Wednesday, March 12, 2014

8.3.2014 - Cameron Highland.


Sabtu lepas Bb habis exam, terus bertolak ke office bb untuk amik 2 orang kawan dia, dila dan sheera dan bertolak terus ke Cameron Highland. Gerak kul 1 lbih kurang. Sampai Cameron dalam kul 7 lebih malam sbb traffic jam yang sgt teruk di Pasar Malam Brinchang. sepanjang perjalan nak naik cameron tu serius penat gelak sbb budak berdua kat belakang ni ada je yg nak dilawakkan. kadang2 benda tak lawak pun aku jadi gelak sbb gelak si sheera yang ....... Ya Allah susah nak kata. haha. Sampai je aku terus kira berapa orang termasuk aku. Semuanya 14 orang kalau tak silap. sempat mengira naa. 

Sampai malam  tu terus siap2 nak pegi pasar malam.




Balik dari Pasar malam, tengok dioRg berbbq. Aku x buat pape pun. sbb tak tau nak buat apa. Lagipun Damia mmg taknak dgn orang lain. pastu nak merengek je memanjang. so, aku jaga Damia jela. SORRY NAA. eh terbesar plk tulisan. kekeke.




Malam tu diorg tukar2 hadiah. Masa nyanyi dengan gitar tu aku dah tak mampu dah bertahan terus terbaring kat Bb tido.

Esoknya pegi Ladang Strawberi . itu mmg agenda wajib kalau ke cameron. Tapi, sekejap sahaja kat situ. Dapat amik gamba sikit je pun.




lepas tu singgah pegi pasar semula sebab nak sangat borong jagung. Selesai beli jagung dan teh pelbagai jenis, pegi singgah ladang teh. Time ni Damia mengamuk tak tentu pasal. tapi nasib baik berjaya dipujuk. haihhh. Damia ni. hampir hilang mood mummy nak berjalan tau. hahaha



Tengook tu elok je nak main. mengada2 budak kecik ni tau. ee geram mummy tengok.


Time ni Damia panggil mummy, "mimimimimi mekk mekkk!". Damia mintak mummy dukung turun bawah tapi aku tetap tak layan sbb nk bergambar punye pasal. miahaha.

"eh mummy, diorg selfie kat sana la. kita tak join ke?"

Kemain gedik budak kecik ni bergambar kalah mummy. 

nak sangat guna monopod, dah mcm monopous aku pegang benda ni ha. 

Last sekali, Lata Iskandar. tak mandi pun sbb MALASS. Perempuan ni payah sikit nak tukar2 baju. pastu dengan anak lagi. 



Selebihnya gambar-gambar dari kamera officemate Bb. gambar pun tak terang sangat sbb diorng send guna whatsapp. tapi ok je.










Perjalanan kali dirancang oleh officemate Bb sampaikan duit minyak dan tol pun boleh ada terlebih2. Pelik kejap kat situ. Punye la berhemah diorang uruskan bajet sampai terlebih2. Kalau aku yang manage, menangis diorg sbb aku kan boros. tak boleh tak boleh!

Sampai umah kul 10 lebih malam terus pengsan. 

Sekian cerita ringkas ke cameron ni.