Monday, February 15, 2016

Ikea Detolf Glass Door Cabinet berubah menjadi Hamster Cage ;P



Bayangkan sepanjang cuti raya cina 4 hari tak berjalan ke mana-mana. Sangatt bosan bosan bosan. -__-". Bila bosan, ada je idea pelik-pelik datang dalam pemikiran manusia ni. 

Kitorang kan ada 3 ekor hamster jenis Agouti Roborovski yang kawan bagi sebab nak pindah tu kann. Comel sangat hamster tu. 

Hari tu dah laksanakan impian kakak Mia nak Rumah Barbie. Arianna pula dah dapat Hamster yang hari-hari dia picit sesuka hati dia. ;D

Sekarang ni, tiba masa mummy tunaikan impian Daddy nak rumah hamster pulak.

Kitorang menelaah Youtube satu hari, jumpa satu idea DIY yang sangat aku tertarik bila melihatnya. Barang tu memang dah sedia ada dalam rumah. Itu yang penting sebab jimat kos. Search lagi, tengok DIY hamster toys  pun menarik sebab lagi sekali, barang memang sedia ada dalam rumah. Memang excited makcik pakcik Faraedy 4 hari Cuti Raya Cina tidur kul 5-6 pagi. Bangun semula 9 pagi sebab nak masak untuk suami dan anak-anak pula. *Mata panda again and againnnnn*
 -__-"

Barang yang sedia ada tu adalah Ikea Detolf Glass Door Cabinet atau dikenali sebagai Rak Kaca Ikea Detolf. Haha. *dalam bulatan merah*


Tujuan rak ni mungkin untuk letak barang perhiasan. Tapi, pendapat aku, daripada terbiar jadi perhiasan yang hanya mengumpul habuk-habuk yg meyakitkan hidung dan mata,  lebih baik kita guna untuk benda yang lebih bermanfaat buat masa ini.. 




Ketang ketung ketang ketung!


Ketang ketung ketang ketung!





Ketang ketung ketang ketung!




*bunyi kena real seperti bertukang*



Siap!



Bukak je pintu kaca tu. Baringkan kat atas 2 buah Lack Side Table dan siap!

Mainan-mainan hamster semua dari air tangan sendiri. Idea dari Youtube juga. Takkan terhasil benda-benda macamni kalau Youtube takde. Kita pun bukanlah kreatif sangat semua idea sendiri. Bohong namanya. Lagipun, buat benda-benda kecik comel macam ni je boleh laaaa. Kalau besar sikit, aku terus give up ;P

Majoriti bahan-bahan yang digunakan adalah popsicle craft stick atau dalam Bahasa Melayu ialah batang aisekeremmm. Glue gun mesti ada. Yang selebihnya, guna kotak-kotak kasut, kotak handphone, kotak jam tangan dan toilet paper roll (tisu gulung tuuu)


Simple swing dan obstacle. Eh Poka ada bawah swing tuuu. Omeyy.


Double-Story House. Guna kotak terpakai, popsicle stick, sampul hadiah dan kertas yang sedia ada.



Yang tinggi tu tempat makan minum si tiga ekor ni. Ni sebenarnya rak tempat  letak cawan minum kat dapur. Beli kat Daiso. Disebabkan hamster, cawan-cawan aku kena letak kat dalam kabinet semula. Kesiann ;P Selebihnya macam biasa popsicle stick.
Aku tau sape letak patung kuning tu. kakak Miaaaa!

(ok baru dapat info. Patung kuning tu suami yang letak rupanya -__-)

Yang kotak bawah tu Sand Bath hamster. Dia bersihkan diri kat situ. Guna kotak jam tangan dan popsicle stick againnnn.


Platform yang ni semuanya guna popsicle stick. Dan swing tu tambah guna roll tisu yang dah habis. 


Yang pink ni guna kotak jam Ice Watch. balut cantik-cantik roll tisu dan letak sekali dengan kotak jam tu. Dah jadi tubes for hamster.
Yang duduk dalam tu namanya Poka dan Olia. Poka nama Daddy beri. Olia nama kakak Mia beri. Dua-dua ni geng sebab sama umur dan sama kecik. 


Yang ni namanya Ketanggggggggggg. Part Tangggggg tu kena panjang. Baru jadi nama dia. Kakak Mia bagi nama ;D


Macam biasa, tak sah kalau takde raksasa Arianna datang mengganas. HAHAHA! 



Total semua, popsicle stick 100pcs RM3.50 X 5 bungkus = RM17.50.
Ini SAHAJA modal yang dikeluarkan untuk melaksanakan projek ini. ;P 

Keseluruhannya, kitorang sangat puas hati dengan apa yang terhasil dari air tangan sendiri. Bagilah peluang kitorang perasan kreatif. Biarkanlah kami. hahaha. Terima kasih suami sebab sama membantu laksanakan projek ni walaupun handphone tak lekang dari tangan. Tetap menghargai ape yang Bb buat. ;P

Arianna dah dapat hamster, kakak Mia mula mintak kucing. Kucing, kalau aku sayang sekalipun, aku tetap TAK rela. Jangan salahkan aku kalau dapur tak berasap, rumah tak berkemas nanti *sebab takut*. ;D

Sekian.