Tuesday, September 23, 2014

Perempuan dan window shopping.

Maksud 'window shopping' setakat yang aku tau ialah macam ni. Pergi ke sesebuah kedai terutama sekali mana-mana kedai dalam shopping mall. Kat luar kedai lagi kita tengok dan kita minat dengan sesuatu barang tu . Kita masuk kedai tu dan dok belek-belek barang tu sampai no bar kod pun boleh hafal. Lepas dah puas tengok, keluar kedai dengan muka seposen dan dengan tangan kosong. Sebab poket pun masa tu kosong. Haha. 

Selalunya perempuan la yang suka 'window shopping' macam ni. 
Cuba ko ajak suami ko macam ni, 

Isteri : B, jom kita pergi shopping mall *********".
Suami : Nak beli ape kat situ?
Isteri : Tak la. Hari tu dengar kata ada sale. Nak tengok je. Bukannya beli pun.
Suami : Malas la nak keluar rumah bila hujung bulan. Buang masa.

Kan? Tak payah buang masa nak ajak laki-laki masing-masing nak ber'window shopping' kat shopping mall sangat. Dah tau dah jawapannya. Tapi tak tau la aku kalau ada lelaki sama naik dengan isteri / awek dia ber'window shopping'. 

Kadang-kadang niat kita nak 'window shopping'. Yela ada masa laki bawak jela bininya nak kemana pun kalau dah hari-hari berzikir. Pedih telinga agaknya. hahaha. Tapi bila anak yang ikut, lain pulak jadinya. Nak-nak kalau kita 'window shopping' barang baby atau baju-baju baby termasuklah permainan, baju,  dan lain-lain. Kang kesian, beli jugak satu untuk anak. Itu pun kalau under budget. Haihh dasar hati lemah dengan pujuk rayu anak memang macam ni. Lagi-lagi si Damia. Kalau berjalan mana-mana, tangan tu gatal nak tarik barang. pastu buat muka comel, "Mimmy, ni nak! nak?" Kalau harga rm5-rm10 takpe jugak. Nak mainan rege rm100++. Memang jawabnya aku sanggup bagi ko nangis daripada beli mainan tu. Kang aku pujuk la dengan aiskrim rege baru rm2. Haaa kan jimat. kehkehkeh. 

Tapi aku memang suka sangat 'window shopping' ni. Tak boleh dipisahkan. Laki aku pun tau tu. Disebabkan dapat laki yang tak suka 'window shopping' dan tambahan pulak sekarang ni mood aku nak keluar berjalan macam sebelum ni dah takde. Bontot kalau boleh nak melekat je kat rumah. Jadi, marilah ambil pendekatan ini. hehe. 

Kita tetap 'window shopping' tapi terbatas la sikit. Anak pun sekadar tunjuk tapi dia tau kalau menangis sampai keluar air mata darah pun takkan dapat punya masa tu jugak.



Kita 'window shopping' guna online. Tengok Damia, muka pun dah excited je tunjuk itu ini. Memang gitu la muka dia kalau jumpa baju atau permainan yang buat dia excited. Dia tunjuk yang rege mahal-mahal pun ko takkan kisah punya. Tunjuk la lagi. Tunjuk laaaa.. Ape ade hal. Haha.

Cuma ko kena layan kejap-kejap dia panggil, "Mimmy, ini. ape tu?"

Bila kita jawab, "ouh, itu swimming pool. Damia nak ke?"

Damia pun mestilah jawab, "Pool. Nak air. Nak. (nak main air)".

Aku pun dengan berani terus jawab balik, "Haa Damia nak? Tanya Daddy. Daddy kakak nak swimming pool boleh tak?"

Damia tanya Daddy, " Daddy, nak! *sambil tunjuk gambar*"

Daddy pun jawab dengan yakin, "Kakak nak swimming pool? Cium Daddy dulu."

Terus Damia datang cium Daddy.

Serentak la jawab, "Ok. nanti Mummy Daddy beli ea."

Muka Damia pun puas je lepas kita kata nak beli. Kesian pun ada jugak Tapi nak buat macam mana. 

Kan senang. Yakin je layan anak nak itu ini. Tapi Damia ni belum fasa mintak dan mesti dapat apa yang dia nak. Dia just kata nak, esok lusa lupa. Pastu tengok balik, nak lagi. Pastu lupa lagi. Hahahaa. Selamattttt! Tunggu la besar sikit. Hisshhh mintak-mintak jangan berperangai macam-macam ye kakak Damia. Kang tak pasal-pasal dicop penipu pulak dengan anak sendiri. Kata nak beli tapi tak beli-beli sampai ke sudah. Mihmih.




Kalau laki aku nampak kitorang duduk depan ipad, muka excited semacam, tunjuk itu ini, pastu kejap-kejap kang Damia cakap "eh, omel" , laki aku dah tau sangat dah kitorang buat ape. 
" hmmm. mak dengan anak perangai sama je.".
kehkehkeh.

Takpun, Damia tengah duduk sorang-sorang pastu pegi kat Daddy dia tunjuk gambar baju pastu cakap, "Daddy ni. Antekkkk......" (cantik). Mesti punye Daddynya jawab, "Mummy la ni yg ajar tengok baju cantik ea".

haihh dah nama pun perempuan. nak buat macam mana.

Rasanya setiap kali aku tengok barang-barang online ni, kalau Damia tengah sibuk layan 'anak-anak' dia makan pun, dia sanggup bagi 'anak-anak' dia kelaparan dan cepat-cepat datang nak menyelit sebelah join sekali. Dia paling suka tengok baju elsa. Aku pulak tak habis2 tengok barang-barang baby. Yela kan  lebih kurang 3 bulan lagi nak bersalin. Mood cari barang baby pun dah mula 'on' kembali setelah 2 tahun aku 'off' mood cari barang baby ni. Rasa macam mengandung kali ni lagi excited sebab nak suruh Damia pilih baju baby. Kihkihkih.

Ok la. itu saje. Bye.