Monday, April 20, 2015

Demam DIY sekejap. Sekejap je pun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Masa hujung-hujung  nak bersalin, tangan aku ni tak tau kenapa kerjanya memanjang nak menggunting, menampal dan mengemas rumah. Mungkin penyakit semasa mengandung sahaja atau memang minat aku pun tak tau.

Actually penyakit DIY terjadi sejak aku bosan pandang rumah yang serupa gitu je tak berubah pape. .  Balik kerja, tu je sama je. BOSAN! Nak beli, macam membazir. Memang membazir pun. Setakat nak sedapkan mata ko, kena beli baru. tauke minyak pun boleh bankrap tau. Tambahan, tiba-tiba kenapa ntah jari ni suka sangat search google pasal diy canvas la, kotak kasut la, diy kotak hadiah la dan macam-macam. tetiba terminat pulak. 




1.          Pertama kali search DIY, memanjang search frame DIY la, canvas DIY, barbie canvas DIY  dan macam-macam. Akibat ketagihan google  DIY frame, canvas dan segala jenis yang berkaitan, aku pun pergi la cari idea lain memandangkan aku tak reti nak carid an guna canvas. 
Akhirnya, jumpa jugak yang seakan-akan canvas walaupun  pada hakikatnya bukan -___-


Papan polisterin (tak tau nama sebenarnya, kesian) tebal dalam 1.5cm lebih kurang beli warna pink dan silver kat Pustaka Rawang Presint 9. Pastu print la kepala barbie tu gunting tampal. Bunga 4 kuntum tu sebenarnya dah lama kakak Mia main sepahkan sebab pasunya dah pecah, Buang batang bunga tu, cucuk kat polisterin tu. Siap! 

Ok, lepas satu gian. Haha.



2.          Kemudian, kotak ipad, ipad mini, iphone yang dah lama tersadai kat rak buku tu. Meh sini mummy bungkus-bungkuskan dia , Hehehehehe.


Ni la kotak iphone tu. Nasib baik dua-dua kotal putih, Kekeke. Jadi la penghias cermin bilik kakak Mia. (Nama je bilik kakak Mia tapi tidur bawah ketiak mummy lagi -__-)



Haa, yang ni pulak kotak ipad dan ipad mini. Serius yang ni bila dah siap tak tau nak letak mana, Daripada pening-pening, letak jela mana nak. Itu pun susah,

Perasaannya,
Serius seronok! seronok-ronoknya!

Tapi setakat tu je yang aku mampu buat. Demam DIY pun rasanya dah takde dah sebab anak dalam perut tu sekarang dah keluar pun. Dah nak belajar meniarap pun, Muahaha





Sekian. :)