pertama, pergi tempah belon kat Party Glowing House, Jalan Reko. Kak Izan yang kenalkan nama kedai ni. Belon-belon mmmg banyak pilihan. tinggal ada duit atau takde jela nak membayar. Aku bajet ciput je so aku amik belon helium color putih, soft pink dan fuchsia (semuanya 10 belon) daaaannnnnn satu belon hello kitty ni utk si kecik mummy ni.
kedua, setiap hari call ibu, tanya pasal makanan. Mesti kena tanya ibu sbb dia la chef pada hari kejadian. kalau harapkan aku masak sorang, kang satu dua makanan je sempat masak. tupun kalau bernasib baik sempat dua makanan. keh3. menu hari kejadian adalah :
- carbonara spagethi
- bihun goreng
- roti jala dan kari ayam
- roti sosej dan cheese
- nugget
- kuih apam soda / apam mekar
- kuih seri muka
-buah tembikai susu
- air sirap orange dan teh suam
dengan rendah dirinya, along ucapkan terima kasih kat ibu, sanggup nak datang dan masak. kalau ibu takde, terkulat-kulat anakmu sorang-sorang kat dapur sambil meