Showing posts with label Mood 'Rajin Kemas Rumah'. Show all posts
Showing posts with label Mood 'Rajin Kemas Rumah'. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Mood 'Rajin Kemas Rumah' = Mood Raya


Takde perabot baru, langsir baru, bunga baru, sofa baru.
Mana yang agak2 kotor, cuci. Yang buruk spray jadi nampak baru. 
Lagipun sape je yang nak datang beraya. Nama pun rumah kuarters jeeeeeee kahkahkah. Takde orang yang sudi punnn.

Semua perabot ada je ceritanya Takde ape yang nak dibanggakan hahahaha.

Sofa dah patah kaki dan dah dicabut pun, karpet hijoo tu pun 3 tahun lepas siap ada bekas tumpah air dan muntah kak Mia dan Anna (tapi dah cuci naa ;P). Langsir munge2 pun 4 tahun lepas punya, langsir merah tu dah 5 tahun lebih, guna je selagi tak koyak, meja makan pun dah masuk 5 tahun lebih. Kerusi meja makan pun dah terhinjut2 tp suami dh tlg repair. Majoriti barang rumah dah berusia lebih 3 tahun. Takde ape pun nak dibanggakan hahaha ;D

Yang penting bersyukur ape yang ada. Selagi boleh guna, gunalah sampai habis.

Waktu terbaik untuk kemas rumah adalah waktu malam-malam dan pagi-pagi masa anak-anak tidur. 

Tunggu dan lihat sejam kemudian selepas anak bangun tidur. Apa yang bakal terjadi dalam rumah ni?

Kekekekekeke ;D

Sekian ;P




Sofa pun sental cuci sampai lenguh tangan.

bab wiring lelaki la kena buat.


Tak gantung lg frame ni sbb malas ;P




Thursday, October 8, 2015

"Mood Rajin Kemas Rumah' ke bilik anak pulak ;D



Siapa yang punya hobi suka mengemas ? Kita geng!

Kalau orang selalunya suka buat 'google search' pasal percutian, fesyen dan anak-anak, aku pun sama jugak. Tapi kat 'google history' tu kebanyakannya lebih kepada pasal susun atur rumah. Ouh habit! Lebih-lebih lagi, pasal bilik anak-anak. Lebih-lebih lagi yang melibatkan Do It Yourself (DIY). Lebih-lebih lagi yang suka bagi tip barang dalam rumah. Lebih-lebih lagi.... Macam nak kena lempang je rasanya. kekekeke ;D

Ruang yang paling aku gemar untuk kemas adalah ruang permainan anak-anak. Tak tau la kenapa.
Habit habit habit, hobby hobby hobby. Itu jela jawapannya -__-






Tahun 2012



Permulaan, guna je apa yang ada dalam rumah tu. Tengok mana yang boleh guna. Bila kumpul, jadi banyak. Mungkin ada orang macam terus beli baru semata-mata, tapi itu jenis yang berkemampuan. Aku, biasa-biasa saja. Hujung bulan, puasa, malam makan maggi. ;P

Ada pulak kelengkapan dan permainan yang mak abah, ibu ayah sumbangkan untuk cucu dia yang sorang je yang ada waktu tu. Campur dengan hadiah birthday Mia lagi . Bila kumpul, jadi banyak.



Dengan berbekalkan sebahagian dari patung-patung ini dan semangat yang berkobar-kobar *kepala kena dongak ke atas sikit, kembangkan hidung, tarik nafas dalam-dalam dan buat muka semangat!*, marilah kita mengemas dan buat satu ruang permainan untuk anak.


Carpet pun amik yang kat ruang tv punya. Cat dinding pun sorang-sorang. Suami tolong repair sikit mana yang nampak comot. Perempuan yang mengecat, macam tu la jadinya. Bajet berdikari sangat, last-last lelaki jugak yang tolong. ;P


Simple je ruang permainan kakak Mia masa mula-mula dibina. Kekeke. Bina la sangat ;P






È






3-4 bulan kemudian.





















