Bb, minta ampun maaf dulu sebab banyak mengumpat Bb dalam entry kali ni.
Pernah tak dengar orang-orang tua kata, jangan benci sangat lelaki tu, nanti lama-lama sayang.
Di sini, makcik ingin mengatakan, BETUL lah kata orang-orang tua tu, sebab berdasarkan pengalaman sendiri.
Aku bukanlah jenis yang memilih tapi tapi ada part2 tu memang aku nak elakkan kalau boleh. Ok la. Kalau ikut taste aku masa bujang, nak seorang yang simple, tak kisah kaya ke tak yang penting mampu, tak nak lelaki yang suka cover diri sebab aku bukan jenis yang reti nak cover depan lelaki . Aku kalau bab makan, malas nak cover-cover. nak makan, makan jela kan. Ini yang lelaki pulak nak cover. hishhh. Lelaki bajet hensem mmg OUT! Pastu cara bercakap nak jiwang-jiwang. Dalam hp ramai nombor pompuan daripada lelaki. Nisbah nombor lelaki : perempuan = 3 : 10. Faham? pastu semua nak bersayang-sayang. HAIHH MENYAMPAH. Dan yang penting tak terlalu menjaga penampilan. Jaga penampilan tu perlu tapi tak perlu kot over sangat. Rimas tau terlalu jaga penampilan. Kejap-kejap tengok cermin mengalahkan perempuan. Pastu kang memanjang tanya,"I hensem tak". Pastu, kebanyakan mamat bajet hensem ni, mata keranjang. Yela kalau berjalan-jalan, die suka tengok perempuan lain sbb nak tengok perempuan tu tengok dia ke tak. kalau tengok, kang hati berbunga la sebab dia rasa dia hensem. Ini semua ada bukti dan salah satunya pengakuan kawan sekolah aku sendiri yang memang bajet hensem. Rasa macam nak cekik-cekik je orang macam ni.
Ko tengok punya la panjang paragraph atas ni.
Kalau ikut yang atas ni, rasanya sampai sekarang aku masih TAK berkawin dan beranak.
Tak payah nak memilih sangat. Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Last-last, dapat jugak yang bajet hensem tu. Alhamdulillah! Kahkah.
*marah laki aku baca part ni. Wakaka.*

Mula-mula berkenalan, memang aku tak suka cara dia, tak suka pandang muka dia, tak suka cara dia bercakap, tak suka penampilan dia. Segalanya tak suka. Kalau borak pun memanjang pasal kpop je. itu sahaja. Pening. Biasa la belum kenal.
Tapi dalam pada banyak yang tak suka tu , yang pelik bin ajaib makin lama, makin dekat. 3 bulan keluar bersama, daripada dulu masa mula-mula bekerja aku selalu tengok wayang dan karaoke sorang2. memang pelik tapi macam tu lagi selesa dan bebas nak buat ape.
Dan akhirnya berteman. Alhamdulillah.
Dan akhirnya berteman. Alhamdulillah.
Tapi lama-lama aku mula boleh terima dia. Biasa la. Tak kenal maka tak cinta.
Tapi itu cerita 3-4 bulan pertama. Dan sayang tu mesti la ada. Kalau tak, takkan boleh sampai kawin kot. Maklumlah kenal lelaki bukan taste sendiri. Haha.
Tapi bila dah kawin, apa yang ada kat suami tu SEMUA jadi taste aku.
DUNIA SUDAH TERBALIK KAH? kahkahkah.
Tapi bila dah kawin, apa yang ada kat suami tu SEMUA jadi taste aku.
DUNIA SUDAH TERBALIK KAH? kahkahkah.
Tapi bila dah bertunang, berkahwin, haaa dia la pengarang jantung hati aku. Jangan benci-benci nanti lama-lama sayang. Gitu la ceritanya.
17 Julai 2011, bertunang secara kecil-kecilan sebagai tanda sahaja. Ikat selama setahun.
2 Julai 2012, tarikh di mana kami menjadi suami isteri yang sah. Alhamdulillah.
3 April 2013, kami dihadirkan dengan zuriat yang comel, Damia Nur Farysha.
2014? eh?
2014? eh?
********************************************************************
Nak puji suami sikit boleh tak sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3 tahun. Laa baru 3 tahun. Haha.
Bab kerajinan, alhamdulillah. Seorang yang rajin walaupun kadang-kadang malas. Paham tak? Haha. Dalam malas, tetap juga dia tolong isteri dia buat kerja rumah. Kalau memasak, aku memasak, dia pun tolong tengok-tengokkkan masakan terutama ayam goreng dan ikan goreng. Sebab aku tak reti nak bajet yang goreng-goreng ni dah masak ke belum. Lepas habis memasak, dia tolong cuci pinggan. Aku nak memasak ok je tapi bab mencuci pinggan mangkuk periuk ni, haihhh lemah badan. Wakaka.
Kalau basuh baju, aku yang kumpul baju, asingkan baju, basuh baju dalam mesin. Bila siap, kalau aku terlupa, dia tolong sidaikan. Kadang-kadang, dia yang buat semua. Maksudnya, dari masuk baju sampai sidai. Itu kalau aku sibuk buat kerja yang lain. Bukan masa tengah tengok tv haa. Cuba ko tengah syok tengok tv dengan mata yang tak lepas dengan tv sambil cakap kat suami, "B, pegi la basuh baju. Baju dah menggunung tu." Aku rasa mau kena sepak terajang dgn suami tu. Muahaha.
Bab makan, takde la memilih. Dia makan je ape yang boleh dimakan dan dimasak. Tapi ayam goreng tu mmg lauk wajib sampai aku naik muak dengan ayam goreng. Sama je dengan Damia. Ikut betul perangai Daddy dia suka ayam.
Sekarang ni aku jadi semakin semangat nak memasak. Sebab ape? Haaa bila suami puji masakan, itu merupakan salah satu motivasi yang baik untuk orang-orang yang fikir memasak ni sangat memenatkan dan melecehkan lagi-lagi balik kerja pastu terus nak capai kuali periuk. Aku la tu. Wakaka.
"Ape yang isteri B masak, semua sedap. B lagi suka kalau hny masak daripada makan luar".
Tak kembang semangkuk dengar? Walaupun aku tau masakan aku tak sedap mana pun, tapi pujian tu. Pujian tu buat aku rasa sentiasa nak masak. Kahkahkah. Masak sebab kena puji? what the ____.

Tapi kalau bab mengemas rumah, vakum dan mop lantai, aku lebih suka buat sendiri. baru puas hati.
Tukang mengingat pun ye jugak suami aku ni. Contohnya, bab makan ubat. Biasa la ubat 4 serangkai yang memualkan tu. Aku selalu terlupa plus sengaja terlupa. Wakaka. Masa tidurkan Damia, Dia tolong bawakkan ubat.
Bab main dengan anak, dia memang pandai main dengan anak.Kalau dengan aku, permainan yang lembut2, lebih kepada keibuan. cehh. Memanjang budak kecik tu diajak main patung, main dandan rambut, main masak-masak. TAPI bila dengan Daddy dia budak kecik tu terus mengganas. Amboi menjadi-jadi. kejap main basikal, kejap jadi superman, kejap jadi ultraman, main fight-fight, kejap main kejar-kejar, kejap main sorok-sorok. Pastu kalau main kejar-kejar atau sorok-sorok yang jadi jahat mesti aku. Yela mummy jela yang jahat.
Bab romantik ke tak, itu cerita suami isteri. Miahaha.
Jangan fikir suami yang tolong isteri ni DAYUS, PENAKUT atau bini tu yang QUEEN CONTROL. Tak baik menuduh bukan-bukan. Boleh jadi fitnah tu.
Suami yang tolong isteri ni niatnya untuk menyenangkan isterinya. Yela dua-dua bekerja. Balik pun sama-sama petang. Sama-sama mencari rezeki dan sama-sama buat kerja rumah kan lagi bagus. Kan elok sama-sama tolong menolong. Takdela kesian sangat bini tu bertungkus lumus kerja di pejabat siang hari , malam pulak bertungkus lumus buat kerja rumah, urus anak sorang-sorang. Suami pula melepak dan mengarah je nak itu ini.. Tak kesian ke kat isterimu tu?

Eh tak salah kan puji suami sendiri. Ramai je suami-suami zaman sekarang ni yang rajin malahan lebih rajin dari ini. Kan bagus tu. .
Lagipun, hari ni je aku nak puji laki aku pun. Kalau puji depan-depan kang kembang semangkuk. Hoho.
Biasa la lumrah hidup, Manusia tiada yang sempurna. Tak lepas dari kesilapan termasuk diri sendiri. Walaupun ada segala kebaikan, tetap ada keburukan juga.
TAPI takkan hanya sebab satu keburukan sahaja, nak tutup semua kebaikan yang ada?
TAPI takkan hanya sebab satu keburukan sahaja, nak tutup semua kebaikan yang ada?
************************************************************
Buat suami,
Isterimu tak minta wang ringgit darimu.
Isterimu tak minta rumah yang besar untuk keselesaan semata-mata.
Isterimu tak minta perhiasan diri berupa tas tangan dan kasut harga ribuan untuk menyenangkan hati diri sendiri.
Isterimu tak minta emas untuk kecantikan diri.
Isterimu tak minta baju yang mahal-mahal untuk diri dan anak-anak.
Isterimu tak minta untuk kamu bergadai nyawa demi melindungi kami sekeluarga.
Cukuplah sekadar kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan dalam diri suami untuk isteri dan keluarga kecilnya.
2 Julai 2011 - 2 Julai 2014
"Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke 3 tahun. Semoga kita bertambah kasih sayang dan saling mencintai antara satu sama lain. Semoga kita menjadi lebih kuat dalam mengahadapi segala rintangan dalam hidup bersama.
Terima kasih kerana sudi jadi teman hidup selama 3 tahun dan dengan izin Allah untuk tahun-tahun seterusnya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman gaduh. Terima kasih.
Terima kasih kerana sudi jadi teman hidup selama 3 tahun dan dengan izin Allah untuk tahun-tahun seterusnya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi teman gaduh. Terima kasih.
Tiada hadiah yang mahal untuk suami. Hanya mampu beri kasih sayang untuk suami dan anak-anak."
p/s : panjang entry kali ni. Aku nak baca balik pun pening. =__=