Showing posts with label cerita kosong.. Show all posts
Showing posts with label cerita kosong.. Show all posts

Monday, April 20, 2015

Demam DIY sekejap. Sekejap je pun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Masa hujung-hujung  nak bersalin, tangan aku ni tak tau kenapa kerjanya memanjang nak menggunting, menampal dan mengemas rumah. Mungkin penyakit semasa mengandung sahaja atau memang minat aku pun tak tau.

Actually penyakit DIY terjadi sejak aku bosan pandang rumah yang serupa gitu je tak berubah pape. .  Balik kerja, tu je sama je. BOSAN! Nak beli, macam membazir. Memang membazir pun. Setakat nak sedapkan mata ko, kena beli baru. tauke minyak pun boleh bankrap tau. Tambahan, tiba-tiba kenapa ntah jari ni suka sangat search google pasal diy canvas la, kotak kasut la, diy kotak hadiah la dan macam-macam. tetiba terminat pulak. 




1.          Pertama kali search DIY, memanjang search frame DIY la, canvas DIY, barbie canvas DIY  dan macam-macam. Akibat ketagihan google  DIY frame, canvas dan segala jenis yang berkaitan, aku pun pergi la cari idea lain memandangkan aku tak reti nak carid an guna canvas. 
Akhirnya, jumpa jugak yang seakan-akan canvas walaupun  pada hakikatnya bukan -___-


Papan polisterin (tak tau nama sebenarnya, kesian) tebal dalam 1.5cm lebih kurang beli warna pink dan silver kat Pustaka Rawang Presint 9. Pastu print la kepala barbie tu gunting tampal. Bunga 4 kuntum tu sebenarnya dah lama kakak Mia main sepahkan sebab pasunya dah pecah, Buang batang bunga tu, cucuk kat polisterin tu. Siap! 

Ok, lepas satu gian. Haha.



2.          Kemudian, kotak ipad, ipad mini, iphone yang dah lama tersadai kat rak buku tu. Meh sini mummy bungkus-bungkuskan dia , Hehehehehe.


Ni la kotak iphone tu. Nasib baik dua-dua kotal putih, Kekeke. Jadi la penghias cermin bilik kakak Mia. (Nama je bilik kakak Mia tapi tidur bawah ketiak mummy lagi -__-)



Haa, yang ni pulak kotak ipad dan ipad mini. Serius yang ni bila dah siap tak tau nak letak mana, Daripada pening-pening, letak jela mana nak. Itu pun susah,

Perasaannya,
Serius seronok! seronok-ronoknya!

Tapi setakat tu je yang aku mampu buat. Demam DIY pun rasanya dah takde dah sebab anak dalam perut tu sekarang dah keluar pun. Dah nak belajar meniarap pun, Muahaha





Sekian. :)







Wednesday, August 14, 2013

Berebut nama anak.


Orang lain yang sarat mengandung, org lain yg berebut nama anak. nasib kt dlm wechat, klu x mapuih kitorg bertumbuk. Kak Izan ntah dah pilih nama ke blm. kitorg berebut2, kejap lg, Kak Izan plk yang guna nama tu senyap2. kan dah dua2 putih mata. Aiyokkk! Kahkahkah.







P/s : bilo la nak menimang anak keduo ni. Kihkihkih.





Monday, July 29, 2013

Mari mengarut jgn mencarut.

Sebelum dan selepas. Sama tapi x serupa. Mommy atas Damia bawah. 
Hipotesis : Semakin tinggi kedudukan tangga, semakin tinggi seseorang itu.
Mengarut?


Hari tu beli brg mydin dpt free sorg budak kenit. Kali ni beli barang aeon big, dpt lg free budak kenit lg. eh tp mcm sama je. ah mengarut lg.

Promosi raya 2013. Cepat2 sebelum terlambat. Beli 5 packs solivite dpt free budak kenit. Lg mengarut.

Kesian anak beranak ni ditinggalkan isteri dan mommy yg sibuk mencari baju anak. Siapa2 ada kehilangan suami / anak, sila ke kaunter skrg. Mengarut lg dan lg.

