Showing posts with label mari berjalan-jalan.. Show all posts
Showing posts with label mari berjalan-jalan.. Show all posts

Friday, April 29, 2016

Cameron Highland - Kursus dan jalan-jalan ;P




Dah 2 tahun lebih rasanya tak jejak kaki kat Cameron Highland. Last ke sana masa kakak Mia umur setahun lebih dan masa tu tahun  Arianna dalam perut.

Dah lama jugak aku tak pergi Kursus yang memerlukan aku tidur di tempat kursus. Hahaha, Selalu hadir kursus yang ulang alik dari rumah je. Kembang telinga aku bila dapat tahu kursus tu di Cameron Highland dan lebih-lebih lagi di Heritage Hotel ;P

Masa dapat kursus ni, terus terasa nak bawak anak-anak dan suami memandangkan si Arianna memanjang tak sihat. Kejap demam dan memanjang la demamnya, pastu kena jangkitan HFMD dan sakit mata. Demam yang merengek nak melekat dengan mummy yang comel. auww! ;P Lagipun, memang saja nak pergi Cameron Highland sebab rindu strawberry coklat yang freshhhhhhhhh .

Nasib baik si suami pun dapat apply cuti 3 hari tu. bayar sikit untuk tanggung bilik dan makanan kami anak beranak dari pagi sampai malam. Tak payah susah-susah nak cari tempat makan luar hotel. Selebihnya, ditanggung beers oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia ;P


Hari pertama

Gerak kul 11.00 pagi. banyak sangat persinggahan kitorang sebelum sampai Tapah. Sampai dan check in lebih kurang kul 4.00 petang.


 Pemandangan dari bilik kitorang.


Baru lepas check-in kul 4.00 petang. Terus setting buka surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah berulang-ulang sepanjang malam. Memang inilah yang aku amalkan kalau tidur hotel atau tempat baru sepanjang ada anak kecil. Alhamdulillah setakat ni tiada gangguan yang membuatkan kitorang terpaksa cabut keluar hotel secara tiba-tiba ;P


Lepas dinner, lepak-lepak kat lobi sementara mummy masuk kelas. Kelas sangat hahaha


Bilik kursus yang sejuk dengan aircond semula jadi ;P

Balik bilik kena berteman sebab sepanjang laluan nak ke bilik tu sunyi bak hang! Terus keluar dalam kepala otak scene seram dalam movie Munafik tu. Scene Nabila Huda cakap Bahasa Arab. Itu yang paling terkesan dalam otak aku rasa. Siottt la!


Hari kedua

Tiba masa si daddy handle kedua-dua anaknya. Yang kecik time ni memang banyak ragam sebab badan dia tak berapa sihat. Kejap-kejap demam. Dan aku pun keja-kejap lari bilik tengok anak haha. 

Aktiviti diorang dalam bilik. Kejap baring, kejap makan, Lepas lunch diorang lepak kat playground room kat lobi sambil layan cite rapunzel.pastu balik bilik tidur.



Buli daddy yang nyenyak tidur hahaha


Petang tu kul 5 petang kitorang kuar jap jalan-jalan sekitar Tanah Rata sampai ke Brinchang. Banyak kedai tutup. Sedih sangat . Lagi sedih bila balik dari jalan-jalan tu si Arianna mengigil kesejukan dan demam semula. Silap mummy sebab bawak diorang jalan-jalan petang tu -__-"


Hari ketiga

Hari ketiga kursus habis awal 1 jam daripada yang dijadualkan. 


5 bintang untuk kursus ni walaupun hari ketiga tu banyak cilok sebab anak meragam dalam bilik hahaha.

Kitorang check out lepas lunch kul 1.30 petang lebih kurang. Yang naik bas dah lama gerak dah. Baru la kitorang mulakan sesi berjalan dan shopping lagi sekali. Arianna ok pulak masa ni.

First, pegi makan aiskrim strawberry. lepak-lepak jap.










Kemudian, pergi petik strawberry. Acara wajib bagi pengunjung yang jarang-jarang dapat ke Cameron Highland ;D






Last tempat pegi minum teh kat Cameron Valley. Mia tengok ladang teh tu dan berkata, "wahhh cantiknyeee!"




