Thursday, December 4, 2014

Bulan Disember. Bulan dugaan, cubaan dan cabaran.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Dalam bulan 9 atau 10 macam tu.

" Ain, Edy. Nak bagitau ni. Bulan 12 nanti akak cuti sebulan ea. Ada hal nak diuruskan."

Kami pun senyum dan jawab dengan tenang, "Ooo.. Ye ke kak? Takpela kak kalau macam tu."

Melangkah ke lif dan turun lif dengan muka yang tenang.

Tapi, bila masing-masing masuk je dalam kereta, "Aduhaiiii! MATI la kita! Mana nak hantar kakak ni!"

Standard la mula-mula gelabah. Siap bincang-bincang dengan mak mertua. Memang diorang tak boleh jaga. Sebab keluarga mertua buat kenduri kawin awal bulan 12 tu. So masing-masing busy la. Mak ada mintak tolong Anyah (makcik kepada suami) untuk datang Putrajaya dan tolong jaga kakak Mia selama sebulan. 

Tak sampai hati la nak suruh orang tua tolong jaga anak, lebih-lebih lagi tiada bantuan dari orang muda. Dah la sebulan pulak tu. Lama kot. Rasa macam membuli pulak. kakak Mia ni boleh tahan kalau bab membuli orang. Lagipun, confirm la kakak Mia melalak. Sedangkan Daddy dia yang jaga pun kejap-kejap call. Inikan pulak orang yang jarang brjumpa. Bukan manjakan anak. Tapi selagi mampu, biarlah diri sendiri je yang menjaga walaupun larat tak larat. Selagi mampu.

Pastu, cerita pasal ni dengan ibu pulak. Ibu kata ibu boleh datang ke Putrajaya untuk seminggu. Ok la tu. Lagipun, ada la geng main dia. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik dia ada sekali. Boleh la bagi dia khayal main tunggu sampai aku balik. Yang penting ada orang yang layan dia khayal main tu je.

Senang cerita, keputusan dah dibuat. Minggu pertama dan kedua, aku bawak je kakak Mia pergi ofis. Tapi sebelum tu kena mintak keizinan daripada bos dulu. Dah lulus baru bawak. kekeke. Minggu ketiga, ibu dan adik-adik tolong jaga. Minggu keempat, aku cuti. yang selebihnya dalam 4 hari macam tu, aku bawak pergi ofis semula. Boleh je bawak selagi tak bersalin. 

Alhamdulillah, perangai kakak Mia kat ofis takde la melalak, menangis atau menyusahkan mummy. Cuma mulut bising bercakap tu la yg mummy tak tahan. Merungut pun nombor satu. Kalau nak tidur pun setakat ni, senang je. Sebelum kul 2 dah tidur sampai kul 4.00 petang lebih kurang. Bila bangun je dari tidur, "Mummy, nak ayek! jom! jom! pat!" (mummy nak balik. jom jom. cepat!).

 Jam punch card kul 4.30 berbunyi , kakak Mia dah ready siap pakai beg. haihh. Mummy balik kul 5 la sayanggggg.



Hari pertama :





Hari kedua :






Kemudian, Hari Rabu MC sebab demam dan sakit badan belakang yang amat sangat.



Hari ketiga (hari ni) :






Penat memang penat sebab buat dua kerja dalam satu masa. Buat kerja pejabat dari pagi sampai petang dan kerja sebagai mummy kepada anak yang comel ni dari pagi sampai malam. Yang ada anak tu mungkin faham. Tulang belakang yang sakit ni bertambah-tambah sakit. Tapi penat tu berbalas sebab seronok bila tengok keletah anak depan mata. 

Mungkin kakak Mia faham mummy penat kot, Itu la yang perangai dia elok je. Ikut cakap mummy. Kalau dia merajuk pun, cepat je elok. Macam pelik juga sebenarnya bila dia berkelakuan sangat baik.  Tak tau la kalau puji ni, esok lain pulak jadinya. Haha. janganlah jangan. Mintak-mintak kakak Mia sentiasa baik-baik sahaja.

Pastu bila tidur malam, aku memang tidur awal dalam minggu ni. Selalunya dalam jam 11.30 ke atas baru masuk bilik tidur. Tapi kali ni, jam 10.00-10.30 malam dah masuk bilik nak tidur. 

Akhir sekali.

Dalam keadaan yang sunyi, dengan lampu yang malap sebab kakak Mia tengah tidur, membuatkan aku terpikir, "Bestnya kalau jadi suri rumah sepenuh masa. Tengok anak membesar dan belajar masak resipi baru untuk suami dan anak-anak setiap hari. Barulah anak dan suami boleh 'membesar' dengan cepat. kehkehkeh."