Sejak dua menjak dah duduk jauh dari keluarga, kalau balik kampung aktiviti yang sama je buat contoh macam jalan-jalan shopping mall, tonton movie, karaoke atau makan-makan kat luar. Bosan tu takdela tapi benda yang sama je. Asal balik je, adik-adik sibuk, " Along jom la karaoke" takpun, "Along jom la tengok movie" ataupun dia bagi hint, "Bosan la longggggg...."
Haishhh. Cuba buat benda lain. Balik pun jarang-jarang. Disebabkan balik jarang-jarang tu la kita kena cuba buat aktiviti seronok yang melibatkan ibu ayah sekali. Memanjang dengan adik-adik je. Ibu ayah pun nak seronok jugak kan. Hehe.
Kalau berkelah boleh mandi-manda, berenang-renang di tepian, memasak-masak, berborak-borak, memakan-makan, memboyak-boyak. EH? tak tak. Hari sabtu lepas kami pegi ke Gunung Berlumut,, Kluang. Ini pun planning ibu ayah. kitorang anak beranak ikut je. Seawal jam 8.00 pagi kami bangun bersiap tapi bertolak jam 10 lebih pagi. Dengan si budak kecik Damia yang tak mandi. Main tukar pampers, sarung baju lain je. Serius excited yang teramat. YEAAAYYYY! YIHAAA! YAHOOO! HOORAY!
ehemm. sorry.
sebab dah bertahun-tahun kita meninggalkan aktiviti yang menyeronokkan ni. Lagi-lagi bila dah berkeluarga ni.
Ibu sediakan nasi lemak marbelessss. Ada telur rebus, sambal tumis ikan bilis, sambal udang dan ayam goreng tapi ibu goreng ayam kat sana. Kat hutan dapat makan panas-panas serius feeling habess. Side dishes pulak ada karipap sardin dan karipap daging, ubi kayu, nugget, roti. Ibu siap bawak portable gas stove yang banyak berjasa masa bujang-bujang terantangtangtangtang. Kih3.
Damia sampai tak nak makan sebab nak main air.
Kat sini tempat memang bersih. Bilik air pun bersih. Takdela kapal karam ke ape. Haha. Lantai pun bersih je sebab sebelum masuk bilik air kena cucui kasut/selipar kat luar.
Air pun ya ampun sejuk yang teramat. Damia rendam tak sampai setengah jam pun dah naik balik.
Ha ni semua memang geng memboyak. Haha.
Selalunya kalau kata ambil gambar je mesti sibuk nak cover mulut, cover mata, cover muka, cover senyum sebab nak nampak cantik. Apa salahnya, sekali sekala nampak buruk sikit eh, buruk banyak dalam gambar.
Khemah tu dipasang konon nak tido kejap sementara suami membawa anak mandi manda. Tapi malang khemah tu jadi hiasan sahaja.
Damia muka stim je nak tidur. bangun awal macam tu la jadinya.
selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie
memanjang.
Kesimpulannya, makcik seronok! terima kasih. :)))