Saturday, November 23, 2013

Hari stresss dan stresssss! Nasib baik ada ubat.



I is done MUET for today. and now i am waiting my husband and daughter for amik i at smk sungai manggis. I feel so bored and soooo very2 hungry and wanna mati. Wueekk!

Aduhhh cmne nak lulus muet ni, mcm tula aku jwb masa exam. Bahahaha. 

Paper 3 ok lg. boleh hentam sbb smua objektif. Aku tgk diorg buat sampai x cukup masa. Aku pulak siap terlebih setengah jam. Dan masa tu aku gunakan sebaik2nya utk tidur. Bukan ape. Malam tadi puteri cantik jelita beta bangun meragam 4 kali sebab perut kembung. Maka, beradulah beta didalan dewan peperiksaan yang bising nak mamp** dek kenderaan di luar yang lalu lalang.

Paper  4? ooh paper 4 mmg sgt ok, sbb mmg habis aku hentam ntah pape. Ntah ape aku mengarut. Xpela yang penting penuh 3 helai 5 muka. Tu kira ok la tu daripada kosong x berjawab. Tetiba aku teringat time sekolah aku tinggalkan essay bi x berjawab masa ujian sbb malas ye. MALAS. Siap kena panggil dgn cikgu pastu aku kena jawab jugak essay tu. Tapi itu dulu zaman sekolah . Kali ni aku kena jawab jugakk sbb kang kalau aku x jawab, xde org panggil aku suruh jawab lg. kih3

Paper1, listening. Hampehhh gua ckp lu. Nk tau sbb ape, aku adalah tempat yg kat belakang sekali. Dan sound radio mmg slow nak mati. Aku dengan beberapa org lain siap angkat tangan ckp yang radio tu x kuat. Tp hampa diorg lata itu yg paling kuat! Ditambahkan lg dengan kenderaan yang lalu lalang kat luar, yg merempit pun ada. MAKCIK STRESSSSSSSSSS! Kesudahannya, malas nak citer.

Xpela inshaa-Allah kalau xde pape, tahun depan repeat lg. muahahaha.

Tapi terubat hati bile tgk si kecik mommy dengan pengasuh die berjalan2 kat KLIA. mommy is jelous! 





Husband kak ani yg rajin mengupdate dlm instagram beliau. Terima kasih bebanyak sbb skrg dah hilang STRESSSSSS! Haha. 






Monday, November 18, 2013

pengorbanan yang tidak terbalas.

Rindu masa kecik, rindu masa hingusan, rindu masa bujang, rindu segala-galanya.

sekolah

Ingat lagi, dari mula sekolah sampai dah habis sekolah menengah, setiap malam mesti ibu tanya, "esok nak sarapan ape?" kang masing2 berebut2 jawapan sarapan pilihan masing2. kadang2 sampai brgaduh. mmg pagi tu ibu masak jgk ikut pilihan anak-anaknya. contoh, aku dgn fikri aku suka roti sandwich telur. tp anis suka quaker oat. maka, dua-dua la ibu aku buat. setiap pagi tu jugak la bekalan dan air minum masing2 siap kt depan beg sekolah. tapi anak-anak yg x reti nk bersyukur ni tetap jugak la mintak ayah duit belanja. ayah pun bg duit belanja tanpa sebarang rungutan. 

sebelum naik kereta ke sekolah, mesti kitorg mcm ni kat ibu, " ibu, nak salam. cium? bye!" tp bila dengan ayah, "ayah, nak salam" pergi berlalu ke sekolah tanpa cium sbb malu la konon. hahaha.

pastu balik sekolah, makan tengahari, minum petang, makan malam dah tersedia. tp yg peliknya, walaupun makanan tersedia dan kerja aku mmg makan je tetapi tetap jgk kurus keding. tp sekarang, aku yg berhempas pulas memasak, aku plk yg badan menaik. heran heran!

