Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Raya pertama
Macam biasa tahun ni giliran balik Yong Peng pulak. Balik kampung pun petang sebelum raya.
Raya pertama memang akan ke rumah saudara mara di Johor Bahru dulu. Tapi tak dapat pergi semua rumah sebab masing-masing pun nak beraya rumah kampung masing-masing.
Raya pertama memang akan ke rumah saudara mara di Johor Bahru dulu. Tapi tak dapat pergi semua rumah sebab masing-masing pun nak beraya rumah kampung masing-masing.
First, aktiviti wajib semasa raya. Bersalaman, bermaafan dan bergambar sakan. Tema Faraedy tahun ni black + gold. Mak anak tema baju lace tahun ni. Baju aku tu memang baju lama je. Just beli kain. Mia punya baju bulan Mei dah beli. Kebetulan jumpa dalam instagram. Anna je lari tema sikit sebab baju takde saiz. Pakai jela asalkan ada la lace tu.
Gambar ni sekali tengok macam kitorang pulaukan Daddy pulak, Hahaha, Suruh dekat sikit taknak dia.
Anak-anak Pak Dani dan Mak Ayu.
Rumah terakhir beraya, rumah makngah. Masa ni Kakak Mia dah tak larat sangat. Terus tidur.
Ok. Dah penat amik gambar buat muka control cun.
Apa kata kita buat macam ni pulak ...
Raya kedua
Raya kedua kebiasaannya ada tradisi marhaban dari orang-orang kampung. Yang lelaki kena bangun pagi pergi marhaban tapi laki den ni ngelat. Dah tengahari baru nak tunjuk muka. Apooo daaaa. Yang mana sedar diri dia perempuan, get ready kat rumah buat persiapan memasak dan mengemas.
Macam biasa, bab mengemas, atur meja dan makanan, serahkan pada along yang comel lagi cantik ni. kekeke. Bab memasak pulak, dah ada chef tetap, IBU. Yang perempuan yang lain bantu membantu.
Pastu sebelah malam, keluarga mertua datang rumah. Masak mi hailam, sandwich (tuna pedas+salad+cheese), tempura pun pedas dan buah. Alhamdulillah sampai jugak keluarga mertua kat Yong Peng ni.
Raya ketiga
hari ketiga raya rumah sepupu-sepupu Ibu yang cino dan melayu. Yang cino belah arwah atuk lelaki. Yang melayu belah nenek. Tapi kitorang panggil nenek pun dengan panggilan 'atuk' jugak. Hehe.
Lepas panas-panas, kitorang anak-beranak pun tukar baju. hehehe.
Raya keempat
hari keempat, kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah datang rumah. Tapi tak dapat nak join diorang pergi beraya sebab plan nak beraya rumah nenek-nenek sedaar sebelah ayah pulak kat Ayer Hitam.
Orang dah kemas-kemas dalam rumah, budak ebrdua ni sibuk sepahkan mainan kat luar rumah.
Ni la kawan-kawan sekolah rendah. Muka aku macam dah kepenatan sangat time ni padahal bukan memasak pun. kahkahkah, Tapi tak sempat nak bergambar dengan kawan yang sekolah menengah. Ntah syok sangat borak lupa nak bergambar.
Pastu sepupu sebelah ibu pulak datang.
Pastu sepupu belah ayah pulak.
Pastu, kawan ayah pulak.
Disebabkan dah lewat sangat, dah malas nak beraya. Kitorang layan citer Antman kat BP Mall saje.
*Gambar tak cantik. Save dar fb je ni. Hehe.
Raya kelima dah balik Putrajaya sebab suami dah bekerja semula hari Rabu dan Khamis. Kemudian, Hari Khamis balik Bongek pulak. Tapi kat Bongek satu gambar pun takde . kurang mood raya sebab Anna demam + muntah2 pulak.
Sekian :)