Nak cerita, dah basi rasanya. kekeke. Tepek kat blog jela sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri ;D
18.9.2015 - 21.9.2015. 4 hari 3 malam je eprginya. Dah tanam hasrat nak ulang trip ke sini la sebab tak sempat nak menjelajah pulau-pulau kat sinun. Dah namanya pun Angah kahwin. Itu la tujuan asalnya. Kena la sedar diri ;D
Pengajaran la kali ni sebab tak bawak kamera sendiri. Ingat boleh la mintak gambar kennnn. Sekali bila nak mintak, rasa malu la pulak. Peringatan diri sendiri, jangan bergantung harap pada orang lain. -__-
Menginap di Cyber City Apartment. Sangat puas hati dan bersih apartment tu.
Gambar apartment takde, semua gambar takde!!! *histeria kejap*
Bila ada gambar, gambar pulak tak cantik! Sbb hp kitorang tak mahal.
Hp mahal, gambar cantik!
Hp murah, gambar haprakk!
T__T

18 Disember 2015.
Flight jam 2.15 petang. Masa ni, kakak Mia merengek tak sabar nak naik kapal terbang. Asal nampak kapal terbang je, dia kata nak naik. Sampaikan minak bergambar pun dia jadi bad mood. Haha.
19 Disember 2015
Jalan-jalan time. Pergi area Kundasang, Desa Cattle Dairy Farm, Rumah Terbalik Tamparuli, Sg Moroli Kg Luanti, shopping sikit2. Last sekali, singgah makan ikan bakar . Memang sangat penat, balik apartment, tidur.
Tiket Rumah Terbalik Tamparuli -
Dewasa : RM10 (Mykad) ; Kanak-kanak : RM5
Best masuk sini siap ada penerangan. Tak boleh tangkap gambar kat dalam nanti kena denda.
Tiket Fish Spa Sg Moroli Kg Luanti -
Dewasa : RM5 ; Kanak-kanak : RM 2 (6-12tahun)
Bawah 5 tahun, FOC. hehe.
Baru tau, masuk sini, ada had masa. Dia siap-siap bagi nombor. Bila habis masa, dia panggil nombor kita untuk keluar dari situ. Bagus la dia buat macam tu. Bagi peluang orang lain pulak. Kalau tak, muka ko jela yang berjam-jam kat situ. ;P
Tiket Desa Cattle Dairy Farm
Dewasa : RM5 ; Kanak-kanak :RM4
Gelato ice cream yang sangat sedapp dan tak muak langsung bila makan. Susu fresh pun sodapp. Tapi macam biasa la boleh telan yang coklat sahaja. hehe.
Ni budak kuat menyaman Mummy Daddy dia. Jadi anak manja sekejap la sebab adik dia tinggal kat nenek. ;P
20 Disember 2015
Tiba masa Angah nikah. Pagi nikah dulu kat Masjid Terapung. Malam baru bersanding Dewan SESB.
Sementara menunggu, gosip dulu dengan mak dan makcik2. Hahaha.
Angah officially married person .
Singgah makan lokan
Rasa macam kerang je cuma lokan ni besar daripada kerang.
Malam , attend majlis bersanding Angah kat Dewan SESB ni. Lain tradisi sini. Majlis bersanding diorang buat macam dinner event. Full dengan karaoke, 3 kali persalinan, sia ada joget poco-poco ramai2 tapi aku tak join sebab kepala sakit yang tak menahan malam tu terus takde mood -__-.
Kesian kakak Mia. Cuba cari kawan tapi semua sombong. Kekeke ;D
21 Disember 2015
Pagi sebelum balik sempat borong kerepek, ikan masin, ikan kering, udang kering gelang untuk cenderamata dan ntah tak ingat dah. Hohoho.
Tengahari tu dah gerak ke lapangan terbang.
Balik la ke Putrajaya yang tercinta semula. Ni dah naik ERL ke Putrajaya. Gambar dalam flight takde la dalam simpanan sendiri. Malas nak pikir.
Kakak Mia la paling seronok sebab first time naik flight. Omeyyy je.
Oooooooooooooooo lupa! Pengajaran satu lagi, kalau pergi lebih 2 orang lagi-lagi guna satu beg je, aku kena beli luggage siap2. Masa kat KLIA lepas je bawak masuk. Tapi kat Sabah dari jauh dah kena reject! Tapi aku tengok ada orang beg lagi besar lepas je . Nasib tak menyebelahi kitorang masa tu.
Bayangkan, barang 3 orang kot dalam satu beg. Tau kan mcm mana beratnya. Nasib baik tak bawak Arianna -__-. Tau la kakak Mia kan fefeeling model, dengan susu, pampers dia, gitu la jadinya. Dah tak pasal-pasal kena tumpang luggage mak abah. Nampak tak ayat nak backup diri, semua salahkan barang anak. HAHAHA)
Aku pulak tak bajet pun yang aku akan memborong ikan masin tu semua.Ingat malas nak beli tapi bila depan mata......Nafsu perempuan tau jelaaaa.
Over sangat ko ni! * hentak kepala kat meja* Adoiii segan je. Maafkan kami . T__T

Keseluruhannya, seronok tapi memenatkan. Pergi mana je yang tak penat kan. kalau tak penat, bukan berjalan-jalan la namanya ;D
Masa ni, Tuhan sahaja yang tau betapa rindunya kitorang dengan Arianna sebab first time tak jumpa selama hampir 2 minggu T__T
Sekiannn.