Perasaan memang riang gembira tak terkata. Print screen pergi wechat kat Ibu ayah dan suami.
Namun sesungguhnya, tiada riak di hati ketika upload gambar ni sebab ramai je yang sambung study macam ni cuma mungkin masa aku terlewat sikit. Hehe.
Inilah rezeki bulan puasa, rezeki anak-anak dan rezeki diri sendiri dan rezeki daripada Allah. Tapi mungkin ini ujian juga bagi kami. Bukan mudah nak tolak tawaran macam tu je. Hari-hari berzikir dengan suami nak nangis. Bukan la berzikir memaksa tapi terkilan. Yela bukan senang nak apply sambung belajar. Dah ada anak baru berpeluang. Tapi tapi tapi.......
Cerita la sikit. Sebenarnya bersusah payah kami (aku dan Ain yeye) pegi buat surat beranak yang dah hilang, ajak suami pergi PoliPD mintak balik transkrip dan Sijil Diploma bayar RM60. Pastu pergi amik Sijil SPM tak hengat bayar berapa tapi Ain juga yang teman walaupun sebelah blok ni je haaa. hehe. memang berterima kasih kat makcik sorang ni dan suami sebab banyak tolong. Semangat la nak belajar sebab dah ada geng.
Tapi bila tiba masanya, bukanlah mentah-mentah aku tolak. Mula-mula fikir kewangan yang tak menentu nk bayar yuran kemasukan. Bila tanya ayah, respon yang positif. Alhamdulillah. Ibu ayah pun suka bila anak dia nak belajar. Bincang-bincang semula dengan ibu , ayah dan suami. Fikir masak-masak sampai terbawak-bawak mimpi. Bangun tidur kang termenung pulak. Aku rasa betul ibu ayah dan suami bagi pendapat. Dan aku sendiri rasa aku memang tak boleh nak sambung belajar dan tak boleh la nak ikut orang . Sebab?
Siapa nak jaga anak-anak aku nanti? Kalau anak sorang, ataupun anak-anak dah besar boleh main sendiri takpe jugak. Takkan nak berulang-ulang hantar kat rumah mertua. Kesian pulak, sabtu ahad diorang nak rehat, kita pulak hantar anak kita untuk dijaga. Memang la wan dan atok dia suka je kot cucu-cucu kat rumah diorang tapi tak sanggup la aku menyusahkan orang macam tu. Lagipun duit minyak dan tol lagi. Kalau Daddy yang jaga, sorang dah membesar, sorang lagi pulak baby lagi. Sangat-sangat baby. Faham tak? Kakak Damia takpe la sebab dah tak baby sangat. Haha.
Pastu kewangan sepanjang belajar. Belajar nak kena ada laptop dan macam-macam kelengkapan. Kalau tak, macam mana nak buat kerja. Orang-orang yang tengah belajar mesti faham kan. Buat pinjaman komputer? Taknak sebab gaji bersih nanti makin kurang. Perbelanjaan bulanan pun makin kurang nanti. Kami bukannya orang kaya raya. Pastu nanti mesti la nak beli barang-barang baby sebelum dan selepas bersalin. Pampers, susu (kalau bukan rezeki baby untuk susu badan), baju anak dan keperluan lain semua dah jadi double. *terbeliak mata tertelan air liur*. Takkan aku sanggup tengok anak-anak makan ntah pape semata-mata mak ko ni nak belajar kejar cita-cita. Tak sanggup tak sanggup.
