Showing posts with label Saya dan keluarga.. Show all posts
Showing posts with label Saya dan keluarga.. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Tahniah Achik!

Moment yang paling tak sedia dan secara tiba-tiba akhirnya berakhir juga. kekekeke. 
Tak sangka Ibu Ayah dapat menantu ketiga walaupun Achik baru berusia 22 tahun, Sama dengan umur along je kahwin tapi beza pandangan orang lain bila lelaki dan perempuan nikah awal ni.

Kalau diikutkan, pihak perempuan yang merisik. Urusan pun dipermudahkan oleh pihak perempuan. Alhamdulillah rezeki untuk Achik dan Alhamdulillah juga hanya sekali lafaz, Achik dah bergelar suami orang. Biarlah orang mengata dan berkata-kata. Yang penting kami sekeluarga sokong

Pengalaman tengok majlis yang simpe. Takde khemah dan kerusi banyak-banyak macam kenduri kawin yang grand dan  meletoppsss tu. Takde persembahan tarian dan silat. Takde tol macam majlis kahwin aku tu (bridal yang gedik nak buat sebenarnya -__-). Pelamin sekadar untuk bergambar. Takde ikut adat bersanding bertepung tawar bagai. Kompang takde. Set karaoke yang selalu dengar suara orang menyanyi sampai pecah gegendang telinga, anak kecik nak tido pun tak boleh tu pun takde.
 TAPI yang paling aku suka ialah sangat mewah dengan makanan kampung yang sedap! Orang jawa kan. Haruslah bangga jadi anak jawa! hahaha,
Senang kata majlis pun sekadar yang wajib sahaja untuk mengelak pembaziran ;P
Alhamdulillah sangat mudah dan majlis pun berjalan lancar 

 Jaga anak orang tu elok-elok Achik. Jangan sakitkan hati dan badan anak orang. Jaga makan minum pakai isteri tu. Takmo ego kalau jadi suami tu. Bukan mudah tau hadapi alam rumahtangga ni. Semoga tabah dan sabar hadapi semua halangan dan juga semoga urusan dipermudahkan urusan korang. InshaAllah along yakin Achik boleh.

Sebak juga bila adik lelaki ni kawin. 
Lepas ni susah la Mianna nak jumpa Achik kesayangan dia.

T__T









 Tahniah jugak la pada diri sendiri sebab pertama kali rasa dapat ipar perempuan ;P





Thursday, January 7, 2016

Family portrait sangat ;D


Bila ibu ayah datang Putrajaya, tempat wajib untuk bergambar adalah di taman-taman yang cantik di Putrajaya. Contohnya, Taman Putra Perdana, Presint 1. 

Selalunya, kalau Achik kata nak amik gambar, macam biasa yang over dan terover mengambil kesempatan adalah adik beradik dia termasuk Ibu Ayah ;P Adik sendiri, pose la macam orang gila. Nak mengutuk, bising-bising pun depan-depan.

Bila kamera orang lain, ko dah tak mampu nak pose gila-gila punyeee ;P Segan terus menebal dan tunggu jela sampai orang pelawa bergambar. Itupun kalau dipelawa. Akhirnya, ko tengok je orang lain bergambar ;P

Kaki bergambar, perasan cantik macam ni la -__-"

Cuaca pun elok mendung masa tu. Best bergambar kenang-kenangan satu keluarga menadangkan semua ada bersama. Nanti masing-masing dah berkahwin, dah ada anak, dah susah dah nak gathering macam ni kan.. Sobbbs T__T . Macam biasa,  aku dapat rasakan gambar aku lagi banyak kotttt ;P



























 Ayah pun suka buat muka ;D


Ini pulak sebahagian hasil dari kamera hp.




Sekejap je semua dah besar. Nak kembali pada 15 tahun yang lalu boleh? :'(

Ingat lagi, balik dari sekolah, tak bukak beg lagi dah angkat tudung saji tengok lauk. Lepas makan tak sempat tidur pun terus kelam kabut bersiap, tunggu van pergi sekolah agama pulak. Pastu malam belajar mengaji / tuisyen pulak. Pastu baru buat kerja sekolah cikgu beri. Busy kalah orang bekerja . Larat je aku. Bila difikirkan balik, macam mana la aku boleh harungi semua tu. 
Sedangkan sekarang ni, sampai umah kul 7 malam pun badan rasa penat tak terkata.

Adakah faktor umur? ;D

Sekian :)
















Friday, September 25, 2015

Sabah & Angah kahwin.



