Monday, June 16, 2014

Dah tak sabar nak jadi "MUMMY" kan Damia?


"Alaa long, Masa ko kecik-kecik, macam tu la perangai ko. Sebijik macam ko!"

ItuLAH yang aku dapat bila aku cerita dengan ibu aku, penat tengok rumah selalu bersepah. Inilah agaknya yang dikatakan hukum KARMA. Hahaha. Saboo jelah.

Alaa semua budak kecik macam tu kan. Ni memang zaman menyepah dia. Golongan mak-mak memang tugasnya kena mengemas jela. Takkan nak marah. Kang marah, tak pasal-pasal terbantut perkembangan anak. Mihmihmih.

Sekarang ni mainan yang selalu bersepah, dan memang setiap hari la aku kena kemas adalah :

1. Teddy bear
2. Kain lampin / kain bedung dia masa kecik / kalau malang sikit, tudung mummy jadi mangsa
3. Mainan masak-masak
4. Tanah liat dan peralatan yang lain
5. Basikal dan poney merah tu.
6. Bantal-bantal kecik.
7. Tilam-tilam kecik
8. Stroller mainan
9. karpet senget-senget sana sini tu biasa.
10. Kalau tetiba ada semut kat lantai, tau la tu kerja Damia bagi 'anak-anak' dia minum susu.
11. kerusi meja study dia terbalik tu biasa. (dia buat slide untuk 'anak-anak' dia)

Yang atas ni, yang mana aku selalu kemas la.. Tak termasuk yang tiba-tiba sahaja ada yang baru termasuk dalam list di atas.
Contoh : barang makeup mummy especially lipstick / baby powder dan lain-lain.

Daripada senarai ni pun dah tau dia main ape kan. Memang jawapannya, main mak-mak la. Ada masa aku larat melayan. Ada masa, Daddy layan. Ada masa, dia main sorang-sorang. Kesian anak aku. Haha.

Gambar bawah ni kalau aku yang rajin melayan dia main. Yela, kadang-kadang kesian tengok dia main sorang-sorang, cakap dengan teddy bear. Risau jugak kan. Ntah dengan sape pulan budak ni bercakap. Kehkehkeh.





Tapi bila aku dah nak buat kerja lain, Daddy pulak yang ambil alih.. Tapi kalau Daddy yyang ambil alih, memang takde la main mak-mak. Terus bertukar jadi SUPERMAN!


Pastu bila mummy layan dia main, menjadi-jadi la dia punye permainan dia. Memasak pun, aku siap bagi sound effect bagi dia rasa macam ni, "wahhhh! masak pun ada bunyi rupanya!" (dengan muka kagum) Haha.



Kan dah kata, mesti ada teddy bear bersepah punya. Sebab lepas je dia masak, dia terus bagi makanan kat 'anak-anak' dia. Bijak bijak! Haha.




Yang paling aku malas sekali,
tengok gambar bawah ni!


Sampai kan keluar berjalan pun sibuk nak bawak 'anak'! Pastu bila penat dia tinggal je tepi. Nanti kang mummy/daddy yang kena angkutkan. 

Kalau dah bawak 'anak', buat cara bawa 'anak. sila bertanggungjawab ye Damia! =_='


Itu sahaja. Sekian.