Pinjaman PTPTN lagi? Lagi la tak sanggup dah. Yang lepas aku cek aku punye PTPTN pun masih ada separuh tak berbayar. Aku rasa bayar PTPTN macam mana sekalipun, jumlah baki rasanya makin dibayar makin bertambah baki. Last aku bayar akhir tahun lepas ada lagi baki rm6k lebih. Tapi bila aku cek hari tu, ada rm8k lebih. Takkan interest tinggi sangat? Bukan aku sorang yang mcm ni kot. Tak paham aku. Dah tak berani aku nak tambah hutang untuk belajar. Sampai tua pun tak habis bayar kalau mcm ni. Ada jugak aku terfikir, kalau tak apply PTPTN, buatnya suatu hari nanti kena banyak guna duit pulak untuk urusan lain yang sangat penting wlaupun kumpul duit setiap bulan kan. Kemudian, pada masa yang sama juga tetiba kena pulak bayar yuran, mana cari duit? Takkan nak tangguh sem? Makin lambat la habis. Langit tak selalunya cerah. Jawapannya, PTPTN ada pun jadi masalah, takde PTPTN pun boleh jadi masalah. *pengsan* Tapi bagi yang banyak duitnya , mungkin ini bukan masalah.
Takkan la nak mintak suami bayar duit yuran setiap sem yang jumlahnya sama je lebih kurang dengan gaji bersih aku lepas tolak duit itu ini. Takde la aku sekejam itu. Makan pasir je la kami macam ni. Tak pun rebus batu. Sampai bila-bila pun tak makan, Haha.
Masa untuk keluarga terutama suami dan anak-anak terbatas. Macam kakak Damia dah besar takpe la. Bukan ape, aku jenis yang tak sampai hati tengok anak-anak kena tinggal sebab mak / bapak pegi belajar. So, automatik, perasaan yang sama timbul bila tiba aku pulak yang kena buat macam tu. Yang dah tengah-tengah belajar pastu baru nak pregnant rasanya takpe lagi la kot. Masa tu, kalau aku pun berada di situasi macam tu pun, aku nekad je terus belajar sebab lagi beberapa sem nak dihabiskan. Lagipun kalau dah mulakan, kena la tamatkan dengan jayanya kan. TAPI bagi yang baru nak bermula, jauh lagi perjalanan tau. Kang habis-habis belajar anak dah umur 4/5 tahun. Kesian dia. Kan masa baby ni la dia nak perhatian. Yela. Hujung minggu, masa dengan anak jadi kurang dari sebelum ni. Kang kejap-kejap assignment, pastu nak study bila nak exam, kot-kot ada pulak study group. Bila masanya dengan anak? Cuti sem pun bape minggu je kan.
Kalau nak nyatakan alasan memang banyak. Lagipun, masa apply pun situasi tak sama macam sekarang. Masa tu takde isi lagi dalam perut. Dalam otak cuma fikir Damia dah besar, dah bincang dengan suami, suami boleh jaga. Pastu terus pasang niat nak sambung study, amik ijazah dan apply kerja lain yg lebih baik tapi, sekarang dah lain situasi. Dah tak sama. Takpela. Korang yang nekad dan hati cekal, mungkin takkan faham. Dan takkan nak paksa orang untuk faham.
"Elehh, nak seribu daya, bila taknak macam-macam alasan bagi"
"Eleh, boleh je kalau nak. Pikir negatif je mana nak capai cita-cita"
Meh bagi aku duit RM50,000, buat belanja anak, bayar yuran, bayar pengasuh yang sanggup jaga sabtu ahad. Tak pun, tak payah bagi duit, kau tolong jaga anak-anak aku boleh? Tampar kang.
Tapi aku tengok ada je kawan-kawan aku yang mampu sambung belajar walaupun dah berkahwin dan beranak. Takpe la masalah orang kan lain-lain. Yang penting aku tau, aku tak mampu nak harungi semua ni terutama banyak melibatkan anak-anak. So, keputusan muktamad.
Taknak la nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Cukuplah rezeki yang Allah dah bagi selama ini. Alhamdulillah. Mungkin kemudian hari anak-anak dah besar sikit ada lagi rezeki belajar. Kalau dah rezeki, tak kemana. Takpun, biarlah anak-anak yang sambung cita-cita mummy kan.
Dah cukup-cukup. Meleleh hingus aku taip panjang-panjang ni. Biasa la anak yang mula selsema dan demam. Mummynye pulak, konon nak tenangkan anak, cium cium la anak, peluk-peluk anak. Last-last penyakit dia yang kita dapat. Haishhh.
Sekian.