Tuesday, October 7, 2014

Persiapan majlis pertunangan Angah.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Sesungguhnya entry kali ni tersangatlah panjang aku rasa. Maaf jugaklah kalau aku cerita ni macam ini majlis aku pulak. Tapi kena la faham. Siapa-siapa pun teruja pluss plusss pluss excited kalau adik beradik tunang atau kahwin. Sebab kononnya aku rasa aku boleh perbaiki majlis tu menjadi lebih baik berdasarkan pengalaman masa majlis aku sendiri dulu. Muahaha.

Alhamdulillah. Selesai majlis pertunangan Angah dengan Najib.  Majlis kali ni just kecil-kecilan dan simple sahaja. Cuma jemput keluarga sebelah lelaki, jiran sebelah rumah dan yang terdekat sahaja. Yang duduk jauh-jauh ibu just inform je. Lagipun taknak menyusahkan orang lain, majlis pun dibuat sebelum raya haji. Mesti la masing-masing nak balik kampung, nak buat korban atau berkumpul sesama keluarga kan.


Makanan dan minuman

Aku ni suka cerita bab makan sebab mengandung kali ni, aku memang pencinta makanan. Masa aku tunang dulu, ayah tempah makanan sebab time tu jemput ramai saudara mara. Tapi kali ni semua makanan ibu masak sendiri termasuk kuih muih kecuali sambal goreng. Sambal goreng tu makngah yang tolong masakkan. EH! lupa sambal goreng atau sayur goreng namanya? Ntah.

Menu utama, mestilah nasi berlauk sebab tetamu datang tengahari.

Menu utama:
Nasi putih
Ikan keli berlada
Ayam goreng rempah
Udang campur rebung masak lemak
Sambal/sayur goreng
Ulam-ulaman dan sambal belacan.



Dessert /  Pencuci mulut :
Karipap
Kuih Bakar
Buah jambu
Tart custard choc chip
Kerepekkrupkrap

Minuman :
Air mangga (sejuk)
Air teh (panas)

Semua by chef ibu.


Baju dan makeup

Pasal pakaian dan makeup, hehe malu nak kata. Tapi baju yang angah pakai tu sebenarnya baju yang aku beli masa lepas bersalin Damia, beli kat nile.com.my. RM29 sahaja. Murah naaa. Memang dah lama tak pakai baju ni. Aku pakai pun sekali dua je baju tu. Saat-saat akhir baru teringat baju ni dan cakap dengan ibu tak payah beli baju tunang untuk angah. Membazioorr. 

Pastu bab makeup mula-mula budak angah sibuk nak cari orang lain untuk makeup. Tapi bila ayah kata, "Makeup simple-simple jela. Nanti dah majlis kawin betul-betul baru la makeup cantik-cantik. Along kan ada tolong makeupkan. Ni tunang je baru. Jangan bazir duit. Tak payah nak pelamin. Buat kecik-kecikd dan simpe je".

Banyak kali jugak kitorang diterangkan majlis dibuat kecil-kecil dan simple sahaja. Baik ayah. kihkihkih.

Kalau cakap dengan ayah, lebih-lebih lagi dengan orang lelaki, memang semua nak simple memanjang. Tapi ada betulnya apa yang ayah kata. Maka, along dia yang tembam, comel dan baik ni la yang makeup kan Angah. kihkihkih. Kalau ikutkan,aku tak reti nak makeup orang ni. Makeup diri sendiri pun hampeh je. Tapi bila ayah ibu bagi keyakinan, yeaahhh along yakin, ALONG BOLEH! muahaha.


Hantaran

Hantaran pihak lelaki mintak 5 berbalas 7. Jenuh jugak la ibu kata nak pikir nak bagi ape. Pastu decoration untuk hantaran pun ibu yang pikir sendiri dan idea sendiri. Aku balik kampung tengok dah siap. Angah? tolong gam-gamkan je ape yang ibu suruh.  Agaknyelaa. haha.


Hantaran semua standard kalau mana-mana orang lain punye hantaran pun.
Al-Quran
Baju kemeja
Songkok
Buah-buahan
Coklat cadbury
Kain pelekat
Kek (jimat kos sebab ibu buat sendiri)


Tempat makan


Pada mulanya ingat nak buat makan kat bawah je macam orang-orang kampung selalu buat. Ayah tak nak pasang khemah/canopy sebab ayah kata tak nak nampak over sangat sampai orang kampung tertanya-tanya, "rumah Dani tu ada majlis ape tu?" kahkah punye la paranoid memasing. Padahal orang kampung pun tak heran ko nk buat majlis ape pun.

Part susun menyusun ni memang aku suka buat. bab mengemas, bab menyusun bagi kat aku. Tapi kalau bab kat dapur, aku tolong jugak tapi tolong lap pinggan dan susun pinggan mangkuk je. Muahaha.

Nak memudahkan tetamu makan, kitorang pun pinjam meja yang makngah offer untuk dipinjam. Hehe. Itu yang tetiba dua meja bulat dan kerusi siap beralas. Kalau ada pape majlis, Makngah pakngah yang banyak tolong ibu ayah daripada masa masjlis aku dan sekarang angah. Maklumlah diorang banyak pengalaman.Terima kasih pakngah makngah.


Bahan-bahan untuk dimasak

Bahan-bahan untuk dimasak semua siap kopek, potong dan siang malam sebelum majlis jugak. Anak dara dua orang la yang potongnya. Yang mak buyung terdampar atas lantai terbaring kaku tapi hidup lagi la sebab sakit pinggang yang amat. HAha.


Goodies bag

Tak tau kenapa goodies kali ni aku cuma ingat kat budak-budak je sampai yang orang tua diabaikan. Kesian. Haha. Kitorang just prepare goodies bag untuk budak-budak yang diisi penuh dengan jajan. goodies bag tu beli kat daiso je. 12 keping rm5. Comel. Ribbon tu beli asing la. 15 pieces Rm5 jugak. Banyak comel dan banyak murah jugak. Hehe
















Tapi dalam penat-penat buat persiapan, terubat hati bila dengan bunyi "mooooooooo~~" kat depan rumah.


Malangnya daging lembu tu dah selamat dimasak sup gearbox oleh ibu dan selamat masuk dalam perut aku. Alhamdulillah.


to be continued.