Nak cerita, dah basi rasanya. kekeke. Tepek kat blog jela sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri ;D

18.9.2015 - 21.9.2015. 4 hari 3 malam je eprginya. Dah tanam hasrat nak ulang trip ke sini la sebab tak sempat nak menjelajah pulau-pulau kat sinun. Dah namanya pun Angah kahwin. Itu la tujuan asalnya. Kena la sedar diri ;D

Pengajaran la kali ni sebab tak bawak kamera sendiri. Ingat boleh la mintak gambar kennnn. Sekali bila nak mintak, rasa malu la pulak. Peringatan diri sendiri, jangan bergantung harap pada orang lain. -__-

Menginap di Cyber City Apartment. Sangat puas hati dan bersih apartment tu.
Gambar apartment takde, semua gambar takde!!! *histeria kejap*
Bila ada gambar, gambar pulak tak cantik! Sbb hp kitorang tak mahal.
Hp mahal, gambar cantik!
Hp murah, gambar haprakk!
T__T




18 Disember 2015.

Flight jam 2.15 petang. Masa ni, kakak Mia merengek tak sabar nak naik kapal terbang. Asal nampak kapal terbang je, dia kata nak naik. Sampaikan minak bergambar pun dia jadi bad mood. Haha.






19 Disember 2015

Jalan-jalan time. Pergi area Kundasang, Desa Cattle Dairy Farm, Rumah Terbalik Tamparuli, Sg Moroli Kg Luanti, shopping sikit2. Last sekali, singgah makan ikan bakar . Memang sangat penat, balik apartment, tidur. 



Tiket Rumah Terbalik Tamparuli -
Dewasa : RM10 (Mykad) ; Kanak-kanak : RM5

Best masuk sini siap ada penerangan. Tak boleh tangkap gambar kat dalam nanti kena denda.


Tiket Fish Spa Sg Moroli Kg Luanti -

Dewasa : RM5 ; Kanak-kanak : RM 2 (6-12tahun) 
Bawah 5 tahun, FOC. hehe.

Baru tau, masuk sini, ada had masa. Dia siap-siap bagi nombor. Bila habis masa, dia panggil nombor kita untuk keluar dari situ. Bagus la dia buat macam tu. Bagi peluang orang lain pulak. Kalau tak, muka ko jela yang berjam-jam kat situ. ;P



Tiket Desa Cattle Dairy Farm

Dewasa : RM5 ; Kanak-kanak :RM4


Gelato ice cream yang sangat sedapp dan tak muak langsung bila makan. Susu fresh pun sodapp. Tapi macam biasa la boleh telan yang coklat sahaja. hehe.



Ni budak kuat menyaman Mummy Daddy dia. Jadi anak manja sekejap la sebab adik dia tinggal kat nenek. ;P




20 Disember 2015

Tiba masa Angah nikah. Pagi nikah dulu kat Masjid Terapung. Malam baru bersanding Dewan SESB.



Sementara menunggu, gosip dulu dengan mak dan makcik2. Hahaha.

Angah officially married person .

Singgah makan lokan



Rasa macam kerang je cuma lokan ni besar daripada kerang.

Malam , attend majlis bersanding Angah kat Dewan SESB ni. Lain tradisi sini. Majlis bersanding diorang buat macam dinner event. Full dengan karaoke, 3 kali persalinan, sia ada joget poco-poco ramai2 tapi aku tak join sebab kepala sakit yang tak menahan malam tu terus takde mood -__-.







Kesian kakak Mia. Cuba cari kawan tapi semua sombong. Kekeke ;D







21 Disember 2015

Pagi sebelum balik sempat borong kerepek, ikan masin, ikan kering, udang kering gelang untuk cenderamata dan ntah tak ingat dah. Hohoho.
Tengahari tu dah gerak ke lapangan terbang. 
Balik la ke Putrajaya yang tercinta semula. Ni dah naik ERL ke Putrajaya. Gambar dalam flight takde la dalam simpanan sendiri. Malas nak pikir. 



Kakak Mia la paling seronok sebab first time naik flight. Omeyyy je.

Oooooooooooooooo lupa! Pengajaran satu lagi, kalau pergi lebih 2 orang lagi-lagi guna satu beg je, aku kena beli luggage siap2. Masa kat KLIA lepas je bawak masuk. Tapi kat Sabah dari jauh dah kena reject! Tapi aku tengok ada orang beg lagi besar lepas je . Nasib tak menyebelahi kitorang masa tu.
Bayangkan, barang 3 orang kot dalam satu beg. Tau kan mcm mana beratnya. Nasib baik tak bawak Arianna -__-. Tau la kakak Mia kan fefeeling model, dengan susu, pampers dia, gitu la jadinya. Dah tak pasal-pasal kena tumpang luggage mak abah. Nampak tak ayat nak backup diri, semua salahkan barang anak. HAHAHA)
Aku pulak tak bajet pun yang aku akan memborong ikan masin tu semua.Ingat malas nak beli tapi bila depan mata......Nafsu perempuan tau jelaaaa.
 Over sangat ko ni! * hentak kepala kat meja* Adoiii segan je. Maafkan kami . T__T 

Keseluruhannya, seronok tapi memenatkan. Pergi mana je yang tak penat kan. kalau tak penat, bukan berjalan-jalan la namanya ;D

Masa ni, Tuhan sahaja yang tau betapa rindunya kitorang dengan Arianna sebab first time tak jumpa selama hampir 2 minggu T__T



Sekiannn.