Showing posts with label Artikel dan Fakta.. Show all posts
Showing posts with label Artikel dan Fakta.. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Suka bergaduh / berebut mainan -___-"



Tengok dari jauh macam baik je diorang ni. Nampak macam geng baik je.

Sebenarnya, ianya adalah disebaliknya. ;P

Si kakak tengah marah adik dia ambil mainan dia. 

Adik dia pulak tak faham pape. Semua benda dia nak masuk mulut, semua benda nak baling. 

Kakak dia marah bukan sebab kedekut tapi sebab si adik masukkan barang dalam mulut. Si kakak marah adik dia kata, benda tu kotor dan bahaya.

Si adik tak faham. pergi baling barang dan cubit kakak dia. 

Kakak dia berang, marah adik dia, rampas barang dari adik dia. 

At last, dua-dua menjerit, melalak. Yang si kakak pandai cakap panggil mummy daddy pastu mengadu. 

Yang si adik pulak guna senjata khas dia.


 Tengok muka adik dia lepas gaduh. Ni la senjata khas dia tu.  Muka kesian je. Macam mana la mummy tak cair tengok awak bambam?

Kakak dia ego. Pastu cakap taknak kawan Anna.

Macam mana nak handle tu?

Rasa nak peluk dua-dua tapi kakak dia ego tinggi sangat macam daddy dia. Eh? ;P

*tapi setakat ni, belum pernah nampak kakak Mia marah adik dia sampai naik tangan atau cubit. Sekurang-kurangnya, dia yang mula nangis dulu. Hahaha*



_____________________________________________________________________

Akan datang, perlu pratikkan tips ni..


Tips tangani anak yang suka bergaduh :
  1. Jangan memihak dan jangan campur tangan kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
  2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu.Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak sahaja hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. So parents, jadilah pengadil yang adil dan saksama. Tanya kedua-dua anak yang bergaduh itu, dan lakukan siasatan sebelum mempercayai aduan anak. 
  3. Jangan suka membuat perbandingan pada siapa yang betul mahupun salah. Elakkan daripada mencari salah siapa. Sebaliknya, lakukan penyelesaian cara baik iaitu dengan cara meminta maaf. (Ajar anak bersalam memohon maaf dan peluk sesama sendiri) 
  4. Bantu anak-anak mengelesaikan konflik dalam pergaduhan dan ajar mereka cara untuk bertolak ansur, berkongsi dan juga sabar. Lakukan diskusi dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil, tetapi komunikasi berkesan akan memberi respond yang positif kelak. 
  5. Apabila anak-ank bergaduh, ibu bapa jangan ambil tindakan menengking ataupun meninggikan suara sebagai cara meleraikan pergaduhan. Hal ini akan menjadi ikutankepada anak-anak nanti. Anak-anak akan belajar dari ibu bapa, kerana mereka adalah cermin ajaib kepada kita. So keajaiban yang macam mana kita mahu ciptakan? Tepuk dada, tanya iman. 
  6. Selalu luangkan masa bersama anak-anak. Ambil peduli masalah mereka dan bantulah mereka dengan menjadi pendengar yang terbaik. Aktiviti bercuti, beriadah bersama dapat menguatkan ikatan kasih sayang sesama keluarga. Rasa kasih dan sayang yang tinggi akan mengurangkan pergaduhan.

Sumber : sini


Sekian ;)


Thursday, June 18, 2015

Panduan Bergambar Penyusuan Susu Ibu.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadhan hari ni bermakna hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Kali kedua juga berpuasa sambil mengepam susu. Mudah-mudahan rezeki Anna dalam penyusuan ni diteruskan sehingga umur 6 bulan paling kurang dan mudah-mudahan sampai ke setahun atau dua tahun. Positive thinking sangat penting dalam penyusuan ni walaupun diri ini selalu je sedih nak nangis bila tengok susu dapat sikit. Selalu dapat 4-5-6 oz sekali pam sebelah je. Tapi sejak akhir-akhir ni dapat 1,2 atau 3oz je. Tabah la wahai ain. Terus berusaha demi anak. :)

Kalau mengepam, 2 kali kat ofis, balik rumah pam lagi sekali. Tapi bila dah ambil budak kecik Anna Emon tu, dah tak dapat la mengepam. Dia nak direct bf. Nak tidur pun kena bf dulu. Nasib baik kat rumah pengasuh elok je nak minum botol.

