Assalamualaikum.
Pada 4.5.2014 bersamaan dengan hari Ahad lepas kitorang pegi ke Farm In The City, Seri Kembangan. Dekat sangat dengan Putrajaya ni. Kita dapat tau pasal tempat ni pun sebab tengok instagram sepupu yang bawak anak-anak beliau berjalan. Sekali tengok, macam best je sebab kat sini macam-macam jenis binatang kita boleh pegang, boleh bagi makan siap bergambar lagi.. Terus dapat ilham nak bawak Damia ke sini sebab Damia kan suka tengok binatang. Tapi antara kami bertiga yang berani cuma SEORANG sahaja. Orang tu mesti lah suami. Yang kedua Damia. Yang ketiga, Mummy dan memang kerjanya duduk tepi je. kihkihkih. Nak bagi kura-kura yang lambat tu makan daun pun tak berani apa lagi dengan binatang yang lain-lain.
Harga tiket untuk Farm In The City seperti berikut :
Harga tiket untuk Farm In The City seperti berikut :
Entrance Fee
| ||
With Mykad
|
No Mykad
| |
Adult
|
RM 30.00
|
RM 48.00
|
Children*
|
RM 25.00
|
RM 38.00
|
Senior Citizen**
|
RM 25.00
|
RM 38.00
|
* Below 12 years old
** Above 60 years old
*** Body height below 90 cm F.O.C
Masuk je dah terus jumpa kura-kura yang besarrr. Relaks je dia makan daun. Bila tengok muka kura-kura tu, haiihh seronok awak tak payah pikir pape masalah. Makan je apa yang orang bagi.Takkan ada merungut, takde cakap belakang, takde pikir yang bukan-bukan. Terima je dengan rela. kakaka.
Apee la takut. Ingat berani sangat. kahkah.
Damia suka binatang yang comel-comel. je. Contoh yang ni anak ayam.
Meremang bulu roma makcikk.. erghh.
Damia : Mummy, apa ni? Bagi la betul-betul mummy. Asyik terlepas jatuh je.
Mummy : Zzzzzzz.
Senyuman olok-olok tu namanya, Damia!
Damia : sape yang jalan terhenjut-henjut tu mummy?
Mummy : -----------------------
Kat sini pun ada aktiviti tangkap ikan dalam longkang. Seronok budak-budak kecik kat sini main air. Teruja betul budak-budak kecik kat sini termasuk Damia. Tapi bila net tu jatuh dalam air, yang jadi mangsa kena celup tangan dalam air yang hanyir tu, ni ha mummy yang jadi mangsa. Habis hanyir bau satu badan. Yang pasti kami langsung tak dapat tangkap walau seekor ikan pun. =__=
Ha tu Damia panggil, "babbit". maksudnya, Rabbit! Kemain manja panggilan rabbit tu.
Kalau Damia takut, mummy lagii takut! sampai sanggp tinggal anak dia dekat dengan kambing. Tau tak kenapa kambing tu pegi kat Damia? Kambing tu dekat dengan Damia sebab nampak tak daun kat tangan tu? Sebenarnya kambing tu kejar daun tu. Di sebabkan Damia kat tengah-tengah, so Damia la jadi mangsa.
Aikk takut betul sampai angkat kaki ke atas.
Akhir sekali, untuk kanak-kanak yang masuk sini akan dapat certificate tau. comel je. hihihi.
*ihsan uncle google.