Thursday, September 18, 2014

Cari rezeki halal. Biar la orang nak kata apa.


Tajuk macam garang sangat dah kenapa.


Tadi buka facebook, ada la terbaca cerita. Dipendekkan cerita, seorang budak umur 10 tahun setiap hari lewat masuk sekolah  dan setiap hari kena denda. Bukan denda sebab datang lewat je tapi sebab baju lusuh dan kotor. Sampai la suatu hari cikgu tu tak tahan tengok perangai budak ni yang tak berubah, dia panggil mak bapak budak tu datang sekolah. Bila berjumpa je antara cikgu dan mak bapak budak tu, tersedu sedan nangis cikgu tu. Rupa-rupanya budak tu selalu lewat sebab tolong mak dia jual nasi lemak sebelum pergi sekolah. Pastu budak tu kena buli dengan pelajar lain hanya sebab miskin sahaja. 



Aku yang baca ni meleleh air mata. Tak pasal-pasal berlari masuk bilik bos cari tisu. Haha.

Tiba-tiba teringat masa tengah duduk makan-makan sambil bercerita masa balik kampung yang lepas. Daripada cerita bohong, cerita lawak, cerita yang menyakitkan hati dan tiba-tiba cerita yang agak pelik dan mengejutkan ketika itu.

 Ibu cakap, "Ko tak tau ke long, achik penjual kuih berjaya sekarang. Ibu pembekal tak berbayar dia. Hahaha."
"Haa? Pulak dah. Achik jual kuih? kat sape?"













Regangkan badan jap.



















Sambung cerita.
















Perkataan berjaya tu saje buat gempak. Aku yang terkejut beruk. Nasik x jadi beruk.

Macam along dan angah dia jugak la, tiap-tiap minggu telefon mintak masuk duit masa belajar. Kalau dulu aku seminggu rm150 pun tak cukup. Yela dengan makan, minum, bahan assignment, duit poket jajan dan topup. Tapi yang bezakan dia dengan kakak-kakak dia yang comel ni, achik reti berjimat. 

Setiap kali sebelum balik hostel, ibu dah siap-siapkan bekal untuk bawak balik. Selalunya kalau bawak bekal nasi dan lauk, mesti ibu ada lebihkan untuk 2-3 orang makan. *Sama la masa aku aku kt poli dulu. Sama sangat. Pastu makan nasi sampai banjir dalam bekas tu dengan air mata sebab nak balik nak ibu. haha.

Pastu bukan setakat bawak bekal nasi dengan lauk je. Nanti ibu bawak la bekal lain untuk kudapan macam apam soda ke, cream puff ke, muffin ke, kek ke dan lain-lain. *Macam tu la aku dulu. Macam tu la. Sama! 

Tapi dalam pada yang sama tu, ada bezanya pulak.
Bezanya,  aku makan makan dan makan. Kawan aku pun tumpang makan makan dan makan.

 Tapi bila tiba pada achik, dia makan makan dan makan. Kawan dia pun tumpang makan makan dan tapi pada masa yang sama kawan dia buat tempahan untuk makan sendiri kat dalam hostel. Lelaki kan nafsu makan pun ko paham-paham jela. Kang sibuk la achik mesej ibu kawan dia order ni, bape rm. Untung  la achik sebab ibu pun kata ibu pembekal tak berbayar. Maksudnya, semua pendapatan 100% dia yang punya.Haha.  Tapi ibu kata ibu tak kisah pun sebab yang penting pandai cari duit sendiri tak susahkan orang lain. Part ni aku cukup terasa T__T sebab masa aku belajar dulu kalau  nak itu, telefon ibu mintak ayah masuk duit. Nak ini, msg ayah mintak masuk duit. Teruk ko ni ainnnnnnn.


Ok aku suka bab kira-kira ni.

Ini sekadar contoh la.
Katakan la ibu bagi harga apam soda rm1 dapat 4/5 biji.  Kalau sorang order je 100 biji. Tapi selalunya ibu lebihkan sikit. Sebab diorang makan share. Sharing is caring kan. Dapat la achik rm 20/25. Dah lepas topup. kalau taknak topup, lepas la makan kfc 2 kali. Dah ada duit tambahan daripada duit yang minggu-minggu ayah masukkan duit belanja. 

Tapi achik bukan la bersungguh-sungguh sangat berbisnes pun sampai tak belajar. Kalau ada orang order, dia cakap la dengan ibu. Lagipun kawan dia order pun selalunya kalau diorang tau achik balik kampung.  Ibu pun takde ape nak buat kat rumah selain masak, jaga rumah dan amik adik-adik sekolah. Ayah pun setiap hujung minggu je ada rumah. Sekurang-kurangnya terisi la masa ibu kat rumah tu. Kiranya ni bisnes si bujang ni bisnes yang tak disengajakan. Boleh tak macam tu? Hehe.

Bila dengar ibu cerita, nak sedih tak boleh sebab semua pendapatan dia amik. Apo laa.  Nak gelak pun tak boleh jugak sebab kagum pulak dengan keyakinan dia jual kuih walaupun dah bujang. Kalau aku masa belajar dulu nak jual macam tu, malu la. Takde keyakinan diri. Cettt.. Senang kata, aku cuma mampu diam dan muhasabah diri. -___-"


Beza antara anak perempuan dengan lelaki. Ketara perbezaannya.


Inilah achiknye. 

Bukan promote aaa. Tak salah cerita kebaikan adik sendiri sekala sekala. Kalau itu memang realitinya. Sebab bukan setiap hari aku cerita setiap kebaikan dia pun macam adik aku ni bagus sangat. kehkehkeh.

Bye ^.^