Wednesday, July 9, 2014

Tradisi ngunjung / munjung. *yipiiiiiii



Maksud  munjung / ngunjung


CARIAN enjin Google menemukan perkataan munjung sebagai sebuah desa di Batu Mandi, Kalimantan selatan, Indonesia. Malah perkataan itu sendiri dalam carian kamus negara itu memberikan maksud, lebih tinggi daripada permukaan.
Bagaimanapun di negara ini, munjung merupakan satu tradisi yang merujuk kepada pemberian makanan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kebanyakan golongan muda pada masa ini mungkin tidak pernah mendengar istilah ini tetapi ia merupakan satu amalan biasa masyarakat di Tanjung Karang, Selangor. Ia juga disebut dengan nama lain seperti ngunjung di Batu Pahat, Johor.
Uniknya, sesebuah keluarga, sama ada jauh atau dekat, akan berhimpun dan menyediakan juadah munjung ini.
Lazimnya kita memasak dan menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan kuah lodeh pada pagi hari raya, namun bagi masyarakat Jawa, segala juadah dimasak seminggu lebih awal untuk dihantar ke rumah jiran tetangga.

*******************************************************************************************

Kalau nama ngunjung, start bulan puasa je dah ada orang mula ngunjung. Minggu lepas kami balik Yong Peng sebab ibu ayah kata nak ngunjung. Kalau kata nak ngunjung, aku memang teruja amat. Teruja yang amat sebab ibu akan masak makanan kegemaran anak-anaknya untuk ngunjung.  

Kalau ngunjung, ibu mesti masak :

Nasi impit 
Sambal kacang
Kuah sayur lodeh putih
Ayam goreng rempah itu penting.

Memang peberet sepanjang masa. Kebetulan sejak akhir-akhir ni memang mengidam pulak nak makan macam ni. Alhamdulillah rezeki.


Haaa. Inilah rupanya bila dah dibungkus. Ingat lagi, masa arwah atuk ada lagi, bersusun mangkuk tingkat kena cuci. Dulu, kitorang ngunjung guna mangkuk tingkat.  Pastu lepas ngunjung rumah orang tu, orang tu balas dengan lauk dia. Sampai rumah kita, cuci bersih mangkuk tingkat tu, isi pulak yang lain untuk orang lain pulak. Bayangkan kalau 25 buah rumah, katakan mangkuk tingkat ada 6-7. Tak ke 2-3 kali ulang alik nak pegi basuh dan isi semula? Tak larat.....


Sejibik macam ni la mangkuk takut yang kitorang guna dulu. Pastu bila nak isi ayam selalu bermasalah sebab mesti nak terkeluar kepak ayam tu sebab dada ayam tu gemuk sangat. Eh, Menyampah pulak aku tengok mangkuk tingkat ni. Tak pasal-pasal.


Sekarang, zaman dah moden. dah takde dah guna mangkuk tingkat. Kita guna bekas plastik pulak. Jimat tenaga aku nak cuci mangkuk tingkat. Kata jela malassss.. Wakaka.

Pastu ada orang tanya, kalau ngunjung, bagi seketul ayam je ke? Amboi melampau kedekut bagi seketul ayam. Kena sumpah dengan orang je nanti. bagi la 1/4 ayam tu. Agak-agak rumah jiran tu ramai keluarganya, bagi la setengah ekor ayam, 2 bekas lodeh ke. Tengok keramaian orang la.

Tapi yang best bila ngunjung ni, kalau hujung minggu je, mesti kitorang berhati-hati dan takkan masak dulu sebab takut ada orang ngunjung. Kalau yang ngunjung sorang je takpe. Kadang-kadang sampai 3-4 orang ngunjung. Kalau situasi macam ni, tak payah masak lauk berbuka la jawabnya. Rezeki bulan puasa kan.










Last sekali,













Nak selit sikit. Hehe. Esoknya, Ahad kami anak beranak duduk bersila buat conflakes madu. Kuih wajib hari raya. kehkehkeh. Ingat nak buat biskut conflakes  nestum sekali tapi tak sempat. Takpela. Itu nanti balik raya je la nanti buat sama-sama. Kalau buat sendiri kat rumah, mau menangis teresak-esak melayan perasaan seorang diri. Ntah jadi ke tak biskut tu kang. kekeke.

Dah siap-siap untuk pengasuh satu balang, mertua satu balang, saya punya DUA balang. satu untuk makan sendiri, dan satu lagi PUN makan sendiri. wakaka.



Dah bersusun atas meja. Memang meguji keimanan aku. Kalau ikut nafsu sebalang tu kang habis satu malam je. Tapi  raya ada 18 hari lagi. Sabar naaa nafsu.
Lepas ni popia nestum pulak. *istghfar banyak-banyak dalam hati.

Itu sahaja. Sekian.