tuisyen pagi petang ayah hantar semata2 nak anak die pandai. tp banyak2 tuisyen yg aku pergi, aku cuma suka tuisyen matematik dan matematik tambahan. aku paling x suka tuisyen subjek sains fizik kimia dan english. rasa mcm nk buat2 demam je tau tp apakan daya, duit kelas dah bayar, kena la pegi jgk. haha.cikgu selalu sindir aku, "hai ain, x kan kemana2 nk bwk kalkulator je? subjek sains yg lain xde guna kalkulator pun" maksudnya, aku punye suka dengan subjek math dan add math sampai pegi mana2 pun nk berkalkulator sedangkan subjek lain, aku lgsung x pandang. sbb cita2 aku kononnya nak jd cikgu matematik tp aku alpa yg nk masuk IPG subjek lain kena kredit jugak. kesudahannya, skrg setiausaha jgk la kerjaya aku. 

masa tengah study malam, aku ckp kat ibu, xde radio ke? sbb belajar malam2 selalu ngantuk, x lama lepas tu, radio dah ada kat meja belajar aku. time tu kan radio jela yg jd hiburan. tp x bersyukur jugak.  pastu, nak hp. nk msg kawan2 bincang soalan susah. x lama pastu, hp plk. hp pertama aku adalah panasonic yg kecik tu. itupun ibu punya sebenarnya tapi aku buat harta sendiri. ibu pun bagi je tanpa sebarang rungutan. hehe.

masa lepas dapat result SPM dan masa tu dpt tawaran poli, ayah bawak kedai hp belikan hp baru model motorola L7i yang time tu tgh hangat di pasaran. keseronokan x terhingga. tp itu pun ttp x bersyukur. nk plk hp lain bila dh bosan dgn hp tu. tp ayah x layan. padan muka! mcm ko hebat sgt kan. bila pikir balik, menyampah pun ada dengan perangai aku ni.

yang penting, semua kenangan manis.

politeknik

pertama kali masuk duduk asrama kat politeknik, mmg bermandi air mata jela aku satu sem. bayangkan 6 bulan aku melalak setiap malam nak tidur. payah betul aku nk hidup sorang2 time tu. setiap 2 minggu or 3 minggu ayah dtg port dickson amik aku blik btu pht.  setiap kali masa makan, ibu monitor. tp mcm biasa jawapan aku selalunya maggi. sampai ayah membebel suruh gtau kalau x cukup duit nak makan. duit nk makan mmg cukup tp kekadang masa nk makan terganggu, xde selera nak makan dan jawapannya mmg cnfirm maggi. sampai la sem 4. 

sem 4 aku duduk rumah sewa kat luar poli. masa ayah hantar kat rumah sewa tu, habis satu rumah tu ayah cek kunci pintu, pagar dan segala kemudahan kat rumah tu. ibu pulak mcm biasa la, mmg sentiasa berbungkus2 makanan, biskut utk anak die, mcm kat situ xde kedai. punya la bersusah payah x nak anak die kelaparan. bila cuti perayaan, tiket2 bas selalu mmg sold out. time tu la ayah ibu dtg amik. mengangkut la barang2 anaknye kesana sini. pastu balik ke port dickson semula naik bas. masa blik kg ada 2 beg. nk blik pd semula jd 3 beg. tambah 1 beg yg penuh makanan dr ibu. sem 4 jgk la baru aku start pandai berdikari. lmbt kan. haishhh.

begitu jugak dengan adik aku, anis. perkara yang sama jugak berulang. ibu bapa mana yg nak biarkan anak die susah. semua ibu bapa nk anak die senang. cuma kekadang kita je yg x bersyukur. 

