Monday, December 28, 2015

Jalan-jalan ke Melaka dan The Straits Hotel & Suites, Melaka.



Dah nak masuk penghujung bulan Disember bagi tahun 2015. Beberapa hari lagi, nak masuk 2016. Sekejap je masa berlalu.

Sempena cuti penghujung tahun ni, pada 24-25 Dismber, kitorang decide pergi bercuti selama 2 hari 1 malam SAHAJA di Melaka. Kenapa Melaka? Sebab alang-alang tu, boleh terus balik Yong Peng, Johor. Hehehe. Lagipun, sebagai permulaan nak bawak Arianna bercuti ni, kita pergi yang dekat-dekat dulu. Mencuba nasib orang kata ;P

Tapi alhamdulillah. Arianna tak payah dah nak bawak set buaian semua. Mudah je dia tidur bila penat. Bila teringat sekssanya masa kakak Mia dulu. Pergi bercuti jauh-jauh semua tetap kena angkut buaian. First time mom kott ;P

Kul 10 pagi gerak dari Putrajaya ke Melaka singgah breakfast di McDonald. Plan asal nak ke Taman Rama-Rama dulu, tapi terbabas. ingat nak singgah Zoo Melaka tapi sesak. Tak sanggup la. Terus ke hotel untuk check in.

Kali ni book 1 bilik untuk 1 malam sahaja di The Straits Hotel & Suites. Hotel tu baru bukak dalam beberapa bulan. Memang masuk dalam semua baru. Bila hotel baru tambahan cuti umum, memang bilik-bilik yang best pun fully booked. Kitorang cuma dapat book Deluxe King  harga dalam RM200. 

Cukup la kan sekadar nak merasa bercuti. Last pergi bercuti kat Gambang hari tu. Masa mengandungkan Arianna. Dah lama sangat dah. Arianna pun lagi 3 minggu nak masuk setahun. ;P




*gambar tak banyak sebab suami punye SD Card corrupted -__-

Luas jugak bilik dia. Semua baru.Kekekeke. 
Deluxe King dapat la King bed. Sesuai untuk 4 beranak tidur.
Ada small kitchenette. Nak buat susu anak-anak semua senang. 
Bilik air yang transparent. Kalau honyemoon, boleh la biar je terbuka. ;P Ni bawak anak, kena la tutup bidai tu.
Wifi free laju punye. 
Ada balcony yang tak boleh bukak sliding door atas sebab keselamatan. kekekeke. 
Iron dan iron board, hair dryer semua nanti dia bagi. Tak payah mintak ;P
Puas la si Arianna jelajah satu bilik, termasuk dalam bilik air, bawah meja semua dia nak masuk.
Atas meja pun nak panjat.

*Gambar keseluruhannya dari website .

Kalau tengok, katil dia agak tinggi dan bahaya untuk aku letak Arianna  memandangkan Arianna ni sangat lasak budaknya. Dengan itu, kitorang pun susun semula bilik ni bagi selamat sikit Arianna nak bergerak sana sini.


TADAAAAAA!!

Kalau tilam setakat tinggi tu je, memang takde hal Arianna naik turun.


Semua tempat dia mencuba. Selagi tak dapat selagi tu dia nak mencuba. Tak reti senyap. Ini budak tak mudah putus asa. ;P

*sumber google*

Kolam renang, gym dan sauna pun ada tapi tak sempat nak menjelajah pun.

Rehat la dalam bilik sampai lepas Maghrib baru gerak ke Dataran Pahlawan cari makan. Kitorang jalan kaki dari hotel bawak stroller anak sorang satu. Kekeke. tak sanggup nak naik kereta sebab jem teruk sangat kat situ. Jalan kaki lagi cepat sampai. Jalan dalam 5-10 minit je dah sampai. Cuma time balik la kena lalu jauh sikit sebab Dataran pahlawan dah tutup. Takde jalan shortcut ;P

Malam tu lepas makan Ayam Penyet Ori yang sambal yang tak berapa sedap, sorrryyyy. Sempat naik Beca Frozen permintaan kakak Mia dan Menara Taming Sari je. Tapi ramai jangan cakap la. Siap hujan renyai-renyai. tak risau la time tu sebab masing-masing duduk stroller, tutup kepala.

Arianna masa ni mmang mood baik. Sebab bagi dia tidur 2 jam sebelum gerak keluar. Kakak Mia pun dah tidur petang. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Takde la drama swasta yang memenatkan sepanjang perjalanan malam tu. ;P





Kitorang gerak balik bilik dalam kul 11 lebih. 




Esoknya, lepas checkout  kul 12 tengahari,  plan asal nak pergi Mammee Jonker House, The Pirates Adventure, Taman Rama-Rama.

Tapi semua angan-angan. Pecahkan awan, back to reality. Serius tak larat dengan orang yang ramai. Siapa suruh memandai buat plan bercuti time cuti umum. Kan padan muka sendiri -__-

Akhirnya pergi Dataran Pahlawan semula, makan kat Johny's Steamboat, shopping sikit-sikit, terus gerak balik Yong Peng dalam kul 4 petang. Tapi tersekat kat Melaka selama 1 jam. Bila la masalah jem teruk kat Melaka ni nak selelsai -__-

Pastu sambung bercuti di Yong Peng pulak bersama monyet dan beruk belakang rumah. ;P ;P ;P

Sekian.



**Bila balik kampung pula, dapat  berita kawan kehilangan dua orang anak masing-masing berumur 10 bulan dan 2 tahun lebih, mak tersayang dan adik umur 10 tahun semasa berakit nak  tengok kandang kambing ayahnya di Sg, Bekok, Yong Peng. Berat dugaan dan ujian kau hadapi Farahida. Semoga kau kuat dan tabah untuk teruskan hidup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.