Showing posts with label Faraedy's love story.. Show all posts
Showing posts with label Faraedy's love story.. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

Makan-makan sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 5 tahun


Alhamdulillah.

2 Julai 2016 genap la perkahwinan kitorang 5 tahun. Macam-macam dugaan yang datang. Kalau sama-sama tempuh dan sama-sama cari jalan penyelesaian inshaAllah akan dipermudahkan.

Alaaa ni baru 5 tahun kahwin. Jauh lagi perjalanan tu. Yang penting, anak-anak ada sebagai penguat semangat mummy daddy untuk tempuh sebarang ujian dan dugaan. Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin.

Dua minggu sebelum anniversary, kepala aku buntu nak bagi ape dan nak buat ape. Memandangkan waktu nak raya macam ni. Hahaha. faham-faham sudah laa. 

Tetiba laki kata nak bawak makan luar pulak sempena anniversary kitorang sebab sepanjang bulan Ramadhan ni memanjang la sama-sama memasak dan buka di rumah je. Sebab senang dan urus anak-anak yang masih kecik comel ni. Lagi-lagi si Arianna yang tak reti duduk senyap ni. Haha. 

Masa tengah plan tu, ada terdetik si lelaki kesayangan ni nak tinggalkan anak dan nak makan berdua je. Bukannya salah pun sbb niatnya nak dating berdua.  Tapi aku terus tolak permintaan dia memandangkan kitorang nak pergi makan makanan sedap-sedap, mana boleh tinggal anak. Biarlah anak-anak sama-sama rasa makanan sedap kan. Susah, payah, lasak mcam mana pun diorang, biar la kita bawa je kemana-mana melainkan pengasuh cuti ;P kalau macam tu, terpaksa la hantar kampung ye anak-anak. Kesian diorang.



Kitorang makan Kat Kopimeo Cafe, Shah Alam. 


Elok pulak semua pandnag kamera.



Love u lahhh ♥


Teman gaduh, teman shopping, teman make up. 



Si anna ni kalau bergambar tak sah kalau tak buat muka dan tangan mcm tu ;D

Spagethi lemak udang

Spagethi ikan masin. Sedap!


Churros dan sandwich telur cheese.


Sedap gomol je budak kecik ni.

Simple je sambut anniversary kali ni. Alhamdulillah. 

Yang paling best, lepas makan kat Kopimeo, lelaki itu membuat surprise. Dia bawa kitorang makan roti nan cheese meleleh. Cheese tu bila ditarik, Fuhhhh! Ya Allah sedapnyeeeeee. Dapat jugak akhirnya. Tapi tak habis sebab kenyang sangat ;P

Mungkin pada orang lain, "WHATTT?! Roti nan cheese je? Mamak Presint 9 pun ada, HAHAHAHA!

Tapi pada aku, "Roti nan cheese B? Serius? nak! NAK! kat mana? kat mana?!"

Happy Tummy = Happy Wife ;D

Terima kasih suami kesayangan ♥




Monday, November 16, 2015

Quotes ♥



To my handsome boyfriend, handsome man, handsome husband and handsome daddy,



Those beautiful moments when you play with our daughters and tell them you love them, is going to be always stored in my mind and in my heart because I know that you say so honestly.

 I love you husband with all my heart ♥




Behind the picture,



;P






Monday, July 6, 2015

4th Anniversary - Little White Cafe, Bangi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Anniversary dah lepas tapi nak jugak cerita. bahahaha. Anniversary hari tu kita surprise suami kita dengan hadiah dan kad letak dalam bagpack dia. Dengan harapan, masa suami sampai ofis, tengah nak masuk bilik air touch up nampak la hadiah tu. 
Yang bestnya, hadiah tu memang dia nampak. Memang la dia kata terharu sangat sebab dah lama takde perfume kan. Alaa, bukan selalu pun belikan dia hadiah. Once in a blueee mooon omputih kata. Haaaa.

 Tapi KAD? Rupa-rupanya dia tak perasan ada kad dalam tu. Pulak tu dia baru perasan masa dah sampai rumah. Itupun sebab dia nak amik handphone. Pastu boleh kata, "Laaaa hny. Ada kad rupanya." -_-  Pastu dia baca kad tu depan mata kita. Malu shayeeee. hahaha. *macamnakkenasepak
___________________________________________________________________________


Masa nak balik kerja tu suami call kata nak bawak makan kat luar. 