Tiba-tiba ada gambar kahwin kat situ. Macam pelik. ;P 
Masa ni segala khazanah budak kecik ni termasuk baby cot, aku longgok je kat ruang tamu. 
Masa ni Mia umur 7-8  bulan kalau tak silap. 

Rindu kakak Mia masa baby T__T







È







Tahun 2013



Beli Children's Tent  -__-'  Ingatkan nak bagi kakak Mia berangan ada rumah sendiri untuk main mak-mak/masak-masak. Sebenarnya, mummy dia yang over. Masa kecik mummy tak dapat beli. Bila dah besar sibuk nak beli bagi  alasan untuk anak main. Pada hal, Kakak Mia tak kisah pun ada benda tu. Satu penyesalan
-__-






È




4-5 bulan kemudian.



 Pastu bila barang makin banyak, mata makin sakit. Lebih-lebih lagi ruang permainan kakak Mia ni dekat ruang tamu. BESAR, kecik, BESAR, kecik, je aku tengok budak kecik ni bila dia main campak barang.





È






Tahun 2014





Ini pula masa birthday party kakak Mia 2 tahun. Semua mainan yang tak berkenaan kena campak dalam bilik tengah. Baru sedap mata memandang. ;P

Lama jugak bertahan macam ni. Ada la dalam 5-6 bulan. Tapi makin lama, permainan makin bertambah semula kat sini sebab kakak Mia angkut balik permainan dia tu keluar sedikit demi sedikit dan lama-lama jadi bukit -_-





È





6 bulan kemudian.



Masa tengah mengandungkan Arianna dalam 5-6 bulan rasanya. Dalam bulan Oktober 2014, aku gigih merajinkan diri dengan bantuan suami dan anak dara kecik ni untuk angkut segala khazanah kakak Mia ni masuk bilik ketiga. Masa tu Angah (adik ipar) duduk sekali rumah kitorang. Dengan rasminya, Angah kena la berkongsi bilik bersama penghuni comel ni kekekeke.

Cat dinding pulak? Malas nak fikir buat masa ni. Biarlah putih suci bersih.

Masa ni juga, kira larat tak larat je nak duduk lantai. Sakit punggung, sakit pinggang bila duduk lantai. Katil yang sedia ada kat bilik tu memang sangat membantu.  Bila kakak Mia main, aku boleh baring-baring sambil perhatikan dia main. Kenapa la aku tak pikir benda ni dari awal lagi. Hadoyaii.






È







Tahun 2015


Masa bulan puasa, tukar lagi susun atur perabot dan permainan. Tapi macam sempit sikit sebab katil tu macam besar sangat je rasa walaupun hanya queen bed. ;P
Pening kakak Mia kejap memanjang berubah je permainan dia ni. Sorry kakak  ;P








È





Akhir sekali .


Minggu lepas, aku perasan dasar katil tu dah patah. Ni mesti kakak Mia dengan Daddy main lompat-lompat atas katil. Kami sepakat nak buang katil tu dan ambil tilam je. Boleh buat baring-baring, lepak-lepak sambil tengok anak main. Lagipun, kalau ada tetamu datang, tilam dah ada untuk diorang tidur. Sayang tilam ni nak buang-buang. Bukannya boleh bayar dengan bulu ketiak ;P

Kebetulan, Angah dah kahwin, dah tak duduk dengan kiotrang. So, projek mengemas pun bermula semula ;P
Projek kali ni, kakak Mia sama-sama tolong Mummy.
Hebat la anak dara mummy. Dia yang asingkan mana alat permainan dia dengan adik dia. Mana yang alat permainan masak-masak, mainan Barbie dan mainan baby, dia kata dia punya. Kalau alat permainan yang berasaskan bunyi, patung kecik-kecik dan alat permainan lain yang dah buruk, dia bagi adik dia. Siap kata, "Ni (tunjuk mainan tu) burok! Baby Anna punya tau! kakak Mia punye baru!" Ape la kejam sangat kakak dia ni. Hadoiii.

