Kenduri bacaan yasin di rumah kami mmg dah lama planning nak buat tapi tak jadi. banyak kali dah bertangguh. akhirnya jumaat lepas buat jugak setelah hampir 3 tahun menduduki rumah tu.jemput pakcik makcik dan jiran2 dan kawan2 terdekat je. Papepun terima kasih kat ibu ayah, mak abah yang banyak membantu. hihi. walaupun buat kecik2 je tapi bermakna bagi kami sbb kami jarang2 buka rumah mcm ni. kih3.. bukan ape. jujur makcik kata, makcik tak reti sgt nak layan tetamu. kena la bergantung harap kat orang2 yang lebih tua. kang takut orang kata aku sombong ke ape. sorry.. terima kasih la pada yg sudi datang kat rumah kami yang serba kekurangan ini. cehhhhh! dah mcm ape.
tengok kat bawah makanan pun x banyak mana. ada yang ibu buat, ada yang mak bawak. datang je makcik2 sebelah suami, kemain banyak lagi kuih kat meja tu. tapi xde gambar. sbb tak terpikir nak bergambar punnnnnnnn. alhamdulillah rezeki hari tu.
ha baju merah tu pengasuh Damia. sangat beruntung aku jumpa pengasuh mcm ni. caring dengan Damia mcm anak sendiri. alhamdulillah :)
makcik yeye dengan makcik izan tgh mentekedarah! laparrrr katanye.
Damia bangun tidur. pastu mengamuk sbb first time tgk umah die ramai orang.
Esoknya pulak, suamiku ada dinner tema p. ramlee. dia lantik aku menjadi make-up retiss die. tu je la hasilnya. mana reti aku nak makeup2 org ni. haha.
malam tu jugak aku bawak family aku berjalan2 area putrajaya je sbb penat semalam pun tak hilang lagi. alasan je tu. sebenarnya, makcik xtau jalan luar putrajaya. wakakaka.
itu shj entri kali ni.
kengantukan mataku dah menguasai diri ni. so, sape2 nampak aku tertidur depan pc ni, tolong la sergah aku ye. tolong la.
terima kasih.