Macam biasa la. Dapat isteri yang banyak soalan ni.

Isteri : Kat mana tempat makan tu B?
Suami : surprise. 
Isteri : Jauh tak B?
Suami : surprise. Tunggu je la. Hishhh.

Dah tetiba nada macam nak marah. kikiki.

Masa dah nak sampai, aku asik la tanya kat man? kat mana? takkan red card kot? 
Rupa-rupanya, kat sini.

Little White Cafe

Terima kasih sebab 'surprise' kan isterimu ini. ;P

Ku akui tempatnya memang sangat cantik. Makanan pun ok. Suami dah book untuk buffet Ramadhan. Rasanya seorang RM45++. Memang pada aku rasa mcm teragak-agak jugak. Baik masak kat umah. Takpun, beli kat bazar ke kalau malas sgt. Tapi dah orang belanja kan. Takpe la. Asalkan suami ikhlas. Dia dapat tau tempat ni pun sebab mintak tolong officemate dia carikan. Punye la malas nak google sendiri. 





Tempat dia cantik memang sesuai untuk dating. Tapi kami bukanlah dating bila bawak anak-anak. Hahaha. Gambar makanan memang takde la sebab busy dengan anak. 

Nak buat macam mana. Mummy Daddy baru nak on mood romantic 1 minit. Memang tak boleh.
Dengan kakak Mia yang banyak tanya, "Mummy, ape tu? Mummy Mia nak makan. Mummy, nak air. Mummy, itu ayam kan? Mummy, kek sedap."
Dengan adik Anna yang memanjang nak dukung sambil berdiri. Bila kita duduk, dia keraskan badan nak bangun. Bila berdiri, terus nak ketawa kuat-kuat. Lempang kang. Haha.

Beginilah kalau bawak anak-anak makan. Macam mana la nak makan sambut anniversary bila dah ada anak 4/5 orang.  EH? kuikuikui.


Hp 'mahal', gambar pun jadi 'cantik' sangat -_-



Tapi hari tu memang berulang makan lamb. Kata pun sedap. Kena la dengantekak aku. Tak tau la kalau tekak orang lain.
Kuah dia rasa ringan je. sebab dia kekalkan rasa kambing tu. Susah la. Macam mana ye nak kata. Sebab takde pengalaman macam pengacara Jalan-Jalan Cari Makan tu. 

Dah kata makan berulang, maknanya, bergilir-gilir la kami pegang si manja kecik bucuk masam manja yang berbaju kuning tu.
Habis satu pinggan, suami pegang. Habis satu pinggan, isteri pegang pulak. Dan seterusnya. Gituuu. 
Senang kata semua makanan  makan berulang-ulang. Daripada main course sampai la ke dessert. Nasib baik kami dapat bezakan antara makanan dengan pasu bunga atas meja tu. ;P 


Memang tak hairan la badan ku seperti dipam-pam dengan jayanya. 

**Ouh lupa, kakak Mia tak mandi masa ni sebab baru bangun tidur. Bau kambing dengan Mia sama je masa tu. Hampir-hampir nak makan anak sendiri .

Sekian.










Thursday, July 2, 2015

4th Anniversary.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



4 years of commitment.

4 years of attraction.

4 years of care.

4 years of affection.

4 years of romance.

4 years of togetherness.

4 years of love.

4 years of happiness.
















My husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, watched me succeed, seen me fail and kept me strong.
My husband is promise that i will have a friend forever.

Thank you for being my husband and also MY SUPERMAN!

Happy 4th Anniversary sayang. 
You're one in a million.


I love you sayang .


*hashtag popular zaman kini #muahciked





Wednesday, January 7, 2015

Debaran. Gulpp!



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.