Pastu dia kata semua patung ni dia punya. Kalau Arianna main, dia kata Arianna pinjam je. Amboii. Macam salah tuan je ni . Ni ada jugak patung makcik-makciknya yang tiba-tiba ter'tukar' tuan ;D



Lepas buang katil tu, rasa luas sangat bilik ni. Seronok aku tengok.

Aku perasan, kali ni kan kakak Mia tolong kemas, dia tau dia kena kemas balik bila dah main. Sebab dia tau betapa penatnya mengemas ni. Good!

Patung-patung pun aku basuh semua sebab takut berhabuk.Ada dalam 6 trip aku basuh semua patung-ptung tu kecuali yang tiga patung yang besar tu.

Mainan kecik-kecik yang boleh muat masuk mulut Arianna, aku dah kumpul siap-siap simpan atas almari. Nanti bila dah pandai main, aku keluarkan balik. Bila anak ketiga ada, simpan balik. Itu jela kerjanya ;P



Ini la ruang permainan kakak Mia untuk main masak-masak, basuh dan iron baju. Ni la yang dia kemas. Boleh laa pandai jugak dia sorting barang dia. Selebihnya, mummy betulkan sikit.

Dalam khemah tu tempat Barbie dan 'baby-baby' kakak Mia tidur. Siap berkatil dan berselimut ;P



Ini ruang permainan untuk adik Arianna. Semua recycle je dari kakak Mia.
Nasib baik dapat anak perempuan lagi. kekeke ;D



Ni pulak tempat kakak Mia feeling barbie. Kakak dia tu kan suka berangan jadi barbie.  Anak dara la sangat. Dia mintak letak makeup kat situ. Dengan sekeras-kerasnya aku kata TIDAK! Over sangat.



Ini pulak ruang budak kecik tu boleh melukis dan menconteng. ABC tu aku tampal. Tapi yang sticker Hello Kitty tu yang senget-benget tu, kakak Mia punya kerja. Suka hati dia je nak tampal mana.

Lagi beberapa bulan, kakak Mia ada la kawan nak duduk situ. Comelnye, tak sabar nak tengok diorang sama-sama berbual. nak tau jugak keluar bahasa Siam ke tak  ;P

Bila Arianna dah balik rumah mummy daddy semula, kitorang kena letak tilam / comforter sebab Arianna suka meniarap dan mengensot ke sana sini. Takut dada sejuk. Dah macam orang-orang tua sangat ;P


Yang penting, impian jadi kenyataan. kekeke.

Tujuan  ruang permainan ni supaya anak-anak bermain di tempat yang sepatutnya. Taknak la time  nak masak, dia sibuk main masak-masak kat dapur jugak. Satu lagi, biarlah setempat alat permainan diorang. Alasan sangat ;P

Pada permulaanya, agak susah sikit nak capai tujuan asal tu. Dia main suka hati kat mana je dia rasa selesa nak main. Pada dia semua tempat dia boleh main. Budak nak explore, biarkan je. Tapi ajar sikir-sikit. Lama kelamaan, sekarang ni la, kakak Mia dah pandai main dalam bilik. Kalau ada yang sepah pun kat ruang tamu, dia akan simpan dan kemas balik dalam bilik dia. Ini baru anak mummy. Sebelum tu, anak daddy. Eh? Owyyyy daddy :P

Nanti bila anak-anak dah mula sekolah, bilik ni kena transform jadi bilik tidur diorang pulak. Mana boleh tidur bawah ketiak mummy daddy sampai besar. ;)


Itu saja untuk hari ni.


Sekian :)



Friday, September 11, 2015

Mood 'Rajin Kemas Rumah' come to mummy -__-





Saja la kali ni nak cerita pasal rumah. Nak ambil mood mengemas mungkin sebab dua minggu aku hantar Arianna ke kampung, bermakna dah tiga minggu jugak aku tak vakum dan mop lantai. Rekod paling lama setakat ni ;P


Nak tau tak? Aku suka sangat tengok dekorasi rumah yang dalam majalah. Tapi aku suka yang simple dan moden. Kalau yang klasik-klasik, kayu jati tu, ibu aku suka la..

