Wednesday, January 20, 2016

Suka bergaduh / berebut mainan -___-"



Tengok dari jauh macam baik je diorang ni. Nampak macam geng baik je.

Sebenarnya, ianya adalah disebaliknya. ;P

Si kakak tengah marah adik dia ambil mainan dia. 

Adik dia pulak tak faham pape. Semua benda dia nak masuk mulut, semua benda nak baling. 

Kakak dia marah bukan sebab kedekut tapi sebab si adik masukkan barang dalam mulut. Si kakak marah adik dia kata, benda tu kotor dan bahaya.

Si adik tak faham. pergi baling barang dan cubit kakak dia. 

Kakak dia berang, marah adik dia, rampas barang dari adik dia. 

At last, dua-dua menjerit, melalak. Yang si kakak pandai cakap panggil mummy daddy pastu mengadu. 

Yang si adik pulak guna senjata khas dia.


 Tengok muka adik dia lepas gaduh. Ni la senjata khas dia tu.  Muka kesian je. Macam mana la mummy tak cair tengok awak bambam?

Kakak dia ego. Pastu cakap taknak kawan Anna.

Macam mana nak handle tu?

Rasa nak peluk dua-dua tapi kakak dia ego tinggi sangat macam daddy dia. Eh? ;P

*tapi setakat ni, belum pernah nampak kakak Mia marah adik dia sampai naik tangan atau cubit. Sekurang-kurangnya, dia yang mula nangis dulu. Hahaha*



_____________________________________________________________________

Akan datang, perlu pratikkan tips ni..


Tips tangani anak yang suka bergaduh :
  1. Jangan memihak dan jangan campur tangan kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.
  2. Hati-hati dengan anak yang suka mengadu.Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak sahaja hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. So parents, jadilah pengadil yang adil dan saksama. Tanya kedua-dua anak yang bergaduh itu, dan lakukan siasatan sebelum mempercayai aduan anak. 
  3. Jangan suka membuat perbandingan pada siapa yang betul mahupun salah. Elakkan daripada mencari salah siapa. Sebaliknya, lakukan penyelesaian cara baik iaitu dengan cara meminta maaf. (Ajar anak bersalam memohon maaf dan peluk sesama sendiri) 
  4. Bantu anak-anak mengelesaikan konflik dalam pergaduhan dan ajar mereka cara untuk bertolak ansur, berkongsi dan juga sabar. Lakukan diskusi dengan anak-anak walaupun mereka masih kecil, tetapi komunikasi berkesan akan memberi respond yang positif kelak. 
  5. Apabila anak-ank bergaduh, ibu bapa jangan ambil tindakan menengking ataupun meninggikan suara sebagai cara meleraikan pergaduhan. Hal ini akan menjadi ikutankepada anak-anak nanti. Anak-anak akan belajar dari ibu bapa, kerana mereka adalah cermin ajaib kepada kita. So keajaiban yang macam mana kita mahu ciptakan? Tepuk dada, tanya iman. 
  6. Selalu luangkan masa bersama anak-anak. Ambil peduli masalah mereka dan bantulah mereka dengan menjadi pendengar yang terbaik. Aktiviti bercuti, beriadah bersama dapat menguatkan ikatan kasih sayang sesama keluarga. Rasa kasih dan sayang yang tinggi akan mengurangkan pergaduhan.

Sumber : sini


Sekian ;)