Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kelemahan aku adalah tak reti nak kurangkan jumlah gambar yang ada. Setiap kali nak upload apa-apa gambar dalam blog atau fb atau insta, kalau boleh semua nak upload. -__-" Pada aku, biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya.
SEBELUM MAJLIS
Atok yang cantik manis bertudung purple ni sorang jela nenek yang masih ada. Sayang atok. Yang sebelah tu atok sedara.
Nak tau? Ko keluarkanlah baju cantik macam mana sekalipun, dia tetap akan pilih baju ni. Aku pun tak tau tang mana yang dia rasa cantik sangat bila pakai baju ni. Aku pun dah bosan tengok -___-"
Lepas pakai baju tu, pergi kat setiap orang cakap, " Mia antek". atau pun "Mia omel".
Damia sembang kosong dengan kawan dan anaknya.
tak larat nak buat pape caption setiap gambar. ;)
SEMASA MAJLIS
Tetamu sampai lebih kurang jam 12 lebih.
Masa ni lawak sebab makcik ni boleh x cam bakal tunang anaknya sendiri. Boleh dia nak pergi sarung cincin kat fatin. Time ni semua gelak. Mungkin sebab makcik rabun dan tak pakai spec. Kesian makcik ni kena gelak. Masa ni pun aku gelak jugak sebab tak tau makcik rabun. Maaf makcik. Hihi.
Aku kat belakang kerja mengumpat je dengan Wawa. Damia aku letak kat bilik bagi suami jaga sebab bising nak buka video hello kitty kuat-kuat time majlis ni.
Inilah tunang angahnya.
Majlis selesai dalam jam 3 macam tu. Baru la kitorang melantak makan. Lapar jangan cakap. Haha.
"Pape pun, along doakan angah kekal dengan Najib hingga naik pelamin dan hingga akhir hayat. Semoga dapat mengharungi segala rintangan dan dugaan sepanjang tempoh pertunangan. Jangan cepat melenting dan banyak bersabar dalam hadapi sesuatu masalah. Matangkan diri dan belajar untuk banyak mengalah. Masa sekarang la nak belajar mengalah. Bukan mengalah dengan Najib sorang tapi dengan ahli keluarga Najib yang lain jugak. Tapi mengalah tu biarlah berpada-pada. jangan sampai kena pijak kepala. Mihmihmih. Pesanan dari along yang comel. Miahaha."