Showing posts with label Pendapat Makcik Farra.. Show all posts
Showing posts with label Pendapat Makcik Farra.. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Bila orang berkata tentang anak-anak kita.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






























Mood yang sedih dan frustrated hari ni. Hohohohohohhuaaaaa. Emotional pulak hari ni. 
Ramai pulak kawan sama-sama wassap mengadu masalah yang sama kan. huhuhu. Anak menangis, mengamuk, menjerit, tantrum. Stress rasanya bila kita tak dapat handle anak tantrum. Lagi stress kalau orang keliling bersangka buruk. Hal anak ni selalunya memang sensitif la bagi seorang ibu .  Tapi tak tau la kalau orang lain. Bagi aku, sensitif. 

Dah nama pun ANAK KANDUNG. Bermaksud, anak yang kita kandungkan 9 bulan, yang kita lahirkan dan kita besarkan dia. Siapa yang tak sayang anak. Aku cuba cari masa untuk bersama anak memandangkan siang bekerja, malam pula sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Aku sentiasa cuba cari dan tambah ilmu dalam hal-hal penjagaan dan pendidikan anak-anak juga. Ini pun bernasib baik suami yang baik lagi hensem ada membantu. ;P 
Ini bukan alasan tapi kenyataan.

Aku bukanlah tak suka terima nasihat. Tapi nasihat tu akan diterima dengan hati yang terbuka InsyaAllah kalau dari ibu bapa dan mertua kita atau orang-orang yang berpengalaman. Tapi yang muda-muda ni, sedapnya  mulut berkata-kata, rasa ilmu dia dah penuh dada sangat ye. 

Takpe, kita tak marah pun. Kita sukaaa sangat. Bukannya kita boleh tutup mulut diorang yang nak berkata-kata tu dengan tangan kita pun. Lagipun, euuuuu geli.....  kuikuikui.

Macam ibu cakap, jaga anak tak sama dengan jaga kucing :P Hamboiii kasar ayatnya tapi mendalam maksudnya. Kekekeke.

Ini baru dua anak. Kalau 3 anak? 4 anak? 5 anak? 

Biarlah orang nak kata ape. Kita je yang insyaAllah kenal anak kita dan macam mana nak handle anak-anak kita. Mulut orang memang sedap je berkata. Mungkin dia belum hadapi lagi situasi yang sama atau dia bernasib baik tak pernah hadap semua ni kan.. Takpe la kita doakan, dia dipermudahkan segala urusannya oleh Allah s.w.t.

Setiap anak adalah berlainan dan unik. Bukan mudah nak besarkan anak. Petik jari anak dah pandai itu ini. Macam-macam ujian yang datang. Tapi ujian tu yang mebuatkan diri kita berfikir, belajar dan menjadikan diri kita lebih kuat. Jauh lagi perjalanan ni. InsyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya oleh Allah s.w.t. Amin.

Ape pun, kita sedarlah, "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND."

Mummy Daddy akan cuba berlaku adil dalam kasih sayang untuk anak-anak Mummy . InsyaAllah tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. Semoga kakak Mia dan Anna jadi kawan yang baik dan mjadi anak-anak yang solehah.
Sayang kakak Mia dan Anna. 

*Muka kakak Mia senyum macam ni, sebijik macam muka aku masa kecik. Ikat rambut tocang pun sama. ;P



Akhir kata,

"LEBIH BAIK MENGINTAI KEKURANGAN DIRI SENDIRI DARIPADA MENGINTAI KEKURANGAN ORANG LAIN."


Sekian.







Wednesday, March 12, 2014

Keselamatan di taman permainan kanak-kanak

Kemain lagi tajuk pagi  ni. ngehngehngeh.

Petikan dari http://www.myhealth.gov.my
Walaupun menyediakan tempat untuk bergembira, bersenam dan beriadah, taman permainan kanak-kanak boleh menjadi suatu tempat yang berbahaya jika keselamatan tidak di ambil kira. Setiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan.
Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia).

Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :
  • Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
  • Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
  • Terluka atau tercalar.
Peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur dan jongkang-jongkit.
Pengawasan kanak-kanak
  • Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
  • Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
  • Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan.
  • Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
  • Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.

