Tuesday, December 29, 2015

Dorayaki Kuih Emon!




Hari tu balik kampung belajar buat dorayaki dengan ibu. Selalu beli siap je. Maklumlah tangan bangku dalam masak-memasak. Semua kena belajar kan. kekekeke.


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
5 sudu makan gula pasir (Ikut tekak masing-masing)
3 sudu makan madu
2 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu teh esen vanilla
susu cair / susu segar
sedikit butter / planta (untuk masak)


Inti :

Terpulang nak letak ape.
Macam aku suka jem roselle fressshhhhh Ibu buat sendiri ;))


Cara penyediaan :

(Kitorang guna blender je sebab tangan nak rehat secukupnye. HashtagMALAS!)

Masukkan telur dan gula dalam blender. Blend sekejap je.
Masukkan minyak, madu, esen vanila, baking powder dan tepung sikit demi sedikit dan blend lagi sekali.
Campurkan susu cair / susu segar sedikit. Bagi nampak cair sikit macam nak buat lempeng.

Panaskan kuali, guna api kecik je.
Sapukan butter sedikit sahaja. Masukkan dlam kuali ikut saiz dan bentuk yang diminati. Balikkan sekali, Siap!





Makan panas-panas dorayaki tu dengan rasa jem roselle yang masam manis dan madu di atasnya yang sememangnya manis.  
Boleh kena kencing manis tak? ;P


Inilah rupa jem roselle tu.

Kakak Mia memang suka dorayaki ni. Tapi dia tak suka ada inti tu semua. Arianna pulak, memang 'food lover'.  Suami kata dia pun suka. Tetiba je. Menyibuk! kekekeke ;D

Sambil makan sila nyanyi lagu Doraemon. Baru perasan comel macam Doraemon.


Konna koto iina dekitara iina 
Anna yume konna yume ippai aru kedo 
Minna minna minna kanaete kureru 
Fushigina pokke de kanaete kureru 
Sora wo jiyuu ni tobitaina 
"Hai! Takekoputaa" 
An an an tottemo daisuki Doraemon 

Shukudai touban shiken ni otsukai 
Anna koto konna koto taihen dakedo 
Minna minna minna tasukete kureru 
Benrina dougu de tasukete kureru 
Omocha no heitai da 
"Sore! Totsugeki" 
An an an tottemo daisuki Doraemon 

Anna toko iina iketara iina 
Kono kuni ano shima takusan aru kedo 
Minna minna minna ikasete kureru 
Mirai no kikai de kanaete kureru 
Sekai ryokou ni ikitaina 
"Ufufufu! Dokodemo doaa" 
An an an tottemo daisuki Doraemon 
An an an tottemo daisuki Doraemon


Ingat kuih Dorayaki, Ingatlah Emon.
(Doraemon dalam bahasa Kakak Mia)
;P


Itu sajalah. 
Sekian.