Wednesday, May 28, 2014

Ibu, Bapa dan Anak.

Masa kecil.

Aku diajar memegang objek.
Aku diajar meniarap.
Aku diajar merangkak.
Aku diajar berjalan.
Aku diajar makan dan minum.
Aku diajar salam orang lain.
Aku diajar menyebut perkataan.
Aku diajar untuk bermain.
Aku diajar bergaul.
Aku diajar membuka lampin sendiri.
Aku diajar memakai dan membuka pakaian sendiri.
Aku diajar supaya sayang pada adik.
Aku diajar supaya menjaga adik.
Aku diajar supaya mengalah dengan adik.
Semuanya diajar oleh ibu dan ayah.


Masa remaja.

Aku ditegur kerana banyak tengok tv.
Aku ditegur kerana bilik bersepah.
Aku ditegur kerana banyak tidur.
Aku ditegur kerana banyak main.
Aku ditegur kerana terlalu banyak masa bersama kawan.
Aku ditegur kerana tidak mahu mengulangkaji pelajaran.
Aku ditegur kerana meninggikan suara kepada orang yang lebih tua walaupun umur lebih setahun sekalipun.
Aku ditegur kerana kerana  degil taknak dengan cakap ibu ayah.
Aku ditegur kerana selalu dengan handphone.
Aku ditegur kerana lalai dengan internet.
Aku ditegur kerana sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab.
Aku ditegur kerana tidak mengalah dengan adik.
Aku ditegur kerana tidak cuci pinggan selepas makan.
Aku ditegur kerana baju dalam almari yang bersepah.
Aku ditegur kerana bil telefon rumah yang melambung.
Aku ditegur kerana tidak berjalan tunduk semasa lalu lang depan orang.
Aku ditegur kerana tidak tolong ibu atau ayah.
Aku ditegur kerana terlalu boros dengan perbelanjaan sekolah.
Aku ditegur kerana selalu ponteng kelas.
Aku ditegur kerana selalu mengadu tentang hal kawan-kawan pada ibu ayah.
Terlalu banyak teguran sepanjang umur nak meningkat dewasa.
Semuanya ditegur oleh ibu dan ayah.


Sekarang. 

Tiba masanya untuk aku menjadi seorang isteri kepada suamiku.
Tiba masanya untuk aku menjadi seorang ibu kepada anak-anakku.
Tiba masanya untuk aku melaksanakan tanggungjawab seperti yang digalas oleh ibu dan ayahku selama ini.
Tiba masanya untuk aku pula yang mendidik anak-anak aku.
Tiba masanya untuk aku bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi anak-anak yang semakin besar kelak.

Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku dan jadikanlah anak-anak aku seorang anak yang soleh dan solehah. Amin.

(Masa sangat pantas berlalu. Seperti baru semalam aku menangis depan ibu sebab tak dapat beli patung permainan.)



2 Julai 2011 - Selamat menjadi isteri kepada En. Edinoor Ezanee bin Mohammad. Alhamdulillah.

Akhir ahun 2011 -  Mengandung 5-6 bulan. Alhamdulillah.

3 April 2012 - Alhamdulillah selamat lahir anak mummy daddy di dunia ini.

Tahun 2012, Damia 2 bulan lebih. hampir tak dapat cam mana satu Damia. wakakaka!

Tahun 2012 - Damia 3 bulan. mulut Damia tu memang jadi mangsa denganmummy. selalu kena cium. 

Tahun 2012 - 7-8 bulan semakin lincah gelagat Damia. 

3.4.2013 - Genap umur Damia setahun. Alhamdulillah.

Tahun 2013 - Semakin bijak anak mummy.

Awal tahun 2014 -  Semakin panjang anak mummy. Ketembaman pun dah mula hilang.

Bulan 5 tahun 2014 - Dah 2 tahun sebulan anak mummy. tengok makin tinggi ikut siapa? hehe.
Dah anak dara anak mummy ni. Dah pandai lipat baju, kemas rumah. ;D



Bila dah ada anak sendiri, barulah tau macam mana perasaan ibu ayah masa membesarkan kami dulu. Barulah tau macam mana susah payah nak membesarkan anak. Semua nak yang terbaik untuk anak. Apa-apa pun sanggup untuk anak selagi tidak melampaui batas. Barulah tau kenapa ibu ayah tak gemar dengan orang-orang yang suka mebandingkan anaknya dengan anak orang lain. 

Ingat lagi ibu pernah cakap, "Kau dah ada anak nanti, jangan sibuk mengata anak orang lain. jangan sibuk nak bandingkan anak-anak kau dengan anak orang lain. Setiap anak tu berbeza. Kelebihan dan kekurangan anak pun berbeza juga. Bab nak didik dan ajar anak  memang kena banyak bersabar. Janganlah nak cepat mengalah. Kalaulah ibu ayah jenis cepat mengalah, tak tau la korang jadi apa sekarang ni."

Terima kasih ibu ayah.

Walaupun dah lewat tapi,
Hehehehehehehhe.

Hari-hari Hari Ibu.
Hari-hari Hari Bapa.

Selamat Hari Ibu untuk Ibu dan Mak.
Selamat Hari Bapa untuk Ayah dan Abah.




**sumber gambar-gambar atas semua dari Instagram. Instagram banyak simpan gambar yang ada pengalaman pahit dan manis sejak bergelar ibu ni.