Dah menjadi kebiasaan sebelum tidur, kena minum susu tepung fernleaf / susu kotak Pure Farm Dutch Lady satu cawan besar. Lepas tu makan kismis 11 biji / kurma 7 biji. Makan suplemen. Minum air masak sebelum tidur. Kalau ada masa, rebus dan makan biji barli pulak. Kalau skip, memang jawabnya pam susu sambil menitis air mata. T__T




Sedikit panduan penyimpanan dan cairkan EBM. Sebelum ni baca panjang-panjang panduan yang disediakan. Faham memang faham tapi ada la sedikit kemusykila. Tapi bila baca yang bergambar, terus faham.  Terima kasih kepada yang share gambar-gambar ni. :)














Akhir sekali, doa untuk  untuk tambah susu ibu :



Sekian.




Tuesday, June 2, 2015

Panduan Pemakanan Bayi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sedikit panduan untuk diri sendiri juga memandangkan Anna pun dah masuk 5 bulan lebih kurang 2 minggu lagi. Saje cari info awal. Senang nak buat panduan nanti.Hehe. Dah tak reti sabar nak bagi anak makan.




Lepas mandi, suka buat muka doraemon ni capuk-capuk mcm ni.

*Doraemon adalah nama panggilan yang diber oleh kakak Mia sebab muka bolatbolat. Ishh gigit mulut tu nanti! 







Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food

Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.


Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)

Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.


Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan

Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya


Apa itu “ Baby -Weaning”?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.




APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA


UMUR 6 BULAN :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin


UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut


 UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)


UMUR 10 ~ 12 BULAN :

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish



CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut  Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.



CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and  mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)



CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.


Dah siap!!!! hehe
---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln  
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
  •  
Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN & CARA PEMAKANAN FOR BABY

CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN


1)  Anak berada dlm keadaan selesa

- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.


2)  Makanan yg sesuai

- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu


3)  Tidak terlalu panas

- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu


4)  Bersabar

- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa


5)  Jaga kebersihan

- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit


6)  Pastikan bayi  betul-betul lapar ketika itu

- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan





INFO



Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.



Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.



Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…



Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

- Semua makanan pejal :

Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :

Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

- Makanan Yang Telah Diproses:

Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

- Putih Telur :

Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

- Buah-buahan Citrus:

{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pe

- Madu :

Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :

Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:

Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

- Makanan Laut :

Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :

Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

- Gandum dan Produk Gandum :

Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

- Susu Rendah Lemak :

Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :

Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simptom-simptom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.




Kredit : Panduan Pemakanan Bayi


Wednesday, March 12, 2014

Keselamatan di taman permainan kanak-kanak

Kemain lagi tajuk pagi  ni. ngehngehngeh.

Petikan dari http://www.myhealth.gov.my
Walaupun menyediakan tempat untuk bergembira, bersenam dan beriadah, taman permainan kanak-kanak boleh menjadi suatu tempat yang berbahaya jika keselamatan tidak di ambil kira. Setiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan.
Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia).

Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :
  • Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
  • Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
  • Terluka atau tercalar.
Peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur dan jongkang-jongkit.
Pengawasan kanak-kanak
  • Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
  • Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
  • Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan.
  • Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
  • Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.

_______________________________________________________________________________

Mari baca ulasan makcik ni.




Memang pengawasan terhadap kanak-kanak semasa bermain tu penting. Macam aku, aku ikut je mana si Damia di pegi. ohhh iadakah itu dikategorikan sbg mengawasi atau mengongkong?. takdela. aku ikut die mana die main tapi tengok jela. pandai2 la dia naik tangga sendiri ke apa.

