Tuesday, April 29, 2014

Cara solat budak kecik Damia.

Ehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe Ahahahahahahahahahahahahahahahahahah.
Macam biasa naa. Pasal Damia lagi la. Banyak pulak rasa nak cerita pasal budak kecik ni.  makin besar makin bayak ragam. Ada yang yang mencuit hati dan ada yang makan hati. Seimbang naaa. kahkahkah.

Satu permulaan yang baik untuk Damia sebab dia sekarang suka ikut daddy solat. Dia ikut je daddy dia buat apa. Mula-mula memang budak kecik ni  berangan nak jadi imam. kita alihkan dia sebelah daddy, tetap juga nak depan daddy. Di sebalik puting, dengan suara kecik dia sebut, "wapan (allahuakbar)". nak tak nak terpaksa  tahan gelak. Nanti kang terbantut pulak pembelajaran budak kecik ni. haha.

Alhamdulillah sekarang ni semua dah boleh buat kecuali rukuk. Bila part rukuk tu, dia sibuk tarik kita suruh sujud. Haha. Paling comel bila Daddy baca surah, mulut damia pun terkumat-kamit baca sekali. Yang penting puting kat mulut tu bukan penghalang untuk Damia sama-sama baca ok. Dengar la suara dia yang baca tu. Dah habis ssolat, kitorang cepat-cepat cium Damia tapi kitorang kena marah sebab x baca doa. Kena baca doa, lepas salam baru cium dia. Itu syarat Damia. Haha.


Tapi normal la kalau solat dengan budak kecik ni, tak sah kalau solat tu tak berulang-ulang kali. Faham kan maksud kita? haha. 

Pertama, Damia tarik-tarik telekung tu sebab dia nak pakai. 

Kedua, dia angkat dan selak telekung kita sebab nak tengok kita buat apa dalam telekung tu atau bernasib baik lagi, dia masuk duduk sekali dalam telekung tu. Kalau senyap takpe. Ni main sondol-sondol pulak. haihh.  

Takpun, dia susun mainan kat atas sejadah tu. rata-rata mainan dia. sampai diri lama x dpt nak sujud. kalau letak mainan teddy bear takpe. ni dia susun lego dan mainan masak-masak depan kita. ah sudah. 

Yang Daddy selalu kena pulak macam ni. Masa daddy sujud, Damia dengan seronok panjat belakang Daddy. Dia buat mcm orang tunggang kuda tu. dah macam mana pulak daddy tu nak bangun. Nak bangun tu memang la boleh je tapi kang budak kecik ni jatuh terlentang, tak ke nanti mummy pulak meroyan marah daddy? Haha.

Pernah jugak sekali tu, kita tengah duduk tahiyat akhir, Damia sumbat puting dia kat dalam mulut kita. haha. memang jawapannya terbatal la sebab terbantai gelak besar. haha. 

Ataupun, tengah-tengah solat tetiba Damia buat muka comel senyum depan mummy. Bila mummy tak pandang dia tarik telekung suruh tengok dia buat muka comel dengan suara sekali. Gelak jgn tak gelak.

Last sekali bila sejadah yang dia guna berkedut. Kemain dia merengek mintak tolong betulkan sejadah. Bila tak dilayan, ditarik-tarik mummy suruh betulkan sejadah. Nak tak nak, kena la tunggu habis solat. Bila habis solat, Damia dah merajuk, dah campak tudung mummy yang jadi telekung dia tu. Pastu pukul-pukul Daddy. kih3.


Semoga Damia jadi anak yang baik, solehah dan taat pada Allah s.w.t. Mudah-mudahan. InshaAllah.


Monday, April 28, 2014

Gunung Berlumut : Dah lama tak berkelah-kelah.


Sejak dua menjak dah duduk jauh dari keluarga, kalau balik kampung aktiviti yang sama je buat contoh macam jalan-jalan shopping mall, tonton movie, karaoke atau makan-makan kat luar. Bosan tu takdela tapi benda yang sama je. Asal balik je, adik-adik sibuk, " Along jom la karaoke" takpun, "Along jom la tengok movie" ataupun dia bagi hint, "Bosan la longggggg...."

