Biasa la. bila dah xde idea nak menghupdate, tgn mula la tgk camera roll ipad ada tak gambar baru. walaupun gambar2 di bawah x berapa nak baru, tetap aku hudpate jugak. sbbbbbbbb makcik dah gatal tangan nak menaip kat keyboard sbb kebelakangan ni makcik rekod surat pun bertulis jd tetiba tangan merenyam nak menaip. eh. lain macam je bunyinya. haha.
Gambar pertama?
First time aku pegi kerja pakai seluar. biasa la kalau dah namanya first time, mmg jumpa cermin je, posing bajet mcm cantik sgt. Excited semacam. aku bukanlah penggemar baju kurung. mungkin orang2 ofis sendiri pun nampak kot aku suka hati nak pakai baju ape. walaupun aku tau x boleh pakai baju tu, tapi aku tetap jugak pakai. So, bila keluar je pekeliling baru iaitu :
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013
- PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE PANT SUIT BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA
aku dengan pantas pegi membelinya. eh xde la pantas sangat. belinya awal bulan 12 tahun lepas. tapi pakainya, tunggu kawan jugak. macam ni la kalau manusia yang tiada keyakinan diri. semua nak tunggu / ikut orang. makanya, selasa lepas baru aku pakai. tu pun segan2 nak jalan dlm ofis ni. haha.
malam tadi aku buli budak kecik ni suruh kemas mainan2 die. bersepah2! teddy bear dah macam ape aku tgk. macam nak buat jualan garaj pulak rasanya. sampai aku tak ingat setiap patung beli kat mana dan bila beli. tau la kalau si Damia ni kalau keluar, segala mak nenek patung die lambai. babai sana babai sini. mummynye pulak tak sampai hati, belikan jugak. pastu daddynye pulak jeling. kekadang daddynye beli, mummynye pulak yang jeling. sebenarnya, 2 X 5!
Gambar ni xde ape. cuma sebab dah lama selfie dengan Damia. takpe. Damia sekarang dah seoronok kalau ajak ber'selfie' ni. lagipun kalau selfie dengan Damia ni, automatik orang cuma nampak Damia je. kan? aku? tenggelam-tenggelam je.cehh.so aku dah x heran dah muka aku buruk ke ape.
motif gambar ni? izinkan aku gelak dulu. hahahahaha! ok sebenarnya dalam minggu ni boleh dikatakan setiap hari kitorg pegi alamanda untuk makan sahaja. sbb dah muak makanan kafe bawah, e2 dan anjung. pagi2 pun aku dah jaraang turun kafe sbb aku loya. dalam kul 12 nanti kang makcik tu call suruh tengok kereta boleh keluar ke tak. siap suruh amik gambo lg. kalau die kata, "beb kete aku boleh kuar!" maksudnya, selamat kaki tak berjalan. HAHA.