Friday, August 28, 2015

Celoteh Arianna :)










Hi nama I, Damia Nur Arianna binti Edinoor Ezanee. U can call me Baby Anna, Anna, Emon or Arianna. But don't call me Mia or Damia plss. Nanti kakak I perasan lebih. Padahal nama I Damia jugak kan. 

I tak faham kenapa kakak I selalu berangan nak jadi semua princess. Elsa, Cinderalla dan lain-lain. Bila  I senyum depan kakak I dengan pandangan, "I boleh jadi princess juga ke?" Kakak I laju je kata I jadi Emon je. (Emon - Doraemon)  Nak dijadikan cerita satu hari tu, kami sekeluarga berjalan-jalan kat shopping mall. Tetiba kakak I semangat terjerit panggil mummy,"Mummy, Mummy! tengok ni!" Sampai I pun teruja sama pandang kakak I nak tanya, "kenapa kakak? kenapa?" Tapi tersekat pulak suara kat kerongkong I ni. Nasib baik mummy I dah tolong tanyakan kakak Mia kenapa. Nak tau ape yang kakak Mia kata, "Mummy, tu emon kan? Sama dengan baby Anna! Haaa sama kan." 
WHATTT IN THE WORLD?!


Biarlah emon ke ape yang penting i mantain cute sudah la kan. Sekarang ni I dah masuk 7 months. Berat pun dah hampir 7kg. Yeah! Mummy Daddy, i'm a big girl now. So, tak payah la mummy daddy nak dukung-dukung I sangat. I boleh berdikari sekarang. kikikiki ;)

Well, I sekarang ni tak minat sangat nak mengensot or merangkak semua tu. Buat masa ni I meniarap dan pusing-pusing 360 darjah je yang boleh. I bukan ape la. I kalau boleh nak meniarap dan  terus belajar berdiri dan berjalan. Macam Mummy I masa dia baby dulu. Tu nenek I yang kata la kan. Kalau nenek I tipu I, maksudnya I pun tipu U juga lah. 
So plss hashtag #PrayforDNArianna ;P

Pasal makanan pulak. I nak tanya la. Does baby food taste good? Absolutely not! Lately, I lebih suka makan makanan orang dewasa berbanding makanan I sendiri. Sebenarnya mummy I masak sedap..... kot....... sebabb kakak Mia selalu habiskan makanan I tapi mungkin I ni tekak western or vegeterian. Mungkin juga mummy I boleh try la buatkan I lamb steak yang harga ribu-riban macam kat Me'nate Steak Hub tuuuuuuuuuuuuuuuu.

I memang peminat susu. kalau boleh lepas makan, I taknak minum air masak yang takde rasa tu. Better I minum susu suam-suam. Baru ada feeeeeeeeeeeeeeeel sambil nyanyi lagi "I feel good!". Taktik I senang je. Kalau lepas makan, mummy I bagi air guna straw, I semburkan je balik air tu. Buat je dalam 5-6 kali. Bila mummy I risau I tak minum air masak, mummy I cepat-cepat ready susu untuk I. Bijak kan? -__-

I kan suka sangat main dengan kakak Mia. Dia berlari je pun dah cukup lawak bagi I. Automatik boleh gelak tau. I pun tak tau kenapa. Nanti dah besar I nak jadi kawan baik kakak I je. Sebab kakak I pandai ambil hati I, pandai jaga I bila mummy I masak or mengemas walaupun ada sedikit kedekut. Sayang kakak Mia ;) Kihkihkih.

Sebelum tu, I lupa nak bagitau. I kurang hisap puting tau. Kadang-kadang puting tu satu hari jadi hiasan kat buaian. Ntah ape rasa, Dahlah rasa getah je. Tapi kakak I la yang selalu ambil senyap-senyap. I nampak tapi I tak boleh kata pape. Macam I kata td, suara I tersekat di kerongkong kan. I nampak dia ambil senyap-senyap puting tu pastu dia hisap belakang mummy. Bila mummy I cari puting tu, tak jumpa. Nanti la I inform mummy I bila suara I dah boleh keluar semua dari kerongkong ni. Uhukkk uhukkk!

Eh tapi kaki I ni dah kuat tau. Jangan main-main. Kalau naik walker, dah boleh pusing satu rumah ok.  Jangan berani pandang rendah pada peha I yang gebu gebasss ni. Kena free-kick nasib le.


ok la I nak bagi mummy I satu lagi. Lagu ni faveret I sepanjang masa. Lagu legend ni :

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk Anna pandai
Siang malam hisap susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Anna jangan menangis
Mummy pergi kerja.

*Papepun, tolong jangan viralkan gambar I yang seksi tanpa seurat benang ni ye. 

Bye.