Teringat lagi masa muda-muda berangan sangat nak rumah cat warna pink, perabot warna putih semua. Memang tak matang sangat hahaha.

Pastu bila dapat rumah ni,  aku tengok rumah sangat luas terutama sekali ruang tamu. Sampaikan aku terfikir, macam mana la aku nak isi perabot dalam rumah ni. Apa hiasan yang cantik untuk rumah ni. Itu la yang first yang bermain dalam kepala. 

Tapi otak memang dah set rumah MESTI ada sikit cat warna pink.

Tercapai! 



Walaupun duduk kuarters kerajaan, mesti nak bagi kemas dan hias juga la sikit sbb kita nak menjamu mata kita SENDIRI dan suami. Satu lagi, aku tak sanggup duduk dalam keadaan rumah macam selekeh dan serabai sana sini. (Tapi selalunya serabai je sebab takde mood nak kemas) hahahaha. 

Rumah kami menggunakan konsep "Bajet mesti murah yang penting nampak cantik". Eh? ;P. Sila sedar kemampuan diri. Asal selesa sudah la. Sebab tu, aku suka beli barang kat IKEA sbb  boleh survey harga dengan online. Kalau survey mesti kena sort ikut 'lower price'. Cari yang murah dan bila berkenan, buat sasaran. Gituuu. Yang penting bila letak dalam rumah, kena la pandai susun. 
Kalau perabot dan sofa mahal pun, tapi jadi tempat sidai baju dan seluar sana sini tak guna jugak. kannnnn. Kekekeke.

Bab cat tu, takpe la. Nanti kalau nk kuar, cat la putih semula. Itu pun kalau larat. Eh tak boleh. nanti kena burn pulak deposit rumah ni. Haha.

InshaAllah kalau betul ada rezeki, takkan kemana. Dan semoga dipermudahkan la rezeki nak beli rumah ni.  Amin. Kalau tak, tunggu jela pencen. Kang lepas pencen buat rumah belakang rumah ayah je. Abis citer. Boleh kan, ayah? Ayah baik, hensem angattt. 

Hahaha ;D

Sebelum tu ingat nak buat tema merah hitam putih la. Tapi bila lama-lama dah jadi bosan. Serius aku memang tak boleh tetap dengan satu kedudukan perabot. Selang beberapa bulan mesti nak ubah sana sini. Sama ada ini hobi atau mengada-ngada aku pun tak tau.

Pernah masa tu aku baru 2-3 bulan pregnant. Sebab terlalu bosan sangat tengok dalam rumah, aku alihkan sofa ke ruang makan sekarang. Aku buat masa suami kerja hari Sabtu masa tu. Memang kena bebel la bila suami balik tengok rumah dah berubah ;P Nasib baik keluar kakak Mia sihat sampai sekarang. Hahaha. Orang tua kata tak boleh manja sangat. Lembik sangat. Nanti anak kuar pun ikut lembik. Sipa yang ajar ntah... Kekeke.




Tahun 2011

Ni masa mula-mula dapat kuarters. Belum kahwin lagi time ni. Sikit-sikit beli barang. Kosong je rasa. TV pun takde time ni :)






Tahun 2012

Ni lepas ada anak. Guna evamatic mat je sebab takut habuk. Katanya pun ada baby. 





Tahun 2013 - present


Ambil la color of rangoli. Warna apa nak? Biru? Merah? Hijau? Pink? Oren? Purple? Lagipun, senang macam ni sebab tak payah susah-susah kalau nak beli barang fikir matching ke tidak dengan warna sofa, karpet dan sebagainya.. Beli je. Sampai rumah, aku letak je terus, "EH! matching la!" Hehehe. Tapi rasa macam tipu je kan. Kekeke.