Haishhh. Cuba buat benda lain. Balik pun jarang-jarang. Disebabkan balik jarang-jarang tu la kita kena cuba buat aktiviti  seronok yang melibatkan ibu ayah sekali. Memanjang dengan adik-adik je. Ibu ayah pun nak seronok jugak kan. Hehe. 

Kalau berkelah boleh mandi-manda, berenang-renang di tepian, memasak-masak, berborak-borak, memakan-makan, memboyak-boyak. EH? tak tak. Hari sabtu lepas kami pegi ke Gunung Berlumut,, Kluang. Ini pun planning ibu ayah. kitorang anak beranak ikut je. Seawal jam 8.00 pagi kami bangun bersiap tapi bertolak jam 10 lebih pagi. Dengan si budak kecik Damia yang tak mandi. Main tukar pampers, sarung baju lain je. Serius excited yang  teramat. YEAAAYYYY! YIHAAA! YAHOOO! HOORAY!

ehemm. sorry.

sebab dah bertahun-tahun kita meninggalkan aktiviti yang menyeronokkan ni. Lagi-lagi bila dah berkeluarga ni. 

Ibu sediakan nasi lemak marbelessss. Ada telur rebus, sambal tumis ikan bilis, sambal udang dan ayam goreng tapi ibu goreng ayam kat sana. Kat hutan dapat makan panas-panas serius feeling habess. Side dishes pulak ada karipap sardin dan karipap daging, ubi kayu, nugget, roti. Ibu siap bawak portable gas stove yang banyak berjasa masa bujang-bujang terantangtangtangtang. Kih3. 



Damia sampai tak nak makan sebab nak main air.  

Kat sini tempat memang bersih. Bilik air pun bersih. Takdela kapal karam ke ape. Haha. Lantai pun bersih je sebab sebelum masuk bilik air kena cucui kasut/selipar kat luar. 

Air pun ya ampun sejuk yang teramat. Damia rendam tak sampai setengah jam pun dah naik balik. 

Ha ni semua memang geng memboyak. Haha. 

Selalunya kalau kata ambil gambar je mesti sibuk nak cover mulut, cover mata, cover muka, cover senyum sebab nak nampak cantik. Apa salahnya, sekali sekala nampak buruk sikit eh, buruk banyak dalam gambar. 


Khemah tu dipasang  konon nak tido kejap sementara suami membawa anak mandi manda. Tapi malang khemah tu jadi hiasan sahaja. 


Damia muka stim je nak tidur. bangun awal macam tu la jadinya.

selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie selfie
memanjang.

Kesimpulannya, makcik seronok! terima kasih. :)))










Monday, April 21, 2014

Bila Damia sebut "DADDY"



