Thursday, June 12, 2014

Bukit Gambang Resort City, Pahang.


Sejak kebelakangan ni, tengok website blogger.com rasa mual pulak. ntah kenapa ni? haha.

Oklah.
Disebabkan ini cerita bulan lepas, makanya malas nak cerita panjang-panjang. 

malam pertama, Jumaat malam sabtu bermalam di Arenaa Batik Boutique Hotel, Kuantan. Kemainn jauh menyimpang semata-mata nak tidur. Sanggup la sebab hotel murah under budget. Haha. Booking melalui Agoda.com. Booked Tatami Room. Rate untuk member login Agoda hanya RM93 inc tax. Murah naaaa. Sekali sampai, dia upgrade Honeymoon Suite. Alhamdulillah rezeki di pagi hari sebab sampai kul 1pagi. Zzzzz. Bilik sangat ok, dan cantik. 



Keesokan harinya, breakfast kat situ sebab siap sekali pakej.


Rasa macam kafe ni aku yang punya sebab ada 2/3 family je makan kat situ. masa tu tekak berselera roti bakar je. Damia? semua dia bedal termasuk Daddy dia.

Kalau perasan la, masa sampai dan masa nak otw ke Gambang, aku pakai baju, seluar dan tudung yang sama. eh tapi mandi. Sebab malas nak punggah beg. masuk hotel malam tu sehelai sepinggang je. yang dalam2 tu ada la bawak. bengong. haha.

Kul 1 lebih kurang, sampai ke Bukit Gambang Resort. Sebelum ni dah buat online booking Carribean Suite Standard Room. Rate time tu RM330 inc tax, breakfast, safari park dan water park untuk 2pax. Tapi bila sampai receptionist, pakej kami di upgrade ke Family Room. Aihhhh memang rezeki betul dua malam ni. 

Ruang tamu yang besar.

Bilik 1 dan 2. Tapi bila duduk 3 orang ni, tetiba rasa seram pun ada sebab satu lagi bilik xde orang duduk. dah pikir macam-macam. 

Ni ruang pantri. Macam biasa peti sejuk dan pemanas air mesti ada. 

Ni pulak ruang beranda luar. pun besar jugak. 



Lepas letak barang, bersungguh tukar baju nak pegi mandi,. dalam ni semua cashless. siap2 topup kat kaunter . kalau ada baki, boleh amik baik semula kat kaunter nanti. 





Sebelum mandi, hujan turun lebat. Terpaksa la kami anak beranak pergi sewa cabana yang hampeh ni. Baru mula hujan, atap dah start bocor. apo laa!

Time lepas hujan lebat ni, hujan renyai-renyai, Damia selamba je masuk dalam kolam. Mak ko ni risau demam ke ape. Ntah, aku tengok elok je dia tak demam. Tapi bila duduk terperap kat rumah, time tu pulak ko demam.

Gambar bawah ni sebelum hujan. nampak sempoi dan seronok je bila bayangkan dapat baring.

Hakikatnya, hadoi! menyampah la!

Ni lepas hujan, habis lencun cabana tu. baik aku berteduh kat kedai makan dia je. haha. adoyai.



Lepas main air, mandi2, balik bilik, bagi anak dara tidur. Lepas maghrib, pegi night safari.


Ada persembahan tarzan. Damia suka betul dengan orang utan tu. Balik bilik asik tiru gaya orang utan tu je.


persembahan api ada jugak. aku tak suka api-api ni. lagipun time ni aku dah lapar nak makan, Haha.


ha ni la gambar aku yang gemuk bersama si kurus Damia. Mummy teramik lebih lemak awak la Damia. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


tak tau plk kat sini ada theme park. TAPI  masa ni hanya kami bertiga sahaja yang main theme park ni. Sadiss.

Malam tu pegi makan, balik bilik tidur. malam tu Damia berjaya tidur sendiri tanpa buaian. Aku dah tertiidur dulu. Daddy layan game. Damia takde orang layan. Mungkin dia pikir, daripada takde orang layan dia, baik dia tidur je. Haha.

Esok paginya, tak larat nak pegi breakfast dan breakfast burn macam tu je. Masing-masing malas nak bangun. haha. 

Lepas breakfast sendiri kat bilik (nasib baik memang ada bekal roti, tuna dan coco crunch), siap-siap, checkout, pegi Safari park. 
Kali ni naik trem. dapat tengok live binatang buas. kecut perut time tu. memang kitorang naik trem dari awal lagi sebab yang lain-lain dah tengok masa masuk night safari malam semalamnya.


kan gayatt.


sepanjang perjalanan, Damia tiru aksi lion, "auuuuum! auuu!" penat kitorang ajar Damia, "lion la Damia. lion. LION!". tetap jugak "auuu! auuuum!" Suka hati la nak.


balik safari pegi makan nasi lemak yang super sedap kat simpang sebelum masuk Gambang tu. lepas kenyang, singgah solat terus balik Putrajaya. Bertolak dari Gambang kul 3 macam tu. Sampai dalam kul 6 lebih kurang.

Itu sahaja cerita Gambang. Mudah-mudahan ni paling ringkas yang aku boleh ringkaskan. 

*tangan kebas menaip*