Sekejap je rasanya masa berlalu. Dah masuk 37 minggu lebih. Lagi beberapa hari, beberapa minggu kakak Mia dah nak jadi kakak. Kesian pulak tengok cepat sangat nak jadi kakak. Tapi sebenarnya bagus jugak bagi kakak Mia adik ni. Kakak Mia ni pun jenis yang bossy sikit bila dengan mummy daddy dia. Pastu kalau ada makcik2 dan pakcik dia, kemain lagi dia. Mummy daddy marah, ramai pulak yang backup. Hamboiii dah macam kita pulak yang salah. Pastu semua barang dia yang punya. Lepas ni kakak Mia kena la belajar kongsi permainan, kena belajar mengalah dengan adik, protective, sayang adik. Mudah-mudahan boleh jadi geng la dua beradik ni nanti. 

Setiap hari fikir saat nak bersalin. Takut, kecut perut, semua perasaan ada. Dah macam bersalin anak pertama pulak kan. 

Tapi bila tengok kakak Mia suka usap perut, pastu cakap, "adik baby Mia". Takpun dia tunjuk sorang-sorang, "Tu Daddy, Mummy, baby (tunjuk perut mummy), Mia, yeaaaa!". Lagi satu, kalau tengah main pakaikan patung dia pampers tetiba dia pegang perut mummy dia dan sebut, "Mia nak baby."  haihh perasaan tak sabar nak bersalin pulak yang keluar. Hilang perasaan takut tu. Macam mana tu.

Pastu nak sedapkan hati, pergi la shopping barang baby. Excited nak beli barang baby tu, sama je macam anak pertama. Jangan kata anak nombor dua ni tak payah beli banyak barang. Baju, seluar, booties, mittens, botol susu, bantal, toiletteries, diaper bag, pampers, dan lain-lain pun kena beli jugak. Kalau harapkan baju kakak Mia, kepam la haiiii. Bayangkan la kalau baju newborn kakak Mia dulu, 7-8 bulan pun still pakai lagi. Boleh bayangkan kepamnya macam mana. Pastu butang baju pun dah tertanggal. Tapi pakaikan la juga cuma kat hospital, adik pun nak baju baru jugak. Adik pun nak comel-comel jugak kan. 

Pasal scan, masa kakak Mia dulu, bangga je dia tunjuk 'anu' dia. 6 kali scan, dalam 5 kali nampak. Semangat je dia tunjuk doktor. Elehhhh... Tu mesti nak suruh mummy daddy beli barang pink kan. Memang senang kalau dah tau jantina. Semangat je beli barang baby warna pink. Pergi mana-mana, pink je nampak. Warna lain tenggelam.

Kali ni scan, adik malu-malu la. Dalam 7-8 kali scan, yang nampak cuma sekali. Itupun doktor macam was-was. Macam ye macam tak.  Disebabkan tak tau jantina, mummy memanjang nampak warna hijau je. Tak pun, putih. Tapi majoriti hijau. Muahaha. Tu la siapa suruh adik pemalu sangat. Nak pilih satu baju pun dekat 5-10 minit termenung fikir warna ape yang sesuai boy dan girl pakai. Suka tau dengki mummy macam ni. 

Eh, anak dah nak masuk dua orang? Macam tak percaya je. Rasanya macam baru je bersalin Damia. wakakaka. *pembohong punya orang.

Setiap hari google petua mudah bersalin, baca pengalaman orang lain bersalin. Muahaha.

Next week dah start cuti bersalin. Kemain semangat lagi kan pergi amik cuti bersalin awal. Awal seminggu dari tarikh due date. Bukan apa, dah la memanjang checkup, pastu ada perkara-perkara yang belum setel, kena setelkan sebelum berpantang. Lagipun, biarlah aku exercise kat rumah, buat kerja rumah banyak-banyak. Baju pun dah 2 bakul tak berlipat. Bilik Air pun dah 3 minggu tak cuci. Habuk pun melekat je sana sini. Dah seminggu tak vakum dan mop. Baju nak balik kampung masa berpantang pun tak kemas lagi. Marilah buat kerja rumah sambil bersenam, sambil tunggu masa nak bersalin.

Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. 

Kakak Mia sekarang dah suka main baby-baby. Pakaikan pampers, bagi susu, mandi, pakaikan bedak. Last sekali nanti dia cium bebear tu. Alahaiii kesian pulak. Kang beli mainan 'baby alive', menangis mummy daddy ko makan pasir je kang. Kekeke.
Sekejap je dah panjang kakak Mia ni. Rasanya, masa umur 2 tahun, baju ni masih paras lutut lagi. Sekarang pakai baju ni, kemain seksi lagi. Masa kecik, mummy lepaskan. Dah besar sikit, jangan nak gatal-gatal pakai mini skirt naaaa. Cukup-cukup la dengan kejahilan mummy dulu. Anak jangan ikut. Berdosa. 