Pastu aku tgk ramai akak2 dan abang2 tengok dari jauh anak dia. itu takpe. TETAPI


Kes 1 :

Kalau nk tengok anak main jauh2 tu, tengok la dulu umur anak tu. Ni sorang akak ni die biar anak die yang berjalan pun mcm x betul lagi. mungkin dalam 15 bulan ke bawah sbb comel sgt budak kecik tu. dibiarnya main sorang2, jalan sorang. pastu bila ada anak orang lain terlanggar anak dia, kemain marah lagi dgn anak orang lain tu. dah kesian budak tu terpinga-pinga kena marah sedangkan tak sengaja terlanggar. biasa la budak2 main mana ingat dunia oii. awak tu, pegi la teman anak awak berjalan. kesian budak tu kejap jatuh kejap jatuh berjalan. kalau situasi macamni, mmg tak sesuai nak duduk tengok jauh2 ye.


Kes 2 :

ni plk yang pasal makcik2 yang suka berborak dan menganyam ketupat sampai tak hengat duniawi. biasa la makcik2 kalau teng bergosip, orang keliling pun tak dipandang termasuk anak dia. anak dia plk kejak2 datang mengadu itu ini. sampai la anak dia mengadu kat mak dia, "mak, adik jatuh." Tau tak mak die jawab apa? "Tolong la angkat adik tu". pastu anak dia ckp lagi,"adik taknak. die tolak kite" Mak dia naik berang, "hishh mak nak borak pn tak senang. kan mak dah cakap main elok2 dengan adik. adik bawak sini!" Kesian. niat hati nak tolong adik, dia plk yang kena marah. 

Pastu aku tergelak bila dengar anak dia jawab balik, "bila masa mak ada cakap main elok2 dengan adik? takde pun".

Terus mak dia bagi jelingan yang mengerikan. 

kihkihkih!


Kes 3 :

Mak berdiri la ikut anak tu main sana sini. tu dah elok dah. tetiba boleh plk bergayut dlm handphone sampai bergosip. bila anak jatuh, dikepit handphone kat ketiak, angkat anak tu, pastu sambung balik gosip. haiyooo ini orang pun ada ka?


Kes 4 :

Ni bukan la kes pun. ni kira yang ok punye. mak die langsung tak tengok handphone, x berborak. duduk tepi tengok anak main. anak jatuh, suruh bangun kalau jatuh tak teruk. tapi ada jugak anak die cari pasal pergi terjun dari tingkat atas papan gelongsor tu. mak die relaks je tak marah sambil bagi nasihat kat anak. sampai la anak dia dah bosan main, anak dia ajak balik nak mandi. 
ha, yang ini boleh jadi contoh yang baik.

Kes 5 :

Kes ni jenis yang duduk jauh2 tapi mata tu menghadap handphone memanjang. tak boleh bla siap gelak sorang2. nasib baik ko kat zaman serba moden. kalau zaman dulu, mau ko plk yang kena gelak tetiba ketawa sorang2. pastu anak bergaduh kat depan. sampai tahap jerit2 mencarut punye, mak/bapak diorg boleh jerit dari kerusi tu, "banglong, mengalah la dengan angah" TAPI, MATA still kat handphone. sampai tahap dah bergusti2, mak/bapak tu naik angin terus datang pukul sorang2 anak tu sambil jerit, "ko balik sekarang! sehari x menyusahkan orang tak boleh?" tapi mata tetap kat HANDPHONE. 

Saksi-saksi kejadian hanya terpinga-pinga dan membuat spekulasi sendiri termasuk la diri aku. Eh! aku x cakap aku ni perfect sgt jaga anak main sampai tak pegang handphone. mana boleh tak pegang handphone. habis tu yang aku dok tangkap gambar anak aku tu, bukan pegang handphone? 



Aku mmg sentiasa mengawasi anak aku main. Siap guna camera handphone lagi.  eh, siap upload dlm instagram lagi tauuu. agagagaga.


Monday, December 30, 2013

Kesetiaan dan kejujuran .

