Saja la kali ni nak cerita pasal rumah. Nak ambil mood mengemas mungkin sebab dua minggu aku hantar Arianna ke kampung, bermakna dah tiga minggu jugak aku tak vakum dan mop lantai. Rekod paling lama setakat ni ;P
Nak tau tak? Aku suka sangat tengok dekorasi rumah yang dalam majalah. Tapi aku suka yang simple dan moden. Kalau yang klasik-klasik, kayu jati tu, ibu aku suka la..
Teringat lagi masa muda-muda berangan sangat nak rumah cat warna pink, perabot warna putih semua. Memang tak matang sangat hahaha.
Pastu bila dapat rumah ni, aku tengok rumah sangat luas terutama sekali ruang tamu. Sampaikan aku terfikir, macam mana la aku nak isi perabot dalam rumah ni. Apa hiasan yang cantik untuk rumah ni. Itu la yang first yang bermain dalam kepala.
Tapi otak memang dah set rumah MESTI ada sikit cat warna pink.
Tercapai!
Walaupun duduk kuarters kerajaan, mesti nak bagi kemas dan hias juga la sikit sbb kita nak menjamu mata kita SENDIRI dan suami. Satu lagi, aku tak sanggup duduk dalam keadaan rumah macam selekeh dan serabai sana sini. (Tapi selalunya serabai je sebab takde mood nak kemas) hahahaha.
Rumah kami menggunakan konsep "Bajet mesti murah yang penting nampak cantik". Eh? ;P. Sila sedar kemampuan diri. Asal selesa sudah la. Sebab tu, aku suka beli barang kat IKEA sbb boleh survey harga dengan online. Kalau survey mesti kena sort ikut 'lower price'. Cari yang murah dan bila berkenan, buat sasaran. Gituuu. Yang penting bila letak dalam rumah, kena la pandai susun.
Kalau perabot dan sofa mahal pun, tapi jadi tempat sidai baju dan seluar sana sini tak guna jugak. kannnnn. Kekekeke.
Kalau perabot dan sofa mahal pun, tapi jadi tempat sidai baju dan seluar sana sini tak guna jugak. kannnnn. Kekekeke.
Bab cat tu, takpe la. Nanti kalau nk kuar, cat la putih semula. Itu pun kalau larat. Eh tak boleh. nanti kena burn pulak deposit rumah ni. Haha.
InshaAllah kalau betul ada rezeki, takkan kemana. Dan semoga dipermudahkan la rezeki nak beli rumah ni. Amin. Kalau tak, tunggu jela pencen. Kang lepas pencen buat rumah belakang rumah ayah je. Abis citer. Boleh kan, ayah? Ayah baik, hensem angattt.
Hahaha ;D
Sebelum tu ingat nak buat tema merah hitam putih la. Tapi bila lama-lama dah jadi bosan. Serius aku memang tak boleh tetap dengan satu kedudukan perabot. Selang beberapa bulan mesti nak ubah sana sini. Sama ada ini hobi atau mengada-ngada aku pun tak tau.
Pernah masa tu aku baru 2-3 bulan pregnant. Sebab terlalu bosan sangat tengok dalam rumah, aku alihkan sofa ke ruang makan sekarang. Aku buat masa suami kerja hari Sabtu masa tu. Memang kena bebel la bila suami balik tengok rumah dah berubah ;P Nasib baik keluar kakak Mia sihat sampai sekarang. Hahaha. Orang tua kata tak boleh manja sangat. Lembik sangat. Nanti anak kuar pun ikut lembik. Sipa yang ajar ntah... Kekeke.
Tahun 2011
Ni masa mula-mula dapat kuarters. Belum kahwin lagi time ni. Sikit-sikit beli barang. Kosong je rasa. TV pun takde time ni :)
Pernah masa tu aku baru 2-3 bulan pregnant. Sebab terlalu bosan sangat tengok dalam rumah, aku alihkan sofa ke ruang makan sekarang. Aku buat masa suami kerja hari Sabtu masa tu. Memang kena bebel la bila suami balik tengok rumah dah berubah ;P Nasib baik keluar kakak Mia sihat sampai sekarang. Hahaha. Orang tua kata tak boleh manja sangat. Lembik sangat. Nanti anak kuar pun ikut lembik. Sipa yang ajar ntah... Kekeke.
Tahun 2011
Ni masa mula-mula dapat kuarters. Belum kahwin lagi time ni. Sikit-sikit beli barang. Kosong je rasa. TV pun takde time ni :)
Tahun 2013 - present
Ambil la color of rangoli. Warna apa nak? Biru? Merah? Hijau? Pink? Oren? Purple? Lagipun, senang macam ni sebab tak payah susah-susah kalau nak beli barang fikir matching ke tidak dengan warna sofa, karpet dan sebagainya.. Beli je. Sampai rumah, aku letak je terus, "EH! matching la!" Hehehe. Tapi rasa macam tipu je kan. Kekeke.
Yang penting sofa tu dah hilang kaki. Pun boleh je guna lagi sofa tu. Cuma risiko kalau beli sofa fabrik ni, bercapuk la sebab macam-macam makanan dan minuman yang pernah tumpah atas sofa tu. Butakan mata sekejap. Yang penting ambil gambar, pleaseee EDIT! nampak la macam baru. Kekekeke.
Rak tv tu pun aku amik harga yang paling rendah je. Pun salah ambil sebenarnya sebab ikutkan nak warna putih. Tapi ntah macam mana bila orang Ikea sampai dia pasang warna hitam. Lantak la kat situ, Ok je aku tengok. Rak yang lama tu dah senget sangat. Takut jatuh je sebab menampung TV yang berat tu.
Yang kerusi bulat turqoise tu aku dah takde idea sgt nak letak mana. Kat meja putih tu pun boleh laaaa.
Rak buku tu dah sepah sangat dah. Tak tau nak kemas macam mana. Nak sorok, dah takde ruang dalam stor. T_T
Itu saja yang nak dicerita untuk hari ni. Mudah-mudahan datang la mood nak mengemas sebelum Arianna balik semula rumah mummy daddy. Lagi 3 minggu tinggal. Yeaaayy ! ;D
Sekian.