Thursday, February 11, 2016

Birthday present Arianna umur setahun ;)


*hari kejadian 23.01.2016 ;P


Yeayyy Arianna dah dapat hadiah birthday. Lama betul nak decide hadiah untuk Arianna. Masa 1st birthday kakak Mia dulu, kitorang bawak dia pergi tengok fish kat Aquaria, kebetulan ada artis yang melukis kat situ yang lukis gambar Mia, pastu belikan mainan. Birthday Arianna tak sanggup la nak ke sana sebab Arianna lasak lain macam sikit. Takut mummy. Hahaha.  ;P

Mummy daddy decide belikan hadiah yang pelik pada aku untuk Arianna. HAMSTER untuk Arianna. Beli kat Batu Pahat harga pakej RM50 dapat seekor hamster, sangkar, makanan dan bedding hamster.

Mesti macam pelik kenapa mummy daddy decide beli hadiah macam ni. Macam dah takde mainan lagi dalam dunia ni nak bagi hadiah kan. Hahaha. 

Selalunya, budak kecil  suka dengan binatang. Arianna memang muka excited kalau nampak binatang. Setiap kali hantar dia ke rumah pengasuh, excited nampak bird. Balik kampung Bongek / mana-mana kedai makan, excited nampak cat. Dengar suara dia jeriit, "tatttahh!" sambil nak capai binatang tu. Geram rasa nak gomol je. Haha.

Ni dah belikan hamster, setiap kali nangis, bawak je tengok hamster setakat ni dia terus senyap, keluar la suara jerit dia sebut, "tatttahh!" 

Kakak Mia pun dah mula suka hamster. Diorang dah berani. Bagus anak-anak mummy semua berani dengan binatang. Plsss jangan jadi penakut macam mummy ye. Menyusahkan! ;P

Suami kata, jaga hamster lebih senang jaga dari binatang yang lain. Eh, orang kedai yang kata laaa ;P
(Aku rasa yangg nak bela hamster ni suami bukan untuk Arianna. Betul tak??? ;P)

Masa nak beli, puas aku pikir macam mana la nak hilangkan bau hamster dalam rumah nanti. Tapi bila dah ada hamster, elok je takde bau pun rumah I. ;D


Khusyuk borak dengan hamster guna bahasa "tattttaahh attahhh!"
Berani je dia nak amik hamster tu. 


Inilah dia Syrian hamster yang diberi nama Sofia. Nama Sofia ni sebenarnya nama tak jadi untuk Arianna. kekeke ;P 

*Berangan nak bela Stuart Little*


Tapi Sofia ni lasak semacam. Tak reti duduk senyap aku tengok. Arianna suka la tengok. Aku tak suka. Rasa serabut bila tengok. Dah la mata merah -__-

Selang beberapa hari,  suami dapat hamster2 baru daripada kawan dia yang nak berpindah, spesis Agouti Roborovski. Muka dia 100 kali ganda comel dari Sofia. HAHA. Siap dapat cage, makanan dan aksesori yang lain jgk. Yang ni aku suka sebab badan dia duduk nampak bulat ;D

Tapi 2 spesis ni tak boleh masuk satu cage. Nanti bergaduh kata pakar ;P



Muka dia macam rabbit. Misai panjang!  Memang comel! Tapi takde nama lagi sebab lupa nak tanya jantinanya jantan atau betina -__-


Rumah sementara dua ekor ni. Kitorang letak dalam bekas Ikea yang sedia ada kat rumah ni sebab Syrian ni lasak sangat. Dah pandai panjat cage tu. Lagipun, besar sikit hamster tu nak lari sana sini.

Ado request dari suami den. Mintak buek ghumah dan mainan DIY untuk anak-anak angkat ea. Macam comel pun ado, macam menyampah pun ado.  -__-"
*try guna bahasa nismilan*

Tengok sampai atas cage dia panjat si Sofia ni!

Yang sekor lagi suka menyorok. Ouh, kakak Mia dah bagi nama. Namanya KETANGGGGGG!
Pelik nama tu. Tapi comel jugak. haha.


Tapi, kalau la kedua-duanya keluar dari kotak ni, aku rasa aku orang pertama yang lompat atas sofa! ;P
Serupa aku nampak tikus, lipas, spider je aku tengok hamster ni -__-"

Terbaru, Arianna skrg dah berani pegang dan bawak keluar hamster ni. Dia ingat patung kot. Haha. Berderau darah aku tgk. Nasib tak menggigit -___-"

Sekian.