Thursday, September 6, 2012

Roti Jala dan Kari Ayam



Disebabkan esok Bb nak mintak aku buat roti jala untuk bawak ke jamuan beliau esok, marilah sama-sama kita tengok bahan-bahan dan cara untuk membuatnya. mintak2 jadi la roti jala ku ini

Bahan-bahan (Anggaran 10-15 orang)

450g @ 4C + 1/4C tepung gandum
1st garam
1/2st serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air (sekiranya semasa menyediakan adunan ianya agak pekat, tambahkan sedikit air )
2sb mentega/majerin cair

minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara membuatnya :

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.

2. Gunakan pemutar belon/balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
3. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat (atau non stick pan) atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan (ku guna tisu je).
5. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
6. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
7. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Roti jala ni aku padankan dengan kari ayam campur kentang dan carrot. Tp resepi kari ikut kepala aku sendiri je. Hmmm. . .  harap2 jd la roti jala dan kari ayam aku. Maklumlah aku ni bukan expert bab masak2 ni. Kalau ibu aku yela expert :) Tp aku akan cuba yg terbaik! Marilah sama2 berkubang dengan kari ayam mlm nanti :) Kalau jadi roti jala dan kari ayam tu, aku pos dlm blog tp klu korang nmpk aku senyap je xde gambar paham2 jela ye :)

Sekian.