Tajuk pun dah tau  nak cerita apa sebenarnya.Haha. Ni semua berkenaan dengan perkembangan Damia. memanjang pasal Damia macam biasa. Takde cerita lain. Takde cerita ngumpat-ngumpat naa. Semua pasal Damia sekarang ni, haaa.... 
Risau tu ada la. Gila tak risau. Dah nama pun anak.  Damia sebelum umur setahun dari segi fizikal memang semua ok. 3 bulan dah start meniarap. 4 bulan dah mula mengensot ke depan belakang. 5 bulan lebih dah start merangkak, sebelum 8 bulan dah start memanjat, 10 bulan dah start tatih dan 11 bulan mcm tu start berjalan. tumbuh gigi umur 7 bulan lebih camtu. menari pun dah reti sebelum setahun.  kalau bab menari mmg dia la nombor satu. Tengok 3-4 kali dah mula ikut tapi version dia sendiri la. kalau yang faham, faham la. kihkihkih.
Tapi bila bab bercakap, memang lambat sikit. Sikit jela. Hehe. Dia lebih kepada perbuatan daripada bercakap. Tapi dari segi arahan yang mummy daddy bagi, takde masalah. Dia ikut je. Kalau bagi arahan tanpa tunjuk dengan tangan pun dia dah boleh ikut. So maksudnya dia takde masalah dengan pendengaran.
Kalau ajar dia bercakap, dia pandang muka kita dengan penuh minat tapi mana yang dia nak sebut, dia sebut la. kalau dia taknak sebut, dia tutup mulut kita "nanak nanak (geleng kepala)" pastu lari. Memang menguji kesabaran. Normally, bila berdua dengan mummy, senang je dia nak sebut perkataan. Tapi bila ada orang lain termasuk la Daddy dia sendiri, benda yang dia reti sebut pun dia taknak sebut. Bila berdua semula dengan mummy, boleh je nak sebut. Adakah sifat pemalu si Damia sangat menebal? Tapi bagus jugak budak pemalu ni. kecil-kecil dah tau malu kan, Damia. Tapi kalau pemalu yang melampau pun tak boleh jugak. Macam mana ni? Aku yang baca ayat aku sendiri pun dah naik pening. 
Yela kadang-kadang nak jugak bagi bukti  yang damia dah boleh sebut tapi........................rujuk semula perenggan atas. haha.
Ada je perkataan yang dia dah boleh sebut. Contoh yang terbaru :
pipi - pipi
sakit - atit
Lego : Igo
Mainan - nan
Rabbit - Babbit /Abbit
Baby/budak2 lebih kurang umur Damia - baby
Kakak - kakak
bubye kakak - papai kakak! 
bubye - papai
hi5 - papai
upinipin - pipin
boboiboy - opoy (opoy je yang selamat dari mulut Damia. haha)
getah - etah
kitty - titty
cat - eowww. boleh la nakk
air - air
teddy bear - bearbear
allahuakbar - wapan
gigi - didi
entry sebelum ni pun ada juga perkataan yang dia dah sebut. ni kira yang latest la.
yang paling paling paling LATEST sekali adalah DADDY.
Sebelum ni Damia pandai sebut mummy  je. Daddy dengar Damia sebut mummy pun jeles. Mihmihmih. Terbaru, Damia sebut "daddy". dan lepas tu, memang Daddy jela yang keluar dari mulut tu. Mummy dah tenggelam timbul je. Mummy pulak yang mood menjeles sekarang. Sabar jela. bab dengki pun kuat juga budak kecik ni. eh takdela dengki. saje sebut 'dengki' tu nak sedapkan cerita. kang ada yang salah faham pulok. cehhh.
Semalam, lepas mandi tengah nak pakaikan pampers, dia sibuk nak buka 'drapolene cream' tu tapi ketat. 
Damia : Ammi nak (bagi drapolene) nah! 
Mummy : Ape dia damiut?
Damia : Ammi ni nak!
Mummy : Damia panggil Mummy? comel! lagi sekali, mummy!
Damia : eh nanak. (geleng2 kepala) Daddy! 
Mummy : Mummy la. Mummy ...
Damia : Daddy daddy daddy.
Mummy : mummy maaaaaa...miiiii...
Damia : Daddy 
Mummy : T___T
Satu lagi situasi. Kalau mummy lalu, terus lari peluk mintak dukung je. Tapi bila daddy lalu :
Damia : Eh! Daddy daddy! (tunjuk daddy)
Mummy : Pandai. itu Daddy. Ni (tunjuk diri sendiri) sape?
Damia : Daddy (tunjuk Daddy)
Mummy : haah ye itu Daddy. Mummy mana?
Damia : Daddy (tunjuk Daddy)
Mummy : ok fine T___T
Satu lagi situasi. satu je. hehe. Semalam lepas kukus pau nak makan sambil tengok movie. Siap je hidang, mummy bagi Damia.
Mummy : Nah. Damia punya. Makan tau.
Damia : nanak (taknak)? Daddy, nah! (bagi pau kat daddy) Daddy!
Daddy : Mummy punye takde?
Damia : ................... (bagi mummy pau tanpa sebarang ayat atau perkataan)
Mummy : T___T
Ok last. hehe. Masa dalam kereta. Damia tak sabar-sabar nak makan roti canai yang dibungkus . Bila terbuka je bungkusan tu. Mummy koyakkan untuk Damia dulu.
Mummy : Nah Damia makan tau.
Damia : Nah, Daddy Daddy! (ambil dan bagi Daddy)
Mummy : Tu Damia punye la. Daddy nanti mummy suap. (sebab tengah drive)
Damia : Daddy Daddy nah! (bagi jugak kat Daddy)
Mummy : Mummy punye takde?
Damia : eh (geleng kepala)
Mummy : T___T