kerja

habis poli, duduk rumah tanam anggur, mengadap myspace dan online memanjang time tu, 2-3 pagi baru tidur.. 5 bulan lepas tu, aku dipanggil utk lapor diri. ibu ayah jugak la yg berusaha menghantar anaknya pegi lapor diri walaupun time tu anis ada spm dan fikri pulak exam kelas khas agama. 3 hari 2 malam ayah tunggu kat putrajaya sampai la aku dpt rumah sewa. barulah ayah ibu senang hati balik rumah. bayangkan mcm mana dengan adik2 aku yg amik exam tu kat rumah. kesian diorg.

sepanjang aku berbujang di perantauan, mmg  x sah kalau xde  2- 3 call dr ibu ayah sehari tanya dah makan ke belum, tengah buat ape. anak sulong kan. untung. hehehe. ayah jugak la yang tanggung aku sebulan sebelum dapat gaji. 

sebulan lepas tu, berdikari menjalani hidup sendiri walaupun menghadapi rintangan dan dugaan. semua aku mengadu kat ibu. dengan siapa aku berkawan, berlawan semua mengadu.

tp sekarang dah bersuami dan beranak, barulah lega hati ibu ayah agaknya ada orang jaga dan lepas satu tanggngjawab. masa mula2 kawin, hari call ibu update isu semasa. hehe. tp sejak beranak, nk call ibu ayah pun jarang2. kadang 3-4 hari baru call. tp semua tanya pasal cucu jelaaaaaaaa.. . .


penutup

sampai sekarang kalau balik kampung, aku mmg xde ape nk dibawak. tp bila aku blik putrajaya, mcm2 yg ibu ayah bungkuskan utk aku bwk balik. sbb kalau tnya ibu ayah nk along bwk pape x? jawapannya, "xpayah la. ko dah la balik mlm. nnti jgn gerak lambat sangat la." ecececeh! ayat bukan main risau tp sebenarnya aku tau, ni mesti x sabar nk jumpa cucu kannnn. haha.






*********************************************************************************



tau x ape punca semua cerita ibu ayah terkeluar hari ni?

semuanya sebab :




nasi lemak yg pepagi buta aku sediakan sendiri.
semuanya sebab aku rindu nasi lemak ibu. waaaaaa!
*ada kaitan? muahahaha



Wednesday, November 13, 2013

mengkursuskan diri .


Kursus Setiausaha Pejabat 2013
(Pengenalan kepada RINTAS aka ringkas dan pantas *kononn la kannn)
KSKB Ulu Kinta, Perak


x ramai pun yg pergi. menurut keputusan eksperimen yg aku buat, ramai yg x pergi mungkin sbb:
1. sabtu ahad adalah hari berehat kan. so sesiapa pun x ingin berkursus waktu2 mcm ni.
2. sblm ni kursus2 PA buat kat hotel2 seluruh Malaysia kan. tahun ni dgn tiba2 plk buat kat KSKB. biasa la kan. hahaha

yg pergi pun mungkin ada sebab dan tujuan yg tersendiri :
1. mmg ingin belajar penulisan RINTAS ni sbb masa amik diploma xde belajar RINTAS dan ingin belajar benda baru.
2. sbb kursus x cukup 7 hari. so kena la pergi utk cukupkan 7 hari 
3. x pernah pergi Perak. so, sesaje nak berjalan2 beli limau bali bebanyak. 

tp keseluruhan kursus ni sbnrnya sgt best sbb belajar benda baru. pemandangan yang cantik dikelilingi gunung ganang yang berkabus. ohhhh! 



apartment yang sangat wawawawiwiwiwi (maksudnya best). pemandangan yg cantik. kan best kalau pemandangan dr rumah aku pun mcm ni. apartment ni ada 6 bilik termasuk bilik kecil. 3 bilik air. 2 ruang tamu dan dapur. tp kitorg duduk 4 org je. tau mmg creepy habess! makanya, kitorg bercouple dlm 2 bilik shj walaupun dh ditetapkan satu bilik sorang. memang tak la aku nk duduk sorg! gile ke pe? miahaha

haa ni la yg 4 org tu. aku dgn ain, kak shira dgn kak linda. tp duduk 4 org mcm duduk 20 org. faham2 sendiri kan.