Yang penting sofa tu dah hilang kaki. Pun boleh je guna lagi sofa tu. Cuma risiko kalau beli sofa fabrik ni, bercapuk la sebab macam-macam makanan dan minuman yang pernah tumpah atas sofa tu. Butakan mata sekejap. Yang penting ambil gambar, pleaseee EDIT! nampak la macam baru. Kekekeke.





Rak tv tu pun aku amik harga yang paling rendah je. Pun salah ambil sebenarnya sebab ikutkan nak warna putih. Tapi ntah macam mana bila orang Ikea sampai dia pasang warna hitam. Lantak la kat situ, Ok je aku tengok. Rak yang lama tu dah senget sangat. Takut jatuh je sebab menampung TV yang berat tu. 



Yang kerusi bulat turqoise tu aku dah takde idea sgt nak letak mana. Kat meja putih tu pun  boleh laaaa.

Rak buku tu dah sepah sangat dah. Tak tau nak kemas macam mana. Nak sorok, dah takde ruang dalam stor. T_T

Itu saja yang nak dicerita untuk hari ni.  Mudah-mudahan datang la mood nak mengemas sebelum Arianna balik semula rumah mummy daddy. Lagi 3 minggu tinggal. Yeaaayy ! ;D

Sekian.








Monday, April 20, 2015

Demam DIY sekejap. Sekejap je pun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Masa hujung-hujung  nak bersalin, tangan aku ni tak tau kenapa kerjanya memanjang nak menggunting, menampal dan mengemas rumah. Mungkin penyakit semasa mengandung sahaja atau memang minat aku pun tak tau.

Actually penyakit DIY terjadi sejak aku bosan pandang rumah yang serupa gitu je tak berubah pape. .  Balik kerja, tu je sama je. BOSAN! Nak beli, macam membazir. Memang membazir pun. Setakat nak sedapkan mata ko, kena beli baru. tauke minyak pun boleh bankrap tau. Tambahan, tiba-tiba kenapa ntah jari ni suka sangat search google pasal diy canvas la, kotak kasut la, diy kotak hadiah la dan macam-macam. tetiba terminat pulak. 




1.          Pertama kali search DIY, memanjang search frame DIY la, canvas DIY, barbie canvas DIY  dan macam-macam. Akibat ketagihan google  DIY frame, canvas dan segala jenis yang berkaitan, aku pun pergi la cari idea lain memandangkan aku tak reti nak carid an guna canvas. 
Akhirnya, jumpa jugak yang seakan-akan canvas walaupun  pada hakikatnya bukan -___-


Papan polisterin (tak tau nama sebenarnya, kesian) tebal dalam 1.5cm lebih kurang beli warna pink dan silver kat Pustaka Rawang Presint 9. Pastu print la kepala barbie tu gunting tampal. Bunga 4 kuntum tu sebenarnya dah lama kakak Mia main sepahkan sebab pasunya dah pecah, Buang batang bunga tu, cucuk kat polisterin tu. Siap! 

Ok, lepas satu gian. Haha.



2.          Kemudian, kotak ipad, ipad mini, iphone yang dah lama tersadai kat rak buku tu. Meh sini mummy bungkus-bungkuskan dia , Hehehehehe.


Ni la kotak iphone tu. Nasib baik dua-dua kotal putih, Kekeke. Jadi la penghias cermin bilik kakak Mia. (Nama je bilik kakak Mia tapi tidur bawah ketiak mummy lagi -__-)



Haa, yang ni pulak kotak ipad dan ipad mini. Serius yang ni bila dah siap tak tau nak letak mana, Daripada pening-pening, letak jela mana nak. Itu pun susah,

Perasaannya,
Serius seronok! seronok-ronoknya!

Tapi setakat tu je yang aku mampu buat. Demam DIY pun rasanya dah takde dah sebab anak dalam perut tu sekarang dah keluar pun. Dah nak belajar meniarap pun, Muahaha





Sekian. :)