Wednesday, December 10, 2014

He's my husband, her daddy, our superhero :)



Special to Daddy.





6 Disember 2014 - Daddy turns 31.

Kakak Mia : Happy Birthday to Daddy. I love u :))

Mummy : Happy Birthday to my friend, my bff, my husband, my love and my soul. I love u. :))




Just a simple celebration for u daddy.






  Sincerely, 
Mummy & Kakak Mia ♥






Wednesday, July 2, 2014

Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 3 tahun :)



Bb, minta ampun maaf dulu sebab banyak mengumpat Bb dalam entry kali ni. 






Pernah tak dengar orang-orang tua kata, jangan benci sangat lelaki tu, nanti lama-lama sayang.
Di sini, makcik ingin mengatakan, BETUL lah kata orang-orang tua tu, sebab berdasarkan pengalaman sendiri. 

Aku bukanlah jenis yang memilih tapi tapi ada part2 tu memang aku nak elakkan kalau boleh. Ok la. Kalau ikut taste aku masa bujang,  nak seorang yang simple, tak kisah kaya ke tak yang penting mampu,  tak nak lelaki yang suka cover diri sebab aku bukan jenis yang reti nak cover depan lelaki . Aku kalau bab makan, malas nak cover-cover. nak makan, makan jela kan. Ini yang lelaki pulak nak cover. hishhh.  Lelaki bajet hensem mmg OUT! Pastu cara bercakap nak jiwang-jiwang. Dalam hp ramai nombor pompuan daripada lelaki. Nisbah nombor lelaki : perempuan = 3 : 10. Faham? pastu semua nak bersayang-sayang. HAIHH MENYAMPAH.  Dan yang penting tak terlalu menjaga penampilan. Jaga penampilan tu perlu tapi tak perlu kot over sangat. Rimas tau terlalu jaga penampilan. Kejap-kejap tengok cermin mengalahkan perempuan. Pastu kang memanjang tanya,"I hensem tak". Pastu, kebanyakan mamat bajet hensem ni, mata keranjang. Yela kalau berjalan-jalan, die suka tengok perempuan lain sbb nak tengok perempuan tu tengok dia ke tak. kalau tengok, kang hati berbunga la sebab dia rasa dia hensem. Ini semua ada bukti dan salah satunya pengakuan  kawan sekolah aku sendiri yang memang bajet hensem. Rasa macam nak cekik-cekik je orang macam ni.

Ko tengok punya la panjang paragraph atas ni.
Kalau ikut yang atas ni, rasanya sampai sekarang aku masih TAK berkawin dan beranak.
Tak payah nak memilih sangat. Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Last-last, dapat jugak yang bajet hensem tu. Alhamdulillah! Kahkah.

*marah laki aku baca part ni. Wakaka.*

Mula-mula berkenalan, memang aku tak suka cara dia, tak suka pandang muka dia, tak suka cara dia bercakap, tak suka penampilan dia. Segalanya tak suka. Kalau borak pun memanjang pasal kpop je. itu sahaja. Pening. Biasa la belum kenal.

Tapi dalam pada banyak yang tak suka tu , yang pelik bin ajaib makin lama, makin dekat. 3 bulan keluar bersama, daripada dulu masa mula-mula bekerja aku selalu tengok wayang dan karaoke sorang2.  memang pelik tapi macam tu lagi  selesa dan bebas nak buat ape.
Dan akhirnya berteman. Alhamdulillah.

Tapi lama-lama aku mula boleh terima dia. Biasa la. Tak kenal maka tak cinta.

Tapi itu cerita  3-4  bulan pertama. Dan sayang tu mesti la ada. Kalau tak, takkan boleh sampai kawin kot.  Maklumlah kenal lelaki bukan taste sendiri. Haha. 
Tapi bila dah kawin, apa yang ada kat suami tu SEMUA jadi taste aku.
DUNIA SUDAH TERBALIK KAH? kahkahkah.

