Wednesday, December 25, 2013

Kisah demam Damia.


Hari sabtu lepas merupakan hari pertunangan adik ipar, Eyai dengan Jihan. Jihan adalah sgt cantik. Sejuk mata makcik tgk. Auwwww. Bertuah Eyai. Selamat bertunang kalian.

Tengah sibuk2 majlis, macam biasa budak kecik ni terlampau aktif sana sini die main. Kejar kucing, kejar kawan die. Pastu lari sana sini. Sekali bila malam, demam pulakkkk. Mcm biasa la tua. Dengan air sejuk, bukak baju. Suhu turun tapi kang setengah jam kemudian, suhu naik balik. Sampai la esok paginya. Cepat2 bawak pegi klinik. Sekali doktor kata suhu badan Damia 39.5 . Cepat2 doktor bg ubat masuk punggung. Pastu balik umah, ok la sikit dah nak main2 semula. Tapi badan lmah lg.  

Damia penggemar ayam goreng kfc. Kebetulan angah balik bwk kfc. Die nmpk kfc terus excited tapi malangnya, semua dimuntah semula. Malam lepas maghrib kitorg gerak balik putrajaya. Dalam kereta suhu badan ok lagi. Tapi malam masa nak tido badan Damia mula panas semula. Sampai la esok paginye. Tuan air sejuk pastu mandikan pun x jalan. Laju2 bwk pegi klinik kesihatan peesint 3 plk. Suhu dah cecah 40.5 . Sebum tu kena amik darah. Masa amik darah tu mmg kesian tgk Damia. Memula cucuk tangan sebelah kiri. Pastu tekan2 darah tetap x kuar. Cucuk sblah kanan pulak. Kakak Damia ni pun mula terjerit2 menangis. Gila sakit kot amik darah. Pastu bile keputusan darah tu dah ada, doktor kata alhamdulillah xde denggi. Tapi jangkitan kuman tinggi dan se darah putih lebih. Risau sgt sambil bisik kat Damia, "Damia sama dengan mummy la." Kah3. 

Muka budak demamm. Masa demam muka Damia mesti nmpk baik jeee. Mcm ni la. Time ni kena cium berkali2 pun die x heran. Makcikkk suka sangat!


Bawah ni plk gambar Damia lepas balik dr Klinik Kesihatan. Alhamdulillah aktif semula. Dan sangat2 aktif ok. Kali ni dah payah nak cium di. Asik kena tolak muka je. Haihhhh. Sabar jelaaaa.

Cuba cari mana coolfever Damia?



Macam biasa, coolfever tu beralih dahi. Lagi la kena banyak bersabar.


Pastu malam tu die menangis dari kul 12.30 malam sampai 3 pagi. Xtau sebab apa. Aku syak lain tpi x berani nak kata. Hahahaha sbb masa die menangis tu die buka mata pandang keliling bilik tidur. Pastu kejap2 tunjuk sana sini. Pastu tutup muka dengan tangan. Kitorg memula bukak surah al-baqarah then tukar surah ruqyah. Tetap jugak menangis. Mmg lagi kuat menangis. Aku bacaayat kursi x jalan. Pastu siap google cara2 nak tangani anak menangis tengah malam. Aku tak sanggup nak baca punca2 nya sbb korang paham2 sudah la. Kang bertambah seram sejuk aku dibuatnya. Pastu aku baca surah alfatihah, surah 3 kul dan ayat kursi 5-6kali, sapu air surah ruqyah yang ayah ada bagi sebelum ni baru la reda Damia menangis. Tu pun Damia dah berhenti menangis baru ingat ada air surah ruqyah tu. Mmg dah berhenti menangis tapi mata tetap mncari sumthing. Pastu aku masukkan dalam buaian, mata tetap mencari tgk atas bawah kiri kanan. Pastu buat isyarat goyang2 tgn maksudnya dah xde. Barulah die nak tidur dengan nyenyak. Masalahnya, mak die plk yang x tido2 smpai la kul 5 pg baru nak terlelap. Cuak punye pasal. Keh3.

Mmg selalu pun mcm ni. Kadang2 kalau die main sorang2, tetiba nanti lari menangis mintak dukungpastu tunjuk tempat die main. Makcik ape lg buat bodoh jelaaaa. Buat bodoh tu sebab pengecut sebenarnya. Kih3. Pastu masa kitorg balik klinik hari isnin hari tu, masa nak masuk rumah, edy mcm undue balik tgk bawah pintu. Tanya kenapa? Die kata ada org lalu pegi bilik belakang. Aku jwb la nana atau angah dah balik kot. Barulah edy buka pintu nak masuk umah. Tapi bile masuk umah, hehehehe rumah xde org punnnnnn. Errr... Kitorg berpandangan dan buat x tau jela.

Rasanya ini bukan kali pertama, sebenarnya dah banyak kali mcm ni. Cuma kali ni mcm dah teruk sgt mnangis smpai terjerit2. Mungkin jugak kali ni campur die meracau2 sbb demam ke kan. Kesian Damia. Hari ni ingat nak bawak Damia pegi pusat rawatan islam. Mudah2an xde pape la.