_______________________________________________________________________________

Mari baca ulasan makcik ni.




Memang pengawasan terhadap kanak-kanak semasa bermain tu penting. Macam aku, aku ikut je mana si Damia di pegi. ohhh iadakah itu dikategorikan sbg mengawasi atau mengongkong?. takdela. aku ikut die mana die main tapi tengok jela. pandai2 la dia naik tangga sendiri ke apa.

Pastu aku tgk ramai akak2 dan abang2 tengok dari jauh anak dia. itu takpe. TETAPI


Kes 1 :

Kalau nk tengok anak main jauh2 tu, tengok la dulu umur anak tu. Ni sorang akak ni die biar anak die yang berjalan pun mcm x betul lagi. mungkin dalam 15 bulan ke bawah sbb comel sgt budak kecik tu. dibiarnya main sorang2, jalan sorang. pastu bila ada anak orang lain terlanggar anak dia, kemain marah lagi dgn anak orang lain tu. dah kesian budak tu terpinga-pinga kena marah sedangkan tak sengaja terlanggar. biasa la budak2 main mana ingat dunia oii. awak tu, pegi la teman anak awak berjalan. kesian budak tu kejap jatuh kejap jatuh berjalan. kalau situasi macamni, mmg tak sesuai nak duduk tengok jauh2 ye.


Kes 2 :

ni plk yang pasal makcik2 yang suka berborak dan menganyam ketupat sampai tak hengat duniawi. biasa la makcik2 kalau teng bergosip, orang keliling pun tak dipandang termasuk anak dia. anak dia plk kejak2 datang mengadu itu ini. sampai la anak dia mengadu kat mak dia, "mak, adik jatuh." Tau tak mak die jawab apa? "Tolong la angkat adik tu". pastu anak dia ckp lagi,"adik taknak. die tolak kite" Mak dia naik berang, "hishh mak nak borak pn tak senang. kan mak dah cakap main elok2 dengan adik. adik bawak sini!" Kesian. niat hati nak tolong adik, dia plk yang kena marah. 

Pastu aku tergelak bila dengar anak dia jawab balik, "bila masa mak ada cakap main elok2 dengan adik? takde pun".

Terus mak dia bagi jelingan yang mengerikan. 

kihkihkih!


Kes 3 :

Mak berdiri la ikut anak tu main sana sini. tu dah elok dah. tetiba boleh plk bergayut dlm handphone sampai bergosip. bila anak jatuh, dikepit handphone kat ketiak, angkat anak tu, pastu sambung balik gosip. haiyooo ini orang pun ada ka?


Kes 4 :

Ni bukan la kes pun. ni kira yang ok punye. mak die langsung tak tengok handphone, x berborak. duduk tepi tengok anak main. anak jatuh, suruh bangun kalau jatuh tak teruk. tapi ada jugak anak die cari pasal pergi terjun dari tingkat atas papan gelongsor tu. mak die relaks je tak marah sambil bagi nasihat kat anak. sampai la anak dia dah bosan main, anak dia ajak balik nak mandi. 
ha, yang ini boleh jadi contoh yang baik.

Kes 5 :

Kes ni jenis yang duduk jauh2 tapi mata tu menghadap handphone memanjang. tak boleh bla siap gelak sorang2. nasib baik ko kat zaman serba moden. kalau zaman dulu, mau ko plk yang kena gelak tetiba ketawa sorang2. pastu anak bergaduh kat depan. sampai tahap jerit2 mencarut punye, mak/bapak diorg boleh jerit dari kerusi tu, "banglong, mengalah la dengan angah" TAPI, MATA still kat handphone. sampai tahap dah bergusti2, mak/bapak tu naik angin terus datang pukul sorang2 anak tu sambil jerit, "ko balik sekarang! sehari x menyusahkan orang tak boleh?" tapi mata tetap kat HANDPHONE. 

Saksi-saksi kejadian hanya terpinga-pinga dan membuat spekulasi sendiri termasuk la diri aku. Eh! aku x cakap aku ni perfect sgt jaga anak main sampai tak pegang handphone. mana boleh tak pegang handphone. habis tu yang aku dok tangkap gambar anak aku tu, bukan pegang handphone? 



