Imbas kembali.
7-8 tahun yang lalu.
7-8 tahun yang lalu.
Masa mula-mula masuk politeknik, kebanyakan pensyarah bagitau yang course kami 'hot' masa tu.
Apa yang 'hot' tu?
Kompius.
'Hot' sebab SPA yang datang interview.
Katanya, habis kerja nanti terus dapat kerja.
Tipu tu agak-agak la -__-"
Bukan ke kita yang kena datang untuk interview.
Ingat senang ke orang nak datang semata-mata nak interview kita.
Ingat senang ke orang nak datang semata-mata nak interview kita.
Haishhh.
Tapi.
Rupa-rupanya betul! ;D
Penemuduga datang Politeknik sehari selepas kami habis peperiksaan.
Masuk 3 orang sekali dalam satu bilik.
Harapan memang tipis rasanya sebab jawab soalan dengan gugup dan gagap berbanding dengan orang kiri kanan jawab dengan yakin dan lancar je.
Aku pulak "Uuuukkk Aakkk. Hmm. Aaaaaa. Errr"
Contohnya, "Nama saya err Nur Farahain...... bla bla bla"
Nak sebut nama sendiri pun boleh teragak-agak.
Semua sound effect terkeluar dari mulut. -__-
First time interview kan. Nebesss lebih..
Habis semester pada Julai 2009.
Selama beberapa bulan menuggu.
Hati merasakan yang rezeki untuk jadi kakitangan kerajaan macam takdeee je bila mengenangkan semula cara aku jawab soalan penemuduga tu hahaha.
Buat malu je!
Buat malu je!
Pusing-pusing cari kerja sana sini.
Putus asa.
Buat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana Insitusi awam.
Tapi.
Alhamdulillah.
Awal bulan November 2009 lebih kurang, terdengar adik-adik yang tengah main depan rumah panggil.
Abang posmen bagi sign borang dan dapat dokumen.
Apakah itu?
Laju degupan jantung masa tu.
Alhamdulillah.
Allah s.w.t. murahkan rezeki kepada hambaMu ini.
Tawaran berkhidmat sebagai Pembatu Tadbir (Kesetiausahaan).
Tapi tengok alamat, alaaaa jauhnyeeeee T__T
Berbelah bagi sama ada melanjutkan pelajaran atau tawaran kerja.
Pesanan ayah,
*keluarkan awan cepat-cepat*
"Along, baik ambil peluang depan mata tu. Sambung belajar sampai master pun, kalau tak mampu bawak, kalau takde rezeki, belum tentu dapat kerja yang elok. Peluang dan rezeki dah ada depan mata sekarang ni. Bukan senang nak dapat kerja kerajaan sekarang ni. Kalau ada rezeki sambung belajar, tak ke mana."
Ibu ayah pendorong yang kuat masa tu.
Terima kasih Ibu Ayah T__T
Tarikh lapor diri 1.12.2009
Tarikh tu, ibu ayah bersusah payah menghantar anak sulong mereka pergi lapor diri di Putrajaya.
Dapat penempatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam kementerian, mintak penempatan pertama di Johor, kedua di Putrajaya.
Memang dalam mimpi dapat kat Johor tuu -__-
Dalam kementerian, mintak penempatan pertama di Johor, kedua di Putrajaya.
Memang dalam mimpi dapat kat Johor tuu -__-
Sehinggalah kini.
Daripada nama jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), sekarang tukar Setiausaha Pejabat.
Rezeki batch kami pada masa tu. Syukur sangat.
Daripada duduk jaga bos ramai-ramai, sekarang jaga bos sorang je.
Tapi, kalau nasib nanti ditukarkan ke tempat lain, belum tentu jaga bos sorang ye wahai Aynn.
Jangan duduk selesa sangat!
Jangan duduk selesa sangat!
Tarikh tu, permulaan sebagai penjawat awam.
Sehinggalah hari ni..
Genap 6 tahun.
Alhamdulillah.
Tapi.....
Jauh lagi perjalanan.
34 tahun lagi weyhhhh!
-____-"
Akhir sekali,
Perangai yang aku kena ubah yang susah aku nak ubah,
Nota tu jangan campur dengan benda lain boleh?
Kat satu kertas tu, boleh ada note pasal kerja, boleh ada kira-kira perbelanjaan peribadi.
Bila orang call tanya semula, aku sendiri yang gelabah cari balik dalam kertas yang sama.
Pastu nak nangis sebab confuse yang mana satu betul ;P
Bila nak ambil kertas lain, nampak ada ruang lagi kat kertas yang lama, rasa sayang. -_-
Macam mana nak ubah?
Hahahaha.