Tetiba hari ni berkongsi pasal ni pulak :)



KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN merupakan nadi utama dalam sesebuah perhubungan khususnya ikatan suami isteri. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan. Apatah lagi melahirkan kepercayaan kepada insan yang selama ini disayangi atas faktor luaran pasangan mahupun faktor kesangsian yang sentiasa memainkan peranan memburukkan keadaan.

Justeru, tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya-mempercayai meskipun sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Menurut Perunding Motivasi dan Keluarga terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, membina kepercayaan itu bukanlah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan hati dan perasaan pasangan dan individu.

"Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya kepada pasangan, suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan bertolak-ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

Bagaimanapun, tegas beliau, kepercayaan boleh dibina sekiranya seseorang itu menjadi individu yang boleh diramal kerana ikatan perkahwinan memerlukan individu yang telah 'dikenali' oleh pasangan.

"Sekiranya ingin melakukan 'kejutan' kepada pasangan misalnya, bukannya tidak boleh, tetapi ia perlu dilakukan dengan tenang dan konsisten.

"Ini kerana sikap yang konsisten banyak membantu dalam membina kepercayaan. Dalam apa jua situasi seharusnya anda perlu mempercayai kemampuan pasangan anda," jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, dalam membina kepercayaan kepada pasangan, apa pun haruslah bersikap jujur sepenuhnya.

"Berlakulah jujur dalam apa jua situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan diri sendiri serta membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan,'' ujarnya.

Selain itu, sikap matang juga memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan hubungan. Pasangan perlu mematangkan diri sebelum alam perkahwinan bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul menjadi lebih besar.

"Sikap matang dalam menangani sebarang masalah, juga menunjukkan bahawa pasangan mempunyai kepercayaan terhadap diri pasangan masing-masing.

"Ini secara langsung akan membuatkan anda turut menaruh kepercayaan kepada pasangan anda,'' katanya.

Dalam membina kepercayaan, katanya, seharusnya pasangan tidak melakukan sesuatu yang yang boleh meragut kepercayaan pasangan, sebaliknya berterus-terang dan jujur kepada pasangan sekiranya ingin membuat sesuatu tindakan.

"Sekali anda melakukan kesalahan, pasti pasangan anda akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku  lagi sesuatu di masa akan datang," jelasnya.



Tuesday, July 23, 2013

Scott emulsion untuk Damia.

Teringat masa kecik2 dulu kena minum scott emulsionperisa oren. Ibu ckp nanti x demam, sihat sentiasa. Bila dah besar panjang terus lupa pasal scott emulsion tu. tapi bila ada anak, kembali mencRi scott emulsion. Selalu tgk kanak2 termasuk aku sendiri suka scott emulsion perisa oren. Berbeza dgn Damia. Damia lebih suka perisa asli sbb dia minum xde masalah. Bg 10ml guna picagari tu , bila habis tepuk tangan siap sedut lg picagari tu nak bg habis yang baki dlm picagari tu. masa bg yg perisa oren, mmg keliling rumah kejar die nak bg. Minum sikit, terus xnak.

Mommy suka perisa oren tapi Damia pulak ?

Suka perisa asli ni. Erkkkk!

Kebaikan scott emulsion :

Kandungan dalam Scott's Emulsion Cod Liver Oil:
Vitamin A, Vitamin D, Kalsium Hipofosfit, Natrium Hipofosfit, Kalium Sorbat.

Apa kebaikan Scott's Emulsion Cod Liver Oil?
Untuk pertahanan tubuh (elak demam mcmtu la)
DHA - bagus untuk ingatan
Bagus untuk mata
Bagus untuk tulang dan gigi *terutama untuk anak-anak yang sedang membesar

Alhamdulillah sejak bg Damia makan scott emulsion ni, mmg xde demam setakat ni. Bila nak selsema, esok dah baik. Ahamdulillah. Bukan ape. Bila anak demam, mommy plk kena cuti nak jaga plk. Kan dah kurang cuti kat situ. 


