Tuesday, July 5, 2016

Makan-makan sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 5 tahun


Alhamdulillah.

2 Julai 2016 genap la perkahwinan kitorang 5 tahun. Macam-macam dugaan yang datang. Kalau sama-sama tempuh dan sama-sama cari jalan penyelesaian inshaAllah akan dipermudahkan.

Alaaa ni baru 5 tahun kahwin. Jauh lagi perjalanan tu. Yang penting, anak-anak ada sebagai penguat semangat mummy daddy untuk tempuh sebarang ujian dan dugaan. Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin.

Dua minggu sebelum anniversary, kepala aku buntu nak bagi ape dan nak buat ape. Memandangkan waktu nak raya macam ni. Hahaha. faham-faham sudah laa. 

Tetiba laki kata nak bawak makan luar pulak sempena anniversary kitorang sebab sepanjang bulan Ramadhan ni memanjang la sama-sama memasak dan buka di rumah je. Sebab senang dan urus anak-anak yang masih kecik comel ni. Lagi-lagi si Arianna yang tak reti duduk senyap ni. Haha. 

Masa tengah plan tu, ada terdetik si lelaki kesayangan ni nak tinggalkan anak dan nak makan berdua je. Bukannya salah pun sbb niatnya nak dating berdua.  Tapi aku terus tolak permintaan dia memandangkan kitorang nak pergi makan makanan sedap-sedap, mana boleh tinggal anak. Biarlah anak-anak sama-sama rasa makanan sedap kan. Susah, payah, lasak mcam mana pun diorang, biar la kita bawa je kemana-mana melainkan pengasuh cuti ;P kalau macam tu, terpaksa la hantar kampung ye anak-anak. Kesian diorang.



Kitorang makan Kat Kopimeo Cafe, Shah Alam. 


Elok pulak semua pandnag kamera.



Love u lahhh ♥


Teman gaduh, teman shopping, teman make up. 



Si anna ni kalau bergambar tak sah kalau tak buat muka dan tangan mcm tu ;D

Spagethi lemak udang

Spagethi ikan masin. Sedap!


Churros dan sandwich telur cheese.


Sedap gomol je budak kecik ni.

Simple je sambut anniversary kali ni. Alhamdulillah. 

Yang paling best, lepas makan kat Kopimeo, lelaki itu membuat surprise. Dia bawa kitorang makan roti nan cheese meleleh. Cheese tu bila ditarik, Fuhhhh! Ya Allah sedapnyeeeeee. Dapat jugak akhirnya. Tapi tak habis sebab kenyang sangat ;P

Mungkin pada orang lain, "WHATTT?! Roti nan cheese je? Mamak Presint 9 pun ada, HAHAHAHA!

Tapi pada aku, "Roti nan cheese B? Serius? nak! NAK! kat mana? kat mana?!"

Happy Tummy = Happy Wife ;D

Terima kasih suami kesayangan ♥