First time cuba buat hantaran. Nama pun first time. Maksudnya, takdela lawa mana. Lagipun, malam Khamis baru sibuk buat hantaran ni. Ada 2 hari untuk siapkan gubahan hantaran. Tak cukup masa 2 hari tu untuk beginner -_-
Maaflah kalau menyakitkan mata tapi ini je Along mampu buat. Memandangkan along ko ni takdela kreatif dan pandai buat hantaran macam orang-orang lain. Terdetik idea nak guna je bekalan popsicle / craft stick yang melambak kat rumah aku ni. Sekarang kan zaman GST. Pastu, kita korek je barang terpakai kat rumah ;P
*Pelik. Sedikit sebanyak mesti nak ada selitkan kesalahan GST. haha
Ibu pun buat permintaan hantaran tu guna craft stick dan taknak bunga besar banyak-banyak, keliling barang hantaran sampai kena selak baru nampak barang. Nampak sangat bohongnya tu bu! hahaha.
Aku admit yang tangan aku ni kayu sikit dalam bab menggubah bunga. Hahaha. Ada terbanyak bunga, ada yang tersikit. Baru la tau kenapa orang yang ambil upah buat hantaran selalu caj mahaii. ;D
Hasilnya, simple la kot dan bunga kecik tu sejemput depan je ada. Macam main pondok-pondok.
Yang penting, majlis dah lepas dan yang paling penting pengalaman ;P
keseluruhan hantaran. lima balas lima je. Buat syarat ada hantaran je.
Permintaan ibu buat rumah untuk hantaran coklat. Ada juga la scene jerit-jerit tambah dengan sedikit amukan comel masa pembinaan rumah kecik ni sebab tetiba roboh. Tak cukup gam rupanya -__-"
Hantaran baju Melayu buat simple-simple je. Tak reti nak menggubah -__-
Hantaran wallet dan belt.
Hantaran wangian dan pencuci muka.
hantaran buah-buahan.
Alhamdulillah selamat siap semua hantaran.
Kalau orang kata pelik, biarkan lah...
Biarkan aku aku hidup sendirian...
Tak inginku mengenangkan kisah lama..
;P
**p/s : aku nak publish ni pun teragak-agak sebab kelakoo je aku tengok. -__-"