Showing posts with label Birthday Damia Nur Arianna. Show all posts
Showing posts with label Birthday Damia Nur Arianna. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Birthday present Arianna umur setahun ;)


*hari kejadian 23.01.2016 ;P


Yeayyy Arianna dah dapat hadiah birthday. Lama betul nak decide hadiah untuk Arianna. Masa 1st birthday kakak Mia dulu, kitorang bawak dia pergi tengok fish kat Aquaria, kebetulan ada artis yang melukis kat situ yang lukis gambar Mia, pastu belikan mainan. Birthday Arianna tak sanggup la nak ke sana sebab Arianna lasak lain macam sikit. Takut mummy. Hahaha.  ;P

Mummy daddy decide belikan hadiah yang pelik pada aku untuk Arianna. HAMSTER untuk Arianna. Beli kat Batu Pahat harga pakej RM50 dapat seekor hamster, sangkar, makanan dan bedding hamster.

Mesti macam pelik kenapa mummy daddy decide beli hadiah macam ni. Macam dah takde mainan lagi dalam dunia ni nak bagi hadiah kan. Hahaha. 

Selalunya, budak kecil  suka dengan binatang. Arianna memang muka excited kalau nampak binatang. Setiap kali hantar dia ke rumah pengasuh, excited nampak bird. Balik kampung Bongek / mana-mana kedai makan, excited nampak cat. Dengar suara dia jeriit, "tatttahh!" sambil nak capai binatang tu. Geram rasa nak gomol je. Haha.

Ni dah belikan hamster, setiap kali nangis, bawak je tengok hamster setakat ni dia terus senyap, keluar la suara jerit dia sebut, "tatttahh!" 

Kakak Mia pun dah mula suka hamster. Diorang dah berani. Bagus anak-anak mummy semua berani dengan binatang. Plsss jangan jadi penakut macam mummy ye. Menyusahkan! ;P

Suami kata, jaga hamster lebih senang jaga dari binatang yang lain. Eh, orang kedai yang kata laaa ;P
(Aku rasa yangg nak bela hamster ni suami bukan untuk Arianna. Betul tak??? ;P)

Masa nak beli, puas aku pikir macam mana la nak hilangkan bau hamster dalam rumah nanti. Tapi bila dah ada hamster, elok je takde bau pun rumah I. ;D


Khusyuk borak dengan hamster guna bahasa "tattttaahh attahhh!"
Berani je dia nak amik hamster tu. 


Inilah dia Syrian hamster yang diberi nama Sofia. Nama Sofia ni sebenarnya nama tak jadi untuk Arianna. kekeke ;P 

*Berangan nak bela Stuart Little*


Tapi Sofia ni lasak semacam. Tak reti duduk senyap aku tengok. Arianna suka la tengok. Aku tak suka. Rasa serabut bila tengok. Dah la mata merah -__-

Selang beberapa hari,  suami dapat hamster2 baru daripada kawan dia yang nak berpindah, spesis Agouti Roborovski. Muka dia 100 kali ganda comel dari Sofia. HAHA. Siap dapat cage, makanan dan aksesori yang lain jgk. Yang ni aku suka sebab badan dia duduk nampak bulat ;D

Tapi 2 spesis ni tak boleh masuk satu cage. Nanti bergaduh kata pakar ;P



Muka dia macam rabbit. Misai panjang!  Memang comel! Tapi takde nama lagi sebab lupa nak tanya jantinanya jantan atau betina -__-


Rumah sementara dua ekor ni. Kitorang letak dalam bekas Ikea yang sedia ada kat rumah ni sebab Syrian ni lasak sangat. Dah pandai panjat cage tu. Lagipun, besar sikit hamster tu nak lari sana sini.

Ado request dari suami den. Mintak buek ghumah dan mainan DIY untuk anak-anak angkat ea. Macam comel pun ado, macam menyampah pun ado.  -__-"
*try guna bahasa nismilan*

Tengok sampai atas cage dia panjat si Sofia ni!

Yang sekor lagi suka menyorok. Ouh, kakak Mia dah bagi nama. Namanya KETANGGGGGG!
Pelik nama tu. Tapi comel jugak. haha.


Tapi, kalau la kedua-duanya keluar dari kotak ni, aku rasa aku orang pertama yang lompat atas sofa! ;P
Serupa aku nampak tikus, lipas, spider je aku tengok hamster ni -__-"

Terbaru, Arianna skrg dah berani pegang dan bawak keluar hamster ni. Dia ingat patung kot. Haha. Berderau darah aku tgk. Nasib tak menggigit -___-"

Sekian.



Wednesday, January 20, 2016

Happy 1st birthday Arianna bambam mummy daddy ♥





Selamat menyambut hari lahir bambam mummy, Damia Nur Arianna. Semoga Arianna menjadi anak yang solehah, sentiasa di samping yang tersayang dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Mummy, Daddy dan kakak Mia sayang Arianna emon bambam buyat macam donut ni sangat-sangat ;P

Kesian anak mummy. Birthday dia, mummy daddy kerja sebab dalam bulan Januari ni dah 2 hari mummy cuti untuk awak. Takut la nak mintak bos cuti lagi. Hahaha.

Mummy dan daddy sempat cabut masa lunch pergi beli barang. Mummy beli cupcake je untuk anak mummy kat +Wondermilk memandangkan, kita berempat je. Siapa je la nak makan kalau beli kek 2kg tu kan. ;P Tu pun, baru 2 cup je yang boleh dimakan. Tak sanggup nak sumbat banyak2 dalam perut. Muak!

Lain-lain persiapan mummy buat simple je, Semua buat petang tu jgk. Tulisan happy birthday tu beli je, RM4.00 je. Tulisan Anna tu je mummy sempat buat sendiri. Belon guna je yang sedia ada dari birthday kakak Mia tahun lepas.



"Eh, ape ni mummy? Asal kena diri sini? Tak berapa faham la."



"Tapi cupcake ni nampak mcm sedap!"


"Mummy kata tak boleh makan lagi la -__- Kenapa pulak?"


"Daddy, ada ape ni sebenarnya? Cuba terangkan."



"Oooo birthday Anna ke? Amik gambar dulu ea? .Tapi... Birthday tu ape mummy?"
;P



Kakak Mia tupang glamour ;P






Rumah pun dah jadi warno hitam merah sobab laki den suka bona warno hitam merah ni. Tapi den lagi suko yang dulu! Langsir bungo-bungo dan karpet hijau. T_T


________________________________________________________________________

Suka mummy bila tengok muka Arianna dan kakak Mia excited tengok lilin dan belon. Tak berhenti nak main belon. Kejar belon sana sini. Makan cupcake. Itu pun dah cukup menggembirakan hati korang. Lega mummy *terharu*T_T

Ape la budak kecik tau pasal birthday diorang ni sebenarnya kan. Kek tak payah mahal-mahal. Tak perlu bawak makan-makan luar. Sebab Arianna pun baru ada 2 btg gigi. Ape je yang dia boleh makan. Melainkan mak bapaknye yang gedik nak makan luar sebenarnya. Alasan birthday anak. Tapi anak cuma boleh makan mushroom soup je pun kat restoran tu. Kalau birthday Mia, boleh diterima lagi. Hahaha. *Ayat sedapkan hati sendiri ;P*

Sekian.