Sampai Putrajaya kul 7.30 malam dan terus bawak Arianna ke Klinik Pakar An-Nur Bangi sebab memanjang demam tak baik-baik.



Manja pulak adik dia nak duduk dengan kakak dia. Gomol kuat-kuat dua-dua ni memang best sangat. hahaha.


Sampai rumah terus pengsan kepenatan -__-

Sekian..





Wednesday, January 13, 2016

Flip Out Trampoline Arena


Tempat ni sesuai untuk individu yang ada impian untuk menjadi ninja sejati. Ianya juga sesuai kepada anak-anak ninja yang suka lompat atas katil sampai katil patah. ;P

.........................................................................................................................


Dengar-dengar dari member kata Flip Out best.  Rasa taknak balik. Musykil aku apa ntah yang best sangat. Main lompat-lompat je pun -__- Suami pun sama excited sangat dengan Flip Out tu. Siap berangan nak jadi ninja. Kakak Mia pun suka ninja sekarang. Siapa lagi kalau bukan Daddy dia yang ajar -__-" Aku bab berpeluh ni malas sikit sebab nanti takut hilang makeup kantoi pulak muka banyak jeragat ;P

Tapi kitorang cuba sendiri hari Ahad lepas. Nak ajak kawan kitorang tapi ada hal keluarga. Tak dapat la kakak Mia nak main lompat-lompat dengan kawan dia. ;P

Bayar masuk per person RM25 per hour sebab datang hari Ahad. Stokin mesti beli. Tapi kitorang jimat RM15 masa tu sebab stokin kehabisan stok. Kekekeke ;D Kalau tambah jam, RM18 kalau tak silap. Pastu ada birthday package dan lain-lain. Tak ingat sangat daaa.


Kakak Mia berhantu main foam ni. Arianna pulak geli. Tengok la tangan dia ke atas je. Taknak sentuh langsung foam tu. 





Ini tempat untuk dewasa. Tapi disebabkan tak ramai pun masa tu, Arianna kemain jelajah semua tempat tu. tengok la, bukan kisah mummy dia tertinggal belakang ;D

Daddy dia dah menghilang pergi belajar katanya. Lepas satu jam, tekak loya. hahaha ;D




Ini tempat budak-budak main. 




Yang ini pulak, kalau yang dah expert boleh buat aksi pusing-pusing pastu lompat. Tak tau la nak panggil ape. Sebab tengok orang-orang kat situ buat. Hebat! Jakun kejap ;P





Ini pun tempat kanak-kanak. memang berapa kerat je kanak-kanak masa tu. Sesuai tempat ni dengan Arianna yang memang lasak tak reti duduk diam. Kat sini, aku lepas je dia bergerak ke mana-mana ;P


Pose cekci dari Arianna emon bambam si kecik gelendit bulat-bulat macam donut. *tarik nafas!*  Panjang betul nama panggilan Anna. 

Aku rasa majoroti mak-mak dalam dunia ni ada nama panggilan pelik-pelik untuk anak dia sebab nak menggambarkan kecomelan anak sendiri. Ke aku sorang je? Hahaha


Kat sini Arianna boleh belajar jalan sendiri. Bila jatuh, dia boleh ketawa sakan sebab permukaan semua lembut. Cuba kalau jatuh kat lantai rumah. Satu apartment dengar dia nangis.


Untuk anak-anak yang suka aktiviti melompat ni, letak diorang kat sini, lompat la puas-puas. Bila dah penat, dalam kereta pengsan tidur macam kakak Mia ;P Pastu bila diorang mintak main sini lagi,  parents kena sama-sama memainkan peranan; buat-buat tak dengar  ;D


Tempat ni bagus untuk orang malas nak bersenam macam aku. Sebab?

 Diorang kata 1 jam lompat boleh bakar 1,000 kalori. Seriussss? Lepas ni sanggup makan pasir lauk batu sebab nak pergi setiap minggu semata-mata nak bakar 1,000 kalori ok?

Aku setuju bila diorang kata taknak balik bila datang sini. Bukan sebab aku suka melompat tapi sebab aku suka tengok Arianna meneroka bebas sana sini dan kakak Mia yang seronok melompat sampai dapat kawan baru. ;P

Lain lain kelebihan aktiviti ni, kat sini .









Tuesday, January 12, 2016

Jalan-jalan Genting Highland.



