Siapa yang pernah alami anak susah nak makan, tengok makanan je nak lari?
Seriously, stress bila anak taknak makan tau.
Aku pernah alami perkara yang sama masa kakak Mia mula masuk setahun macam tu. Susah betul nak makan. Try buat makanan tu bentuk cantik-cantik yang seakan bento kononnya. Dia selerakkan, pastu taknak makan jugak. Aku fikir mungkin mummy dia masak tak sedap kot -__- Tapi aku rasa sendiri makanan dia yang aku masak tu macam sedap je ;P
Tapi try la kat mana-mana, tak kira siapa yang masak pun, memang taknak makan. So, maksudnya bukanlah mummy masak tak sedap. Memang dia sendiri taknak makan. Sampai kerap juga la kena ulang alik pergi klinik temujanji pemeriksaan dan pantau berat badan dia. Berat naik pun setakat 100-200g je selama 2 bulan. Apa nak jadi daaaa.
Dia bukan taknak makan nasi langsung. tapi jenis makan 2-3 suap, lari. Aku rasa dia bukan taknak makan. Tapi dia fikir nak main je. Budak nak membesar memang suka bermain. Biasa la anak pertama, gelabah semacam. -__-
Dia bukan taknak makan nasi langsung. tapi jenis makan 2-3 suap, lari. Aku rasa dia bukan taknak makan. Tapi dia fikir nak main je. Budak nak membesar memang suka bermain. Biasa la anak pertama, gelabah semacam. -__-
Satu hari tu, aku tengok dia susah sangat nak makan nasi, aku try buat spageti, laju dia makan. Tapi kali kedua buat, taknak pulak. Aku try buat lempeng. Eh, dia laju makan. Sekeping boleh habis. Esoknya, buat spageti terus taknak. Buat lempeng habis jugak. Tapi kena tekap, buat bentuk-bentuk cantik sikit untuk tarik perhatian dia.
Sejak dari situ, aku cuba pelbagaikan lempeng tu. Tapi setiap kali aku buat lempeng, aku mesti letak susu dia. Kalau tak letak susu , tukar milo plk. Milo tu aku guna lepas umur dua tahun.
Dan sampai sekarang la lempeng tu jadi makanan harian dia bila dia duduk rumah. Jarang sekali skip. Asal bangun tidur je, "Mummy, nak lempeng". Walaupun balik kampung Yong Peng, tetap mintak lempeng tapi mintak kat nenek dia pulak. Servis bertukar tangan bila balik kampung ;P
Mudah, cepat dan ringkas je nak buat breakfast macam ni
Budak UPSR pun boleh buat. ;P
Lagipun, aku takkan mengaku yang aku ni tak pandai memasak. Faham? kekekeke ;D
Mudah, cepat dan ringkas je nak buat breakfast macam ni
Budak UPSR pun boleh buat. ;P
Lagipun, aku takkan mengaku yang aku ni tak pandai memasak. Faham? kekekeke ;D
Kakak Mia ni jenis memilih. Kena tanya dulu nak lempeng ape.
Kalau dia kata hitam, buat lempeng tu guna milo.
Kalau lempeng putih, buat guna susu formula.
Lempeng 1
(yang pertama kali aku buat untuk Mia)
Tepung
Nestum
Susu formula
Kismis / Kurma (Kurma buang kulit dan potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Lempeng 2
Tepung
Nestum
Milo
Gula (sedikit bagi rasa manis)
Air secukupnya
Lempeng 3
Tepung
Pisang
Susu formula
Gula (sedikit bagi rasa manis)
Air secukupnya
Lempeng 4
Tepung
susu formula
Air secukupnya
Lempeng 5
Tepung
Oat
Susu formula / Milo
Gula (sedikit bagi rasa manis)
Air secukupnya
Lempeng 6
Tepung
Nestum
Susu formula / Milo
Gula (sedikit bagi rasa manis)
Air secukupnya
Pandai-pandai la pelbagaikan lempeng tu. Selagi anak tak merungut kata tak sedap, selagi letak jela apa yang aku rasa bagus untuk dia. Contohnya, kurma dan kismis.
Kalau nak lagi sedap, letak cip coklat, rasanya memang nyamnyamnyam!
Tapi masa memasak lempeng untuk anak, better guna planta je.
Kalau buat lempeng, adik dia sibuk tumpang sekaki. Makanan dia sendiri taknak makan -__-
Muka aku ni dah rasa macam muka lempeng. Hahaha. Tapi sekarang dah takde masalah nak makan. Tak payah dah nak buat bentuk cantik-cantik nak tarikh perhatian dia ;P Sekarang kuat makan.
Inilah sejarah kakak Mia suka lempeng ;P
Lepas ni mummy nak belajar buat kek pulak la. Agak-agaknya, kakak Mia bangun tidur dia mintak kek pulak tak? ;P
Inilah sejarah kakak Mia suka lempeng ;P
Lepas ni mummy nak belajar buat kek pulak la. Agak-agaknya, kakak Mia bangun tidur dia mintak kek pulak tak? ;P