Mungkin sebab dia terkejut mummy excited sangat bile dia sebut 'mummy', tu yang dia tak berani dah nak sebut. haha. 
Damia tolong jangan buat lawak boleh tak? (menangis T___T) 
"Ape la malang nasib kita ni. Mummy sendiri pun salah sangka pada kita. Daddy tu kan senang nak sebut buat masa sekarang ni. Plss la mummy SELIDIK DULU. JANGAN BUTA-BUTA MENGADILI DAN BAGI KEPUTUSAN."



Amik ko kena marah. Kihkihkih.

Isu anak lambat atau cepat bercakap.


“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.
Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.
“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.


Perkongsian daripada sini .

Wednesday, April 16, 2014

Family.


It’s all about Family.




Family a link to the past AND a bridge to our future.


Family is one of the sweetest words anyone can say because the letter of Family means.


Being a Family means you are a part of something very wonderful. It means you will love and  be loved for the rest of your life.


You don’t choose your Family. They are God’s gift to you, as you are to them.







p/s : So, just appreciate what u have today. Don't ruin other people's happiness :) *****homesick =__=******


Thursday, April 10, 2014

Sambutan Birthday Damia Nur Farysha yang ke2 tahun

Tanggal  5 haribulan, bulan 4, tahun 2014. maksudnya 5.4.2014 la.
Kami buat majlis kecil-kecilan dan simple sempena birthday Damia yang ke2 tahun. Mmg x jemput ramai pun sebab niat sebenarnya nak bagi Damia seronok dengan belon-belonn, hello kityy, gula-gula yang banyak.
Tema terus pilih hello kitty sbb masa tu Damia excited sangat kitty ni kalau nampak je kitty, suka sangat sebut "titty" sambil cucuk2 pipi dia. kahkahkah sebab tu je pun. 

Selebihnya, tengok gambar pada hari kejadian. Nasib baik achik ada tolong jd photographer. 





















Aku terkilan sangat sbb x bergambar dengan si Damia ni banyak-banyak. Pakai comel2 tapi x bergambar. Kesian dia. Masa ini Damia mmg struggle habis tak tidur siang. pastu malam tido, esoknya bangun kul 12 tengahri termasuk la kitorg.  miehehe.

Lagi satu, aku langsung x bergambar dengan kawan aku, amal dan ida sbb sanggup juga dtg ke umah aku. 2 orang tu je yang duduk dekat dengan putrajaya. dahlah masing2 susah nak berjumpa. Sabar jela.

ok last-last. mak abah pun sempat jugak datang walaupun ada majlis lain yang kena attend. terima kasih sbb menyempatkan diri untuk datang ke birthday cucumu ini. kehkehkehkeh.

Apepun, terima kasih kepada yang sudi datang dan memeriahkan majlis Damia kali ni. Kami mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan. 

Sekian.

Persiapan Sambutan Birthday Damia (Hello Kitty)


pertama, pergi tempah belon kat Party Glowing House, Jalan Reko. Kak Izan yang kenalkan nama kedai ni. Belon-belon mmmg banyak pilihan. tinggal ada duit atau takde jela nak membayar. Aku bajet ciput je so aku amik belon helium color putih, soft pink dan fuchsia (semuanya 10 belon) daaaannnnnn satu belon hello kitty ni utk si kecik mummy ni.