Selalunya, hari Sabtu Ahad, memang waktu kitorang lepak dalam rumah je. Jarang keluar berjalan.

Tapi beberapa hari sebelum tu suami ada ajak pergi Flip Out Trampoline, Kota damansara ajak member kitorang sekali. Katanya nak main lompat-lompat macam ninja *ninja la sangat -__-*. Tapi diorang ada hal. Cancel plan asal tu, plan semula ke Cameron Highland. Tapi bila tengok jam dah kul 12 tengahari, macam tak sempat je nak bersiap. Tidur sana memang takkan terjadi la. Huhu. Paling dekat dan sejuk pun ala-alaCameron Highland, ke Genting highland la jawabnya. ;P

Lama dah tak jejak kaki ke Genting ni. Outdoor theme park pun belum siap. Ntah bila nak siap la. Suram je aku tengok Genting Highland tu. So, tak beberapa seronok rasanya tapi boleh la lepas anak bagi seronok main.

Sampai kul 5.00 petang, sejuk tak tertahan rasanya. Nasib baik bawak baju sejuk budak kecik 2 orang ni.






Masa baru sampai dua beradik ni, ceria je muka. Tengok muka diorang bila dah nak balik nanti. Haha.




Bagi mak andak emok dan Mia yang tak pernah masuk Snow Walk ni masuk ke sana. Mia sekejap je dah menggigil tak sabar nak keluar. 
Mia kata, "Mummy, aircond ejuk angat kan? (Aircond sejuk sangat kan?) Hishhh. Ape la abang ni." 
Hahaha. Tak pasal-pasal, abang mana ntah yang kena dengan Mia tu ;D


Adik dia hanya boleh tengok dari cermin luar je. Sempat wefiee dengan Daddy pulak tu. ;P





\
Haaaa kann? Muka bila nak balik masing-masing tak larat. Anna masuk je kereta, baringkan terus tidur tak susu pun. Kesian dia.

Masa balik ni, kabus tebal sangat sampai tak nampak kereta depan. Memang bawak sangat perlahan. Sangat bahaya. 

Lepas juga la hajat nak bawak dua beradik ni pergi jenjalan ke tempat sejuk walaupun bukan Cameron Highland ;P

Thursday, January 7, 2016

Family portrait sangat ;D


Bila ibu ayah datang Putrajaya, tempat wajib untuk bergambar adalah di taman-taman yang cantik di Putrajaya. Contohnya, Taman Putra Perdana, Presint 1. 

Selalunya, kalau Achik kata nak amik gambar, macam biasa yang over dan terover mengambil kesempatan adalah adik beradik dia termasuk Ibu Ayah ;P Adik sendiri, pose la macam orang gila. Nak mengutuk, bising-bising pun depan-depan.

Bila kamera orang lain, ko dah tak mampu nak pose gila-gila punyeee ;P Segan terus menebal dan tunggu jela sampai orang pelawa bergambar. Itupun kalau dipelawa. Akhirnya, ko tengok je orang lain bergambar ;P

Kaki bergambar, perasan cantik macam ni la -__-"

Cuaca pun elok mendung masa tu. Best bergambar kenang-kenangan satu keluarga menadangkan semua ada bersama. Nanti masing-masing dah berkahwin, dah ada anak, dah susah dah nak gathering macam ni kan.. Sobbbs T__T . Macam biasa,  aku dapat rasakan gambar aku lagi banyak kotttt ;P



























 Ayah pun suka buat muka ;D


Ini pulak sebahagian hasil dari kamera hp.




Sekejap je semua dah besar. Nak kembali pada 15 tahun yang lalu boleh? :'(

Ingat lagi, balik dari sekolah, tak bukak beg lagi dah angkat tudung saji tengok lauk. Lepas makan tak sempat tidur pun terus kelam kabut bersiap, tunggu van pergi sekolah agama pulak. Pastu malam belajar mengaji / tuisyen pulak. Pastu baru buat kerja sekolah cikgu beri. Busy kalah orang bekerja . Larat je aku. Bila difikirkan balik, macam mana la aku boleh harungi semua tu. 
Sedangkan sekarang ni, sampai umah kul 7 malam pun badan rasa penat tak terkata.

Adakah faktor umur? ;D

Sekian :)