Showing posts with label cerita di kampung.. Show all posts
Showing posts with label cerita di kampung.. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Kampung :)



Seronoknyaaaaaa duduk kampung.

Tak kisah la mana-mana kampung pun.

Biar la ceruk pedalaman pun.

Biar la takde location dalam GPS pun. hahahahahaha.

Biar la nama kampung nama jawa pun.

Biar la keliling rumah monyet sana sini pun.


Asalkan bangun tidur dengar ayam berkokok. 

Keluar rumah pagi-pagi ada bau daun dan embun.

Suhu sejuk pagi-pagi tanpa aircond. 

Udara pun segar.


Rindu berlumba basikal kat jalan ni.

Rindu nak main badminton depan rumah.

Rindu beli aiskrim kat rumah Makcik Leha petang-petang hari.

Rindu jalan dari hujung kampung sampai hujung kampung.

Rindu lumba lari atas jalan ni.

Rindu nak lepak tepi parit dengan sepupu sepapat sepepet. Eh?





Pesanan untuk anak-anak mummy, jangan berlagak duduk bandar sangat. 
Mummy Daddy asal orang kampung.
Hidup keliling pokok,
Tak syok pun sebenarnya duduk bandar tu. 
Udara tak segar.
 Banyak  kereta sana sini. 
Bangun tidur pun terkejut sebab bunyi hon kereta pagi-pagi.
Makanan kampung lagi sedap dari makanan bandar. Eh?
Dah la kos sara hidup pun tinggi. Tetiba. haha.


Saje merapu meraban hilangkan kebosanan.
Sekian.




Perjalanan Raya 2015



Wednesday, July 22, 2015

Perjalanan Raya 2015.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Raya pertama

Macam biasa tahun ni giliran balik Yong Peng pulak. Balik kampung pun petang sebelum raya.
Raya pertama memang akan ke rumah saudara mara di Johor Bahru dulu. Tapi tak dapat pergi semua rumah sebab masing-masing pun nak beraya rumah kampung masing-masing.

First, aktiviti wajib semasa raya. Bersalaman, bermaafan dan bergambar sakan. Tema Faraedy tahun ni black + gold.  Mak anak tema baju lace tahun ni. Baju aku tu memang baju lama je. Just beli kain. Mia punya baju bulan Mei dah beli. Kebetulan jumpa dalam instagram. Anna je lari tema sikit sebab baju takde saiz. Pakai jela asalkan ada la lace tu. 




 Gambar ni sekali tengok macam kitorang pulaukan Daddy pulak, Hahaha, Suruh dekat sikit taknak dia.

 Anak-anak Pak Dani dan Mak Ayu.





Rumah terakhir beraya, rumah makngah. Masa ni Kakak Mia dah tak larat sangat. Terus tidur.


 Ok. Dah penat amik gambar buat muka control cun.

Apa kata kita buat macam ni pulak ...




























Raya kedua

Raya kedua kebiasaannya ada tradisi marhaban dari orang-orang kampung. Yang lelaki kena bangun pagi pergi marhaban tapi laki den ni ngelat. Dah tengahari baru nak tunjuk muka. Apooo daaaa. Yang mana sedar diri dia perempuan, get ready kat rumah buat persiapan memasak dan mengemas.


 Macam biasa, bab mengemas, atur meja dan makanan, serahkan pada along yang comel lagi cantik ni. kekeke. Bab memasak pulak, dah ada chef tetap, IBU. Yang perempuan yang lain bantu membantu.



 Pastu sebelah malam, keluarga mertua datang rumah. Masak mi hailam, sandwich (tuna pedas+salad+cheese), tempura pun pedas dan buah. Alhamdulillah sampai jugak keluarga mertua kat Yong Peng ni.


Raya ketiga

hari ketiga raya rumah sepupu-sepupu Ibu yang cino dan melayu. Yang cino belah arwah atuk lelaki. Yang melayu belah nenek. Tapi kitorang panggil nenek pun dengan panggilan 'atuk' jugak. Hehe.