mula2 belajar 1 perkataan. alah kacang je!

kemudian hari karangan ni. drpd turbo jd kura2 miahaha

pape pun, ni yg paling penting. 2 kali kitorg dpt hadiah cokolat yummmy ni. first sbb dpt markah penuh. kali kedua sbb markah antara yg tertinggi. serius mesti sakit hati kan baca ayat bongkak aku ni. mmg sengaja. bahahaha. kitorng tu mksudnya aku dan ain. sila la benci. sila la benci.

















akhir sekali, terimalah dari kami.




yang penting aku dah ada 9 hari kursus! terima kasih BKP. miahaha.

assalamualaikum
;)








Tahniah Kak Izan dan suami.




Selamat lahir ke dunia Adam Malik.
Tahniah Kak Izan dan suami.
semoga menjadi anak yg soleh. 
seronok la nenek2 dan makcik pakcik Adam Malik sbb cucu pertama kannn.
comel angattt! 
geram!

makanya, Kakak Damia dah dapat adik baru. Adam Malik nanti satu kelas la dengan Adelea ye. jgn main kapel2 tau. Jgn risau kena buli sbb Kakak Damia ada menjaga kamu berdua *kononnye la. wakakaka!

bile tgk baby ni, rasa rindu plk nk cium gomol2 baby sbb time tu die x tolak pun. skrg, cium sikit je dah kena gigit balik. cetttt!

Tuesday, November 12, 2013

Putrajaya ke Yong Peng ke Putrajaya ke Gold Coast Morib .


Cuti Awal Muharram balik Yong Peng. 





hari ahad balik putrajaya. tu Damia kepenatan. 




Cuti Deepavali pegi Gold Coast Morib tidur semalam.


bilik

bilik memuaskan. besar. paling best ada jacuzzi sbb kitorg kurang mandi kat theme park situ. mandi dlm 2 jam camtu pastu memasing kaki dah menggelitik nak balik bilik sbb ramai sgt serta errr geli. eh? hehe .



view

vieww dr bilik mmg cantik sperti dalam gambar. tapi aku ni gayat bebeno.anak aku dekat sikit dengan pagar tu pun aku dah jerit.  masa Damia tgk view bawah tu maknye bersusah payah pegang tangan anaknya dengan kuat sampai Damia menjerit x selesa. kesudahannya, pintu sliding tu sentiasa ditutup rapi dan dikunci. masalah selesai!

makanan

makanan di sana sungguh menghampakan. masa dinner, makanan mmg x byk pilihan dan kurengggg. kitorg makan jela ape yg ada tp mlm tu jgk cari makann kat luar sbb x puas makan time dinner. sblm tidur, aku ckp kat Edy, "hari tu review byk blog semua kata dinner mmg hampeh tp breakfast byk pilihan dan sedap.  mintak2 betul la diorg kata".
kitorg turun breakfast kul 8 lbih tanpa mandi. turun bawah, breakfast dah habis. whatttt?! katanya breakfast sampai kul 10 tapi..... mendidih darah aku. dahlah tgh kelaparan. makanya, keluar la kitorg cari breakfast kat luar. again. hampehhh.
tp ttp pikir positif, mungin kitorg dtg time peak season. tu pasal cepat habis... kottt...


