Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tiba-tiba hari ni rasa macam nak menaip panjang-panjang sementara adik Anna tido.
Alhamdulillah setakat ni mummy tengok Kakak Mia jenis yang mengalah dgan adik dia walaupun kadang-kadang berangin sikit tiba-tiba kedekut pulak. Mula-mula risau la bila tengok Kakak Mia still tido buaian. tak tau macam mana nak ajar dia tidur bawah. tapi, bila dapat adik ni, Kakak Mia secara automatik tidur sendiri kat katil. Kalau dikira, dah masuk sebulan lebih Kakak Mia tak masuk buaian. Dan secara automatik, buaian tu jadi hak milik adiknya pulak. Kekeke.
Kalau tengah duduk sorang-sorang ni mesti terbayang detik-detik nak bersalin.
Geram dengan nurse Hosp Putrajaya pun tak hilang lagi. Baru nak daftar diri dah kata dengan muka bongkak macam ni, "kat sini penuh ye. Kita akan transfer awak ke HKL atau Kajang kalau jalan tak buka 4cm. Pergi bincang dengan suami". Bila aku tnya kat Presint 8 tak boleh ke? Nurse tu kata kat situ pun penuh. -_- Hamboiii kemain lagi dia ea. Bila dah cek, scan dengan doktor, sekali doktor pun cakap benda yang sama. Suruh pilih hospital mana. Aku dengan muka kesian terus tanya, "doktor kalau saya mintak Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 tu tak boleh ke?". Tunggu punya tunggu, sekali doktor bagi keputusan, "ok awak admit kat presint 8 tu. Dah ada bukaan 4cm nanti ambulan hantar sini semula untuk bersalin."
Kalau boleh lompat bintang, dah lama aku buat kat situ. Semua yang kat situ kena transfer ke HKL atau Kajang sebab tak dapat kat presint 8. Aku pun x tau kenapaAku dengan bangga naik ambulan ke Presint 8. Muahahaha *gelak jahat. Lagipun masa bersalin Kakak Mia dulu pun lepas bersalin kat Hosp Putrajaya terus admit kat Presint 8 tu.
Bestnya kat pusat bersalin ni, pelawat boleh datang bila2 je. Kalau bukan waktu melawat, kita boleh duduk bersama pelawat kita tu kat taman. Tapi kalau malam tu aku tak tau la. Tapi masa aku smpai malam lepas bersalin, family mertua datang. Boleh je nak melawat. Mungkin ikut budi bicara nurse dan pengawal kat situ kot.
Lepas dapat tau boleh lepak kat taman, aku dengan pantas call suami mintak datang awal sebab nak mintak teman jalan-jalan kat taman sebab nak cepat bagi bukaan. Best gilossss kalau kena admit kat situ. Siap ada taman boleh jalan-jalan. Sementara tunggu suami datang, aku sentiasa berjalan keliling katil. Bila suami sampai, semangat pulak berjalan tengah panas kat taman sebanyak berpuluh2 pusingan. Kuat semangat betul suami aku sentiasa teman isteri dia yang comel ni berjalan. Kekeke.
Ni masa baru check in. Kekeke. Time ni kepala asyik pikir Kakak Mia kat umah pengasuh je. Kesian dia.
Full set pink! Mia kalau tengok gambar ni mesti dia kata "cian. mummy akit" (mummy sakit)
Duduk dalam wad takde sape yang suka. Serius macam2 perasaan ada. Disebabkan dah setengah hari contraction macam nak tak nak je rasa, call ibu sambil menangis meluahkan perasaan. Muahaha. Bila dah makin tak sabar, aku paksa nurse suruh doktor cek bukaan bawah tu. Bila cek bukaan jalan, rupa-rupanya dah 6 cm. doktor pun terkejut. Masa tu, tuhan je yang tahu betapa seronoknya bila dia kata dah boleh bersalin. Tapi pada masa yang sama berdebar jangan dikata.
Bila sampai Hosp Putrajaya, doktor pecahkan air ketuban barulah rasa betul-betul sakit. Tapi dalam 1jam lebih jugak barulah bersalin. Sempat gelak2 masa contraction dengan nurse. Tapi, masa masukkan drip, melalak menangis. Dari dulu lg aku paling benci dengan drip tu. Haishhhh.
Kali ni suami dapat tengok kepala baby nak keluar. Haaaaa, ngeri tak? Kekeke. Sekali keluar, suami yang terlebih excited, "Sayang, perempuan!" Alhamdulillah. Kami tak kisah pun sebenarnya jantina ape yang penting sihat. Tapi perasaan kuat nak gegirl la sebab memang niat sebenar nak bagi Kakak Mia kawan main makeup2, main mak2 dan masak2. Alhamdulillah sekali lagi.
Lepas bersalin, admit semula kat presint 8. Lagi satu, yang best kat situ aku dpt bilik air ada dalam bilik (sebenarnya kena share), seronok aku mandi berkali-kali. Asal badan panas je, pegi mandi. Kantoi. Haha. Lagipun suasana pun macam kat rumah. Dah memang kat situ kuarters sebenarnya. Sebab tu satu bilik duduk sorang. Bila dah bosan dgn insta dan fb, pegi la tengok tv, tak pun duduk la dengan nurse tu sambil tumpang bergosip. Confirm hilang bosan. Kekeke.
Maka, bertambah la ahli keluarga kami.
Mummy
Daddy
Damia Nur Farysha
Damia Nur Arianna.
Orang tanya kenapa Damia jugak? Sebab. Suami suka nama Damia yang bermaksud kebijakan. Lagipun tak salah kan letak nama depan sama. Yang kakak dah panggil Damia. yang adik panggil la Arianna pulak. Nak lagi ringkas, panggil Anna je.
Adik Anna masa baru lahir. Berat 3.08kg. Lahir tepat jam 7.00 malam pada 19 Januari 2015.
Adik Anna umur sebulan. Waktu pagi memang waktu Adik Anna jadi peramah. Nak borak je kerjanya. Setiap kali nak borak, hidung kembang kuncup dulu. haha
Adik Anna dah nak masuk 2 bulan next week. Makin lebar senyum. Lasak budak kecik ni. Letak dia kat bantal tak sampai 5 minit bantal ke mana, dia ke mana.
Yang penting, setiap kali Kakak Mia perasan siapa2 nak amik gambar Adik Anna, mesti kakak Mia tanya, "Mia?" . Bermaksud dia pun nak menyelit sekali. Kesian dia.
Masa ni Adik Anna paksa mummy celpieeee sesama dengan dia. Siap ugut taknak tidur dengan mummy. Kekeke.
Semoga anak-anak mummy daddy jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.