Lepas panas-panas, kitorang anak-beranak pun tukar baju. hehehe.




Raya keempat

hari keempat, kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah datang rumah. Tapi tak dapat nak join diorang pergi beraya sebab plan nak beraya rumah nenek-nenek sedaar sebelah ayah pulak kat Ayer Hitam.

 Orang dah kemas-kemas dalam rumah, budak ebrdua ni sibuk sepahkan mainan kat luar rumah.


Ni la kawan-kawan sekolah rendah. Muka aku macam dah kepenatan sangat time ni padahal bukan memasak pun. kahkahkah, Tapi tak sempat nak bergambar dengan kawan yang sekolah menengah. Ntah syok sangat borak lupa nak bergambar. 

Pastu sepupu sebelah ibu pulak datang. 
Pastu sepupu belah ayah pulak.
 Pastu, kawan ayah pulak.

 Disebabkan dah lewat sangat, dah malas nak beraya. Kitorang layan citer Antman kat BP Mall saje.

*Gambar tak cantik. Save dar fb je ni. Hehe.

Raya kelima dah balik Putrajaya sebab suami dah bekerja semula hari Rabu dan Khamis. Kemudian, Hari Khamis balik Bongek pulak. Tapi kat Bongek satu gambar pun takde . kurang mood raya sebab Anna demam + muntah2 pulak.

Sekian :)










Tuesday, October 7, 2014

Majlis Pertunangan Angah.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Kelemahan aku adalah tak reti nak kurangkan jumlah gambar yang ada. Setiap kali nak upload apa-apa gambar dalam blog atau fb atau insta, kalau boleh semua nak upload.  -__-" Pada aku, biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya. 


SEBELUM  MAJLIS





Atok yang cantik manis bertudung purple ni sorang jela nenek yang masih ada. Sayang atok. Yang sebelah tu atok sedara.

Nak tau? Ko keluarkanlah baju cantik macam mana sekalipun, dia tetap akan pilih baju ni. Aku pun tak tau tang mana yang dia rasa cantik sangat bila pakai baju ni. Aku pun dah bosan tengok -___-"

Lepas pakai baju tu, pergi kat setiap orang cakap, " Mia antek". atau pun "Mia omel".








Damia sembang kosong dengan kawan dan anaknya.


 tak larat nak buat pape caption setiap gambar. ;)





SEMASA MAJLIS

Tetamu sampai lebih kurang jam 12 lebih. 



Masa ni lawak sebab makcik ni boleh x cam bakal tunang anaknya sendiri. Boleh dia nak pergi sarung cincin kat fatin. Time ni semua gelak. Mungkin sebab makcik rabun dan tak pakai spec. Kesian makcik ni kena gelak. Masa ni pun aku gelak jugak sebab tak tau makcik rabun. Maaf makcik. Hihi. 


Aku kat belakang kerja mengumpat je dengan Wawa. Damia aku  letak kat bilik bagi suami jaga sebab bising nak buka video hello kitty kuat-kuat time majlis ni. 



Inilah tunang angahnya.









Majlis selesai dalam jam 3 macam tu. Baru la kitorang melantak makan. Lapar jangan cakap. Haha.



"Pape pun, along doakan angah kekal dengan Najib hingga naik pelamin dan hingga akhir hayat. Semoga dapat mengharungi segala rintangan dan dugaan sepanjang tempoh pertunangan. Jangan cepat melenting dan banyak bersabar dalam hadapi sesuatu masalah. Matangkan diri dan belajar untuk banyak mengalah. Masa sekarang la nak belajar mengalah. Bukan mengalah dengan Najib sorang tapi dengan ahli keluarga Najib yang lain jugak. Tapi mengalah tu biarlah berpada-pada. jangan sampai kena pijak kepala. Mihmihmih. Pesanan dari along yang comel. Miahaha."