checkout

lepas breakfast, get ready terus nak check out. lif dah la ada dua je. pastu dlm lif tu mmg ruang sempit. mungkin muat dengan 20 orang tanpa barang. percaya x kitorg tunggu nak turun lif selama 1 jam? yg geramnya, mula2 elok je memasing beratur. kalau ikutkan kitorg orang kedua yg beratur. tgk belakang pun xde org lg yg beratur. dlm 15 minit kemudian,  kat belakang ada la dlm 5 - 6 keluarga tgh beratur jgk nak turun. elok beratur, tetiba aku tgk yg paling belakang sekali boleh ada kat depan kitorg. dan diikuti yg lain. maksudnya elok2 kiotrg yg beratur kedua dr depan tetiba jd kedua yg last. gila gelojoh makcik2 sekalian. yg geramnya memasing tu melayu.  lepas 40 minit, dpt je lif, yg makcik2 sekalian tu panggil la kaum kerabatnya masuk. so, maksudnya kitorg yang dah tunggu 40 minit ni, kena tunggu lg sbb makcik2 yg gelojoh belaka tu cpt2 masuk tnpa pikir eprasaan org lain. mksudnya, kiranya diorg cuma tunggu dlm 20 minit mcm tu  jela tp kitorg ni berdiri hampir 1 jam baru dpt lif turun. mcm toootttt makcik2 ni. yg peliknya, kaum kerabat diorg pun sonyappppp je. ikut je bontot org, eiii geram betul. siap tolak2 tepis2 stroller si Damia ni semata2 nk masuk lif tu. 

bila dapat lif lain plk citer. ada satu family yg tunggu sesama kitorg ni masuk dlm lif tu dulu. yg sorg bapak tu, boleh x kau tlg tekan button bukak kt lif tu tahan lif utk kitorg sekali. diorg satu family cepat2 masuk terus ke belakang lif. aku terkial2 nak tolak stroller dlm lif, tetiba lif tu tertutup separuh sbb stroller damia ada kt tgh antara dlm dan luar lif. Damia muka pun dh takut time tu. tau x yg memasing dlm lif tu tgk je tanpa buat pape. aku siap ckp, "bang blh mintak tlg tekan button bukak x?" tp ttp x buat pape dengan muka blur. last2 nasib baik aku blh masuk sbb aku tendang pintu lif tu bg bukak dan kitorg masuk dengan selamatnya. x habis lg. masa dh smpai ground floor, pintu lif terbuka. so, kitorg keluar dulu sbb kitorg yg kat depan. tp aku tgk si Edy dh tekan button naik atas kt luar tu. mestila sempat nk kuar.so, aku pun jln keluar dlm lif. tetiba pintu tertutup. maksudnya, family td still dlm lif lg. aku dgn gelabah, ckp eh mcm mana ni? alamak! tp diorg ttp senyap kt blkg lif tu nk hrpkan kitorg yg bukak.  tp lif tu dah selamat ke atas semula. aku pndang Edy, Edy pndang aku. nk buat mcm mana kan. kitog terus jela nk ke lobi. elok masa aku tunggu Edy nk pulang kunci, nmpk family tu keluar dr lif. hamekkk! dengan jelingan mata yang tajam memasing bg kat aku. mak aiii, bukan main lg memasing menjeling aku. dah macam budak baru darjah 1 menjeling. kelakar siot. org mcm ni pun ada lg zaman skrg ni. mslhnya, salah siapa?
kahkahkah!

gitu la manusia kalau xde tolak ansur, timbang rasa dan pentingkan diri. memalukan kaum Melayu sendiri. cehhh!


bellboy pun xde. bile tanya receiptionist ada bellboy ke x, tau die jwb ape? "ntah, xtau pegi mana."


ini adalah percutian yang paling banyak makan hati ye. Tk. 



Thursday, November 7, 2013

Sajak : Demi anak.




Inilah tugas sebenar seorang ibu. 

Demi anak, 
ku sanggup lenguhkan tangan memegang kepala payung. 

Demi anak,
Ku sanggup mengikut kemana sahaja dia pergi.

Demi anak,
Ku sanggup berjalan perlahan macam siput.

Demi anak,
Ku gagahkan jua segala-galanya hanya utk kegembiraan dia.

Demi anak,
Ku sanggup berpanas berhujan walaupun cuaca hanya sekadar mendung.

Demi anak.

*boleh kena pelempang dengan penyajak2 professional ni. *lariiiii