Tapi bila dah bertunang, berkahwin, haaa dia la pengarang jantung hati aku. Jangan benci-benci nanti lama-lama sayang. Gitu la ceritanya.

17 Julai 2011, bertunang secara kecil-kecilan sebagai tanda sahaja. Ikat selama setahun.

2 Julai 2012, tarikh di mana kami menjadi suami isteri yang sah. Alhamdulillah.

3 April 2013, kami dihadirkan dengan zuriat yang comel, Damia Nur Farysha.

2014? eh?

********************************************************************
Nak puji suami sikit boleh tak sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3 tahun. Laa baru 3 tahun. Haha. 

Bab kerajinan, alhamdulillah. Seorang yang rajin walaupun kadang-kadang malas. Paham tak? Haha. Dalam malas, tetap juga dia tolong isteri dia buat kerja rumah. Kalau memasak, aku memasak, dia pun tolong tengok-tengokkkan masakan terutama ayam goreng dan ikan goreng. Sebab aku tak reti nak bajet yang goreng-goreng ni dah masak ke belum. Lepas habis memasak, dia tolong cuci pinggan. Aku nak memasak ok je tapi bab mencuci pinggan mangkuk periuk ni, haihhh lemah badan. Wakaka.

Kalau basuh baju, aku yang kumpul baju, asingkan baju, basuh baju dalam mesin. Bila siap, kalau aku terlupa, dia tolong sidaikan. Kadang-kadang, dia yang buat semua. Maksudnya, dari masuk baju sampai sidai. Itu kalau aku sibuk buat kerja yang lain. Bukan masa tengah tengok tv haa. Cuba ko tengah syok tengok tv dengan mata yang tak lepas dengan tv sambil cakap kat suami, "B, pegi la basuh baju. Baju dah menggunung tu." Aku rasa mau kena sepak terajang dgn suami tu. Muahaha.

Bab makan, takde la memilih. Dia makan je ape yang boleh dimakan dan dimasak. Tapi ayam goreng tu mmg lauk wajib sampai aku naik muak dengan ayam goreng. Sama je dengan Damia. Ikut betul perangai Daddy dia suka ayam.
Sekarang ni aku jadi semakin semangat nak memasak. Sebab ape? Haaa bila suami puji masakan, itu merupakan salah satu motivasi yang baik untuk orang-orang  yang fikir memasak ni sangat memenatkan dan melecehkan lagi-lagi balik kerja pastu terus nak capai kuali periuk. Aku la tu. Wakaka.
"Ape yang isteri B masak, semua sedap. B lagi suka kalau hny masak daripada makan luar".
Tak kembang semangkuk dengar? Walaupun aku tau masakan aku tak sedap mana pun, tapi pujian tu. Pujian tu buat aku rasa sentiasa nak masak. Kahkahkah. Masak sebab kena puji? what the ____.

Tapi kalau bab mengemas rumah, vakum dan mop lantai, aku lebih suka buat sendiri. baru puas hati. 

Tukang mengingat pun ye  jugak suami aku ni. Contohnya, bab makan ubat. Biasa la ubat 4 serangkai yang memualkan tu. Aku selalu terlupa plus sengaja terlupa. Wakaka. Masa tidurkan Damia, Dia tolong bawakkan ubat. 

Bab main dengan anak, dia memang pandai main dengan anak.Kalau dengan aku, permainan yang lembut2, lebih kepada keibuan. cehh. Memanjang budak kecik tu diajak main patung, main dandan rambut, main masak-masak. TAPI bila dengan Daddy dia budak kecik tu terus mengganas.  Amboi menjadi-jadi. kejap main basikal, kejap jadi superman, kejap jadi ultraman, main fight-fight, kejap main kejar-kejar, kejap main sorok-sorok. Pastu kalau main kejar-kejar atau sorok-sorok yang jadi jahat mesti aku. Yela mummy jela yang jahat.

Bab romantik ke tak, itu cerita suami isteri. Miahaha.

