Wednesday, January 13, 2016

Flip Out Trampoline Arena


Tempat ni sesuai untuk individu yang ada impian untuk menjadi ninja sejati. Ianya juga sesuai kepada anak-anak ninja yang suka lompat atas katil sampai katil patah. ;P

.........................................................................................................................


Dengar-dengar dari member kata Flip Out best.  Rasa taknak balik. Musykil aku apa ntah yang best sangat. Main lompat-lompat je pun -__- Suami pun sama excited sangat dengan Flip Out tu. Siap berangan nak jadi ninja. Kakak Mia pun suka ninja sekarang. Siapa lagi kalau bukan Daddy dia yang ajar -__-" Aku bab berpeluh ni malas sikit sebab nanti takut hilang makeup kantoi pulak muka banyak jeragat ;P

Tapi kitorang cuba sendiri hari Ahad lepas. Nak ajak kawan kitorang tapi ada hal keluarga. Tak dapat la kakak Mia nak main lompat-lompat dengan kawan dia. ;P

Bayar masuk per person RM25 per hour sebab datang hari Ahad. Stokin mesti beli. Tapi kitorang jimat RM15 masa tu sebab stokin kehabisan stok. Kekekeke ;D Kalau tambah jam, RM18 kalau tak silap. Pastu ada birthday package dan lain-lain. Tak ingat sangat daaa.


Kakak Mia berhantu main foam ni. Arianna pulak geli. Tengok la tangan dia ke atas je. Taknak sentuh langsung foam tu. 





Ini tempat untuk dewasa. Tapi disebabkan tak ramai pun masa tu, Arianna kemain jelajah semua tempat tu. tengok la, bukan kisah mummy dia tertinggal belakang ;D

Daddy dia dah menghilang pergi belajar katanya. Lepas satu jam, tekak loya. hahaha ;D




Ini tempat budak-budak main. 




Yang ini pulak, kalau yang dah expert boleh buat aksi pusing-pusing pastu lompat. Tak tau la nak panggil ape. Sebab tengok orang-orang kat situ buat. Hebat! Jakun kejap ;P





Ini pun tempat kanak-kanak. memang berapa kerat je kanak-kanak masa tu. Sesuai tempat ni dengan Arianna yang memang lasak tak reti duduk diam. Kat sini, aku lepas je dia bergerak ke mana-mana ;P


Pose cekci dari Arianna emon bambam si kecik gelendit bulat-bulat macam donut. *tarik nafas!*  Panjang betul nama panggilan Anna. 

Aku rasa majoroti mak-mak dalam dunia ni ada nama panggilan pelik-pelik untuk anak dia sebab nak menggambarkan kecomelan anak sendiri. Ke aku sorang je? Hahaha


Kat sini Arianna boleh belajar jalan sendiri. Bila jatuh, dia boleh ketawa sakan sebab permukaan semua lembut. Cuba kalau jatuh kat lantai rumah. Satu apartment dengar dia nangis.


Untuk anak-anak yang suka aktiviti melompat ni, letak diorang kat sini, lompat la puas-puas. Bila dah penat, dalam kereta pengsan tidur macam kakak Mia ;P Pastu bila diorang mintak main sini lagi,  parents kena sama-sama memainkan peranan; buat-buat tak dengar  ;D


Tempat ni bagus untuk orang malas nak bersenam macam aku. Sebab?

 Diorang kata 1 jam lompat boleh bakar 1,000 kalori. Seriussss? Lepas ni sanggup makan pasir lauk batu sebab nak pergi setiap minggu semata-mata nak bakar 1,000 kalori ok?

Aku setuju bila diorang kata taknak balik bila datang sini. Bukan sebab aku suka melompat tapi sebab aku suka tengok Arianna meneroka bebas sana sini dan kakak Mia yang seronok melompat sampai dapat kawan baru. ;P

Lain lain kelebihan aktiviti ni, kat sini .