keping je dah cukup.





Ingat nak buat bila balik Putrajaya, Tapi nanti takde orang yang nak tolong pegangkan, tolong tambah idea. Nasib baik Achik ada tolong.










Pertama, buat ukuran. Agak-agak je.









Kedua, baru main potong-potong guna cutter. Gunting tak jalan. ;P










Ketiga, baru main tampal-tampal dengan binding tape je.









Eh,




Dah siap !













Welcome to Damia's Market. Nak buat Puppet Show pun boleh ni. takde hal la. 2 in 1.

Nampak buruk la sebab kotak coklat. Bila tengok betul-betul dah macam stall jual jajan  yang dulu-dulu yang guna kayu tu hahaha ;D

 Ni baru siap bina. Hias belum lagi.

Dah lama-lama ni baru aku peraasan.  Budak ni kalau main, bukan dia kisah pun buruk ke, yang mahal ke. Yang penting bentuk serupa macam yang dia nak tu pun dah kira suka. Aku tengok enjoy je kakak Mia main sampai taknak tidur  -____-


Macam-macam dia jual. Air ada, ubat mata ada, flavour ada. Semua ada ;P



Sekejap je barang habis licin jual dibeli oleh pelanggan tetap. ;P



Baguslah. Kakak Mia bagi idea kena buat pocket kat situ la lepas ni. Kekeke.




Lepas ni, plsss kakak Mia mintak la benda yang mummy boleh buat sendiri. Hahaha.

Seriously, puas hati bila dpt buat sendiri mainan untuk anak ;)

Gambar kurang berkualiti sebab guna kemera handphone kurang berkualiti juga. kekeke ;P

Sekian :)



Friday, May 8, 2015

Sofa kudung.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Pasal sofa pun nak cerita -_-



Setelah 4 tahun lebih  berkhidmat dengan tuannya, dukacitanya dengan ini kami mengudungkan kaki dia.

Sebab?

1.   Kaki sofa senget. Nanti duduk tak selesa sebab rasa macam tinggal kat menara condong.
2.  Secawan nescafe tumpah. Suami yang tercinta tak sengaja tumpahkan. Akibat terlalu pandai, dia jirus air kat sofa tu. Ini bukan sofa mahal yang berkualiti tinggi kalis air, tahan lasak dan kayu jati...... Bila jirus air, yang dalam mengembang. Bila mengembang, kaki sofa bertambah la senget dan ada yang dah patah terus. Bertambah hodoh. Pemandangan mata pun tak selesa. Rasa macam duduk dalam dunia yang serba senget.

Kena bulatkan siapa yang buat ni sebab muka yang buat tu dengan stitch tu dah lebih kurang sama. Kang confuse pulak. kekeke.



Sebelum buat keputusan, fikir masak-masak dulu.. Jenuh memikirkannya.

Implikasi yang baik kalau buang sofa :

1.    Rumah jadi lebih luas. Macam padang jarak padang tekukut jadinya.Anak-anak main pun luas.
2.    Boleh backup diri sendiri konon kata nak buat tema baru pulak. Buat tema ala-ala jepun gitu. Semua duduk bawah. Beli coffee table kat ikea pastu letak alas bantal. Takpun, beli bean bag. Banyak duit ko kan.
3.     Tak sakit mata tengok sofa senget benget.


Implikasi yang buruk kalau buang sofa :

1.    Selalu tengok tv suka menempel dan melepek atas sofa. Kalau takde sofa camne? Selesa ke?
2.    Selalu susukan anak pun atas sofa. Kalau duduk bawah, tak sampai 5 minit kaki dah kebas.
3.   Mesti rasa terkilan dan membazir sebab susah payah kumpul duit sendiri beli barang rumah. Sekali rosak sikit, terus nak buang.
4.  Kalau tetamu datang rumah, takkan nak duduk lantai. Tak payah pikir tetamu. Kalau fmaily datang, macam ibu ayah mak abah takkan nak duduk lantai pulak. Tema ala-ala jepun konon tapi menyusahkan orang lain. haaaaaaaaaaa.



Maka, sofa yang berkaki,



Menjadi sofa tidak berkaki.



Boleh guna lagi walaupun takde kaki. Nasib baik tak buta hati terus buang. Ok je kan. Nampak macam takde pape yang berlaku pongg. 

Selagi boleh berkhidmat, jangan la dibuang. Agak2 kain sofa tu kakak Mia dah boleh buat baju Barbie, baru sofa ni boleh buang.

Pengajaran kali ni, jangan buat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan tentang implikasi yang bakal menimpa kepada diri sendiri dan orang lain. Cuba cari alternatif lain supaya tidak merugikan dan menyusahkan mana-mana pihak.. Kekeke. *Ayat macam nak kena pangggg!

Sekian.









Monday, April 20, 2015

Demam DIY sekejap. Sekejap je pun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Masa hujung-hujung  nak bersalin, tangan aku ni tak tau kenapa kerjanya memanjang nak menggunting, menampal dan mengemas rumah. Mungkin penyakit semasa mengandung sahaja atau memang minat aku pun tak tau.

Actually penyakit DIY terjadi sejak aku bosan pandang rumah yang serupa gitu je tak berubah pape. .  Balik kerja, tu je sama je. BOSAN! Nak beli, macam membazir. Memang membazir pun. Setakat nak sedapkan mata ko, kena beli baru. tauke minyak pun boleh bankrap tau. Tambahan, tiba-tiba kenapa ntah jari ni suka sangat search google pasal diy canvas la, kotak kasut la, diy kotak hadiah la dan macam-macam. tetiba terminat pulak. 




1.          Pertama kali search DIY, memanjang search frame DIY la, canvas DIY, barbie canvas DIY  dan macam-macam. Akibat ketagihan google  DIY frame, canvas dan segala jenis yang berkaitan, aku pun pergi la cari idea lain memandangkan aku tak reti nak carid an guna canvas. 
Akhirnya, jumpa jugak yang seakan-akan canvas walaupun  pada hakikatnya bukan -___-


Papan polisterin (tak tau nama sebenarnya, kesian) tebal dalam 1.5cm lebih kurang beli warna pink dan silver kat Pustaka Rawang Presint 9. Pastu print la kepala barbie tu gunting tampal. Bunga 4 kuntum tu sebenarnya dah lama kakak Mia main sepahkan sebab pasunya dah pecah, Buang batang bunga tu, cucuk kat polisterin tu. Siap! 

Ok, lepas satu gian. Haha.



2.          Kemudian, kotak ipad, ipad mini, iphone yang dah lama tersadai kat rak buku tu. Meh sini mummy bungkus-bungkuskan dia , Hehehehehe.


Ni la kotak iphone tu. Nasib baik dua-dua kotal putih, Kekeke. Jadi la penghias cermin bilik kakak Mia. (Nama je bilik kakak Mia tapi tidur bawah ketiak mummy lagi -__-)



Haa, yang ni pulak kotak ipad dan ipad mini. Serius yang ni bila dah siap tak tau nak letak mana, Daripada pening-pening, letak jela mana nak. Itu pun susah,

Perasaannya,
Serius seronok! seronok-ronoknya!

Tapi setakat tu je yang aku mampu buat. Demam DIY pun rasanya dah takde dah sebab anak dalam perut tu sekarang dah keluar pun. Dah nak belajar meniarap pun, Muahaha





Sekian. :)