Yg penting aku x mencarut. Bye!

P/s : nampak x kemalasanku di situ? -_-




Wednesday, July 24, 2013

Mood memasak pls!

Bulan ramadhan .

Sahur : setakat ni pling dahsyat pun masak maggi je. Selain tu, makan roti, biskut, air milo. Itupun beberapa kali je bangun sahur -_- masing2 x sedar bangun sahur walaupun hp masing2 dah kunci alarm. 

Buka puasa :

Hari 1 : ayam masak sambal serai, kobis goreng, sup ayam
Hari 2 : sambal kerang, ikan masin, ikan keli gorng, xde sayur
Hari 3 : spageti yg nyumnyumnyum (ipar masak)
Hari 4 & 5 : cuti memasak (balik kampung)
Hari 6 : ikan siakap 3 rasa, ikan masin (again &again), harshbrown
Hari 7 : sambal udang, ayam goreng, xde sayur
Hari 8 : siakap asam pedas, kobis goreng, ikan masin lg. kehkehkeh
Hari 9 : ayam paprik dan sayur campur sekali
Hari 10 : nasi lemak, ayam goreng
Hari 11 & 12 : cuti memasak (balik kampung)
Hari 13 : makan kat Laman Perdana
Hari 14 : spageti (ipar masak), laksa sarawak (pengasuh bagi), kuih di bazar
Hari 15 : homaiiiiii! Mana mood nak memasak ko ni oii! Xpe td dah plan dgn ain dan kak izan. Ptg kang balik kerja pergi beli daging kambing golek katanya. Nyumnyumnyum! Pizza pun dah beli td. Ooh hari ni  x masak lg.homaiii homaiiii! 



:)



Sekejap je dah 15  Ramadhan. Waaa x sabar nak raya! 

Nampak x kat situ? Mula2 sangat semangat dan rajin nak masak. Macam2 resepi ada. Hari2 google nak masak ape. Masuk 2 minggu, mood mcm hampehhhh! Rasanya ramai orang pun mcm ni jugak. Sampai rumah around kul 6. itupun kalu bernasib baik sampai kul 6. Ibu, dtg la sini! X larat balik kerja nak masak. Rindu time muda remaja balik rumah je makanan dah tersedia dan semuanya menusuk kalbu. Chewahh! Ini klu ibu baca confirm kembang. Bahahaha! 

Walaubagaimanapun, mommy untung sbb dapat anak dara yg rajin tolong mommy mengemas. Damia faham kan mommy penat balik kerja nak masak pulak. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kekal rajin ye sayang.

Ops! Kantoi ada bunga bersepah atas lantai. Damia ni pun. Mommy baru nk angkat bakul anak sendiri. Kehkehkeh. 


Mommy & daddy loves u, Damia Nur Farysha!

Wednesday, July 3, 2013

Kerenah Damia di klinik


Checkup Damia adalah paling malas sekali sbb menunggu bukan main lama lg. Tapi x de la bosan sgt sbb tgk kerenah si Damia yang peramah ni *baka Edy ni. Kehkehkeh. 

Sampai klinik, baik je. Ada aseorang budak ni merengek, Damia pun ikut nak merengek sambil tunjuk budak tu. Mungkin dia faham kenapa budak tu merengek kan. Lepas 10 minit, bukan main peramah dia pergi kat setiap orang salam, pastu suap budak2 kat situ roti dia. Pandai cubit sikit roti, suap kat budak tu. Budak tu pun  syok je makan kan. Bila dah bosan, punggah beg mommy plk. Dah dapat agak sebenarnya cari apa.

Habis barang mommy dipunggahnya keluar. Daddy yang monitor si Damia. 

Yess. Damia cari ipad. Dia tahu handbag mommy ni mcm poket doraemon sarat dgn brg. 

Tp selang beberapa minit Damia tgk upin ipin,


UPIN IPIN TU PLK YG TGK DAMIA....

Sekian.