kedua, setiap hari call ibu, tanya pasal makanan. Mesti kena tanya ibu sbb dia la chef pada hari kejadian. kalau harapkan aku masak sorang, kang satu dua makanan je sempat masak. tupun kalau bernasib baik sempat dua makanan. keh3. menu hari kejadian adalah :
- carbonara spagethi
- bihun goreng 
- roti jala dan kari ayam
- roti sosej dan cheese
- nugget 
- kuih apam soda / apam mekar
- kuih seri muka
-buah tembikai susu
- air sirap orange dan teh suam
dengan rendah dirinya, along ucapkan terima kasih kat ibu, sanggup nak datang dan masak. kalau ibu takde, terkulat-kulat anakmu sorang-sorang kat dapur sambil meleleh air mata. miahaha.
eh ayah pun kena terima kasih jugak sbb kalau bukan sebab ayah yang bawak, mmg xde la  chef pada hari kejadian. tehehe.
eh, achik la yang bawak kereta. ah terima kasih jugak la. kak pun, terima kasih jugak. ili, hampeh x berguna langsung. kah3.

Ketiga, goodies bag. Kebetulan jumpa hello kitty plastic bag ni kat Glowing Party House. murah je. 10 keping, RM3.90. kan murahh tu. aku beli 20 keping. Yang dalamnya, aku isi alat tulis winnie the pooh / barbie, belon, mask, ape nama benda alah yang tiup2 bunyi bising tu (tak tau nama) dan cloud9 waffle. yang bernasib baik je yg dapat cloud9 waffle tu sbb hari tu masa sibuk masukkan dlm goodies bag tiba2 tak cukup. ingat nanti beli lagi. mmg dah beli tapi bila majlis dah selesai baru ingat waffle tu dlm kabinet lupa nak masukkan dlm goodies bag. wakaka. maaf naa.


Keempat, decoration. Bab deco-deco, aku buat sendiri. konon DIY la sangat. puihh!







Banner atas ni aku buat sendiri. kan dah kata konon DIY. Gigih aku buat kat ofis. lepas kul 5 petang je, cepat2 main gunting-gunting dan tampal-tampal. yang bunga-bunga comel tu beli kat Mr DIY jusco equin. murah je rm1.90. miehehehe.


 Cupcake 3 tier tu beli kat Mr DIY harga RM5.50 sahaja. Balang bertutup tu aku beli kat ikea harga tak ingat tapi bawah rm10. Candy jar yang tinggi kat belakang tu, bekas smarties n jelly, white plate, patung hello kitty dua set siap kerusi dan alas meja aku sewa dengan @partyliciousbydyahaha. boleh search instgram. puluh-puluh hengget je. mudah dan senang nak berurusan dengan kak Dya ni. Deco semua buat sendiri naa. mungkin nampak serabut sikit tapi LANTAK LA sbb majlis dah lepas. hahaha.



Photobooth ni plk hasil kerja keras adik aku, fatin. bersengkang mata dia buat malam-malam. frame dan ptung hello kitty serta kerusi tu la yang aku sewa sekali dgn candy jar. Nasib baik budak-budak yang datang tak bersemangat sampai terbawak balik patung tu. jenuh aku nak menggantinya.kakaka.



Doodle-doodle ni hasil tangak pakciknye plk. Mmg hantu lukis si achik ni. Dia yang offer diri lukis benda ni. 





















nak jugak hello kitty kat tempat ambil makanan ni. Idea last minute. kata pun tema hello kitty.


Kelima, kek Damia. seminggu sebelum majlis order kat Kak Eda, kawan husband masa di JAKIM dulu. murah kek ni. mokcikk suka sangat sbb ada orang puji sedap kek ni. betul tak Kak Mas? kehkehkeh.


Nak jugak hello kitty. 















dannnnnn




akhirrr kataaaa....











Itu sahaja. sebab tangan dah lenguh menaip. Bye! 


Hari Kejadian ; Sambutan Hari Lahir Damia Nur Farysha

Happy 2nd birthday, princess!





3.4.2012 - 3.4.2014.

24 months ago, the world greeted u into this world with joy and delight. Today, we feel all the more happy to see your sweet face.

May u continue to grow up more and more adorable over the years. May Allah s.w.t. bless u and give you a healthy life ahead. 

Happy 2nd birthday, Damia Nur Farysha!