Friday, April 29, 2016

Cameron Highland - Kursus dan jalan-jalan ;P




Dah 2 tahun lebih rasanya tak jejak kaki kat Cameron Highland. Last ke sana masa kakak Mia umur setahun lebih dan masa tu tahun  Arianna dalam perut.

Dah lama jugak aku tak pergi Kursus yang memerlukan aku tidur di tempat kursus. Hahaha, Selalu hadir kursus yang ulang alik dari rumah je. Kembang telinga aku bila dapat tahu kursus tu di Cameron Highland dan lebih-lebih lagi di Heritage Hotel ;P

Masa dapat kursus ni, terus terasa nak bawak anak-anak dan suami memandangkan si Arianna memanjang tak sihat. Kejap demam dan memanjang la demamnya, pastu kena jangkitan HFMD dan sakit mata. Demam yang merengek nak melekat dengan mummy yang comel. auww! ;P Lagipun, memang saja nak pergi Cameron Highland sebab rindu strawberry coklat yang freshhhhhhhhh .

Nasib baik si suami pun dapat apply cuti 3 hari tu. bayar sikit untuk tanggung bilik dan makanan kami anak beranak dari pagi sampai malam. Tak payah susah-susah nak cari tempat makan luar hotel. Selebihnya, ditanggung beers oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia ;P


Hari pertama

Gerak kul 11.00 pagi. banyak sangat persinggahan kitorang sebelum sampai Tapah. Sampai dan check in lebih kurang kul 4.00 petang.


 Pemandangan dari bilik kitorang.


Baru lepas check-in kul 4.00 petang. Terus setting buka surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah berulang-ulang sepanjang malam. Memang inilah yang aku amalkan kalau tidur hotel atau tempat baru sepanjang ada anak kecil. Alhamdulillah setakat ni tiada gangguan yang membuatkan kitorang terpaksa cabut keluar hotel secara tiba-tiba ;P


Lepas dinner, lepak-lepak kat lobi sementara mummy masuk kelas. Kelas sangat hahaha


Bilik kursus yang sejuk dengan aircond semula jadi ;P

Balik bilik kena berteman sebab sepanjang laluan nak ke bilik tu sunyi bak hang! Terus keluar dalam kepala otak scene seram dalam movie Munafik tu. Scene Nabila Huda cakap Bahasa Arab. Itu yang paling terkesan dalam otak aku rasa. Siottt la!


Hari kedua

Tiba masa si daddy handle kedua-dua anaknya. Yang kecik time ni memang banyak ragam sebab badan dia tak berapa sihat. Kejap-kejap demam. Dan aku pun keja-kejap lari bilik tengok anak haha. 

Aktiviti diorang dalam bilik. Kejap baring, kejap makan, Lepas lunch diorang lepak kat playground room kat lobi sambil layan cite rapunzel.pastu balik bilik tidur.



Buli daddy yang nyenyak tidur hahaha


Petang tu kul 5 petang kitorang kuar jap jalan-jalan sekitar Tanah Rata sampai ke Brinchang. Banyak kedai tutup. Sedih sangat . Lagi sedih bila balik dari jalan-jalan tu si Arianna mengigil kesejukan dan demam semula. Silap mummy sebab bawak diorang jalan-jalan petang tu -__-"


Hari ketiga

Hari ketiga kursus habis awal 1 jam daripada yang dijadualkan. 


5 bintang untuk kursus ni walaupun hari ketiga tu banyak cilok sebab anak meragam dalam bilik hahaha.

Kitorang check out lepas lunch kul 1.30 petang lebih kurang. Yang naik bas dah lama gerak dah. Baru la kitorang mulakan sesi berjalan dan shopping lagi sekali. Arianna ok pulak masa ni.

First, pegi makan aiskrim strawberry. lepak-lepak jap.










Kemudian, pergi petik strawberry. Acara wajib bagi pengunjung yang jarang-jarang dapat ke Cameron Highland ;D






Last tempat pegi minum teh kat Cameron Valley. Mia tengok ladang teh tu dan berkata, "wahhh cantiknyeee!"




Sampai Putrajaya kul 7.30 malam dan terus bawak Arianna ke Klinik Pakar An-Nur Bangi sebab memanjang demam tak baik-baik.



Manja pulak adik dia nak duduk dengan kakak dia. Gomol kuat-kuat dua-dua ni memang best sangat. hahaha.


Sampai rumah terus pengsan kepenatan -__-

Sekian..