Jangan fikir suami yang tolong isteri ni DAYUS, PENAKUT atau bini tu yang QUEEN CONTROL. Tak baik menuduh bukan-bukan. Boleh jadi fitnah tu.
 Suami yang tolong isteri ni niatnya untuk menyenangkan isterinya. Yela dua-dua bekerja. Balik pun sama-sama  petang. Sama-sama mencari rezeki dan sama-sama buat kerja rumah kan lagi bagus. Kan elok sama-sama tolong menolong. Takdela kesian sangat bini tu bertungkus lumus kerja  di pejabat siang hari , malam pulak bertungkus lumus buat kerja rumah, urus anak sorang-sorang.  Suami pula melepak dan mengarah je nak itu ini.. Tak kesian ke kat isterimu tu?

Eh tak salah kan puji suami sendiri. Ramai je suami-suami zaman sekarang ni yang rajin  malahan lebih rajin dari ini. Kan bagus tu. .
 Lagipun, hari ni je aku nak puji laki aku pun. Kalau puji depan-depan kang kembang semangkuk. Hoho.

Biasa la lumrah hidup, Manusia tiada yang sempurna. Tak lepas dari kesilapan termasuk diri sendiri. Walaupun ada segala kebaikan, tetap ada keburukan juga.
TAPI takkan hanya sebab satu keburukan sahaja, nak tutup semua kebaikan yang ada?

************************************************************



Buat suami,
Isterimu tak minta wang ringgit darimu. 
Isterimu tak minta rumah yang besar untuk keselesaan semata-mata.
Isterimu tak minta perhiasan diri berupa tas tangan dan kasut  harga ribuan untuk menyenangkan hati diri sendiri.
Isterimu tak  minta emas untuk kecantikan diri.
Isterimu tak minta baju yang mahal-mahal untuk diri dan anak-anak.
Isterimu tak minta untuk kamu bergadai nyawa demi melindungi kami sekeluarga.

Cukuplah sekadar kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan dalam diri suami untuk isteri dan keluarga kecilnya.  


2 Julai 2011 - 2 Julai 2014

"Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke 3 tahun. Semoga kita bertambah kasih sayang dan saling mencintai antara satu sama lain. Semoga kita menjadi lebih kuat dalam mengahadapi segala rintangan dalam hidup bersama.

Terima kasih kerana sudi jadi teman hidup selama 3 tahun dan dengan izin Allah untuk tahun-tahun seterusnya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman gaduh. Terima kasih.

Tiada hadiah yang mahal untuk suami. Hanya mampu beri kasih sayang untuk suami dan anak-anak."



p/s : panjang entry kali ni. Aku nak baca balik pun pening. =__=












Wednesday, July 3, 2013

Faraedy's 2nd wedding anniversary!

Meeting you was a fate, becoming your friend was a choice. But falling in love with you i had no control over. 


17th July 2010 - officially engaged.
2nd July 2011 - officially married.


On this anniversary, i take this apportunity to thank you from the bottom of my heart for being my partner, spouse, lover and friend. You're the best husband and a great Daddy to Damia Nur Farysha.  Happy 2nd wedding anniversary syg!  ðŸ’—

Love letter from Bb. Comel la siap ada correction. 😌



Hikkk. Love you with all of my heart. 

Saturday, January 7, 2012

yeayy !

hari ni dpt present dr suami trsyg . *chewahhh dpt present baru nk syg ^^

dpt present ni time abis function bowling kt alamanda tgk kak izan , abg apai n ain yeye main . kemudian, bb dtg bg surprise la ni . kn bb ?







hee . comel kn ? mmg confirm ni sbnarnya utk anak dlm perut ni kn bb ? bebear ni siap ada bunyi loceng . nama bebear ni sy bg nama MIA . comel comel . thanxx so much . sy hnya mmpu senyum dan ucapkan terima kasih berkalikali je sbb . . . . sy cuma ada kasih syg je utk beri pd suami sy .
*da la ko aynn ! dpt present baru nk sebut kasih syg . taik kucing . jahat ko kn .

welcome to Faraedy's Family :)



- Posted using BlogPress from my iPhone4

Friday, January 6, 2012

Faraedy ^^

tomorrow . . . .

7 January 2012 .

we have been together for 2 years .

since 7 January 2010 .

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

"We began as strangers .

We became friends .

We became one with each other .

 We remain as one forever ."

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


2010



























♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

2011





















♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


2012

......................... ?!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

"Thank you for your tender love  

You'll never really know

How happy that you've made me

And how much I love you so Bb ."

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