Aku mmg sentiasa mengawasi anak aku main. Siap guna camera handphone lagi.  eh, siap upload dlm instagram lagi tauuu. agagagaga.


Tuesday, October 8, 2013

Mungkinkah?


Nenek suka amik gambar bersama makcik ni.  Makcik ni cool dan gojes sgt. I loikkeeee!

Mungkin......

Mungkinkah?

Mungkin dah biasa nenek selalu tunjuk front camera kt die.

Mungkin makcik ni kesian tgk nenek bersungguh2 nk bergambar dgn die. Konon retisss.

Mungkin nenek dan makcik ni sama2 feeling cute sgt kononnye.

Mungkin juga makcik ni sebenarnya mmg over klu nmpk camera. Sbb kadang2 gambar nenek tenggelam makcik punye kerja.

Ye mungkin.






Friday, September 27, 2013

Lost World of Tambun. Vacation la sangat.


Cerita 21sept tp baru update 8 okt. dah lama duduk dlm draft. Cume x publish. Tgh malassssssss mood melayang jauh. Teruskan la cerita sebenar. 


Ceritanya begini....

Biasa la sape2 pun klu xde bos, mmg tangan gatal je nk survey itu ini. Tengah berbual dgn sorg staf sini , dia kata pegi la Lost World of Tambun. Bunyi mcm wowwww! Tanya kak izan pun die kata ok je kat sana. Mcm best je. Lgpun mmg dah lama x holiday2 ni. Cehhh.

Survey2 kt agoda, dpt rate RM240 satu mlm sekali dgn breakfast, free entrance hot sring and spa dan diskaun ke theme park. Ok la tu. Tgk gambar mcm cantik tp mmg cantik pun. :)

Kitorg bertolak kul 11pg tp bukan terus ke sana ye. daddy sibuk nk repair gigi kt presint 8. Mommy dgn Damia ke Alamanda berdua je. Ingat sekejap je. Berjanggut aku tunggu x jugak siap. Last2 kul 1lbih siap, dekat kul 2 baru gerak ke sana. Dalam perjalanan, mommy dan Damia dah selamat mandi water park dlm mimpi. Zzzzzzzzz. 

Kitorg smpai dlm kul 5lbih. Check in terus kuar pusing2 tgk keadaan sekeliling. Nice sgt sbb sunyi.

Hi semua, jemput makan!

Yg tergantung hijau tu tmpat letak pampers brand drypers tp dlmnye huggies ^_^¥

Buai mmg wajib bwk. Penuh seat belakang dgn buaian je.

Lepas maghrib, kitorg cari mkn luar. Konon nak melawat tapak. First time kot sampai Ipoh Perak, haruslah jakunnnnn! Miehehehe.

Kami suka putih!

Makan jela kt pizza sbb senang dh tau nk bg Damia mkn ape. Faveret Damia mushroon soup. Kih3

Kul 10 mcm tu balik hotel, sebelum tu ingat nk tgk hot sppring tu dah alang2 dpt tiket free. Lgpun tutup kul 11mlm. Tetapi, "maaf encik, nak masuk kena pakai swimming suit." Dengan muka hampa kitorg pun balik bilik terus sbb klu kata nk tukar baju pun, mmg xkan sempat.

Esok pg lepas breakfast, pegi amik adik ipar, epa kt politeknik ungku omar. 15min dah sampai.

Lepas tu beli tiket, baru masuk theme park.

Damia : mommy, rasa geli2 la sbb x pakai pampers.
Mommy : kihkihkih ;D






Lepas mandi2, Damia mengamuk sbb lidah terkena minyak yuyi, terus tertido.


Nampak x sunburn kitorg. Dah berbelang cmni baru terpikir sunblock. Ampun nak! Ampun!



Roller coaster (dah mula malas nk tulis caption)


Petting zoo.


Naik train pusing2


Sblm balik mkn tau fu fa. Mcm kt putrajaya xde je kan. 


Kul 11mlm sampai rumah.

Bye! 

-.-