Wednesday, February 20, 2013

pesanan buat suami dan isteri :)





Pesanan untuk isteri

BERSYUKURLAH kalau dapat suami yang CEREWET...sebab kita tahu ape die suka dan tak suka

BERSYUKURLAH kalau dapat suami  yang TAK PANDAI MASAK..sebab dia tak banyak komplen masakan kita dan makan jea apa yang ada

BERSYUKURLAH kalau dapat suami yang TAK BERAPA NAK HENSEM...sebab kita tak perlu takut dia jadi rebutan ramai

BERSYUKURLAH kalau dapat suami yang KAKI CEMBURU...sebab cemburukan tandanya sayang

BERSYUKURLAH kalau dapat suami  yang KUAT MAKAN...sebab kita mesti bangga makanan kita masak semua habis, cam sedap sangat jea kan

BERSYUKURLAH kalau dapat suami yang BUTA IT...sebab kita tak perlu takut kalau dia nak berselingkuh belakang kita

BERSYUKURLAH kalau dapat suami yang TAK BERAPA NAK RAJIN..sebab mesti kita seorang yang rajin...tuhan tu kan adil.




Pesanan untuk suami

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang GEMOK..sebab tak yah nak risau kena jawab dengan mak mertua sebab tak bagi anak dia makan

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang TAK BERAPA NAK LAWA..sebab laki pon tengok sebelah mata jea

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang KUAT MEMBEBEL..sebab kita mesti akan rindu suara dia kalau sehari dia tak cakap

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang TAK PANDAI BERGAYA..sebab tak yah kuar duit banyak sangat asyik tiap - tiap bulan nak tukar baju

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang CEREWET..sebab kite leh relaks skit..sebab semua dia nak buat sendiri.nanti kang tak puas hati pulak

BERSYUKURLAH kalau dapat isteri yang TAK PANDAI BAWAK KETE..sebab tak payah risau dia gi mana- mana kalau kita tengah kerja ..kang kita keje dia pegi dating pulak.

kehkehkeh! :D


p/s : bersyukur dengan apa yang ada :)



Tuesday, January 31, 2012

peringatan utk sy ^^



Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.


1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.


*motif gambar ni ?

kenyataan dan psikologi ^^





Kenyataan- Sebelum dapat anak, tidurla puas-puas.

Psikologi- Kenyataan yang anda berikan seolah-olah memberikan gambaran bahawa sukarnya untuk menjadi seorang ibu. Tidak dinafikan memang tanggungjawab seorang ibu agak sukar, tetapi anda perlu memberinya sokongan dan bukan membiarkan mereka memikirkan hal yang tidak sepatutnya. Berkemungkinan kenyataan anda akan menakutkan dan tidak memberikan ketenangan kepada mereka.

Kenyataan- Sebelum dapat anak, bermanjalah dengan suami puas-puas.
Psikologi-Ia boleh memberikan pelbagai gambaran kepada wanita mengandung. Mungkin mereka merasakan apabila mereka sudah melahirkan anak, mereka sudah tidak cantik seperti dulu menyebabkan suami sudah tidak mahu bermanja dengan mereka. Mungkin juga mereka akan menganggap anak sebagai gangguan terhadap kasih sayang suami terhadap mereka.

Kenyataan- Memanggil mereka dengan nama gelaran yang lain. Sebagai contoh gemuk, boyot, buncit atau sebagainya.
Psikologi- Mungkin anda memanggil mereka seperti itu dengan niat sekadar gurauan. Tetapi anda perlu ingat, ketika wanita mengandung hormon mereka akan menjadi tidak stabil. Mungkin sebelum ini mereka tidak kisah dengan nama gelaran yang anda berikan kepada mereka tetapi apabila mengandung, ia akan mampu untuk membuat mereka terasa hati atau mengalami gangguan emosi.

Kenyataan- Lepas bersalin nanti, mesti badan awak naik.
Psikologi- Memang benar seorang wanita yang baru saja bersalin akan lebih berisi dari sebelumnya. Tetapi anda tidak perlu untuk menyatakannya. Anda perlu tahu bahawa wanita terlalu obses terhadap kecantikan. Elakkan daripada memberi kenyataan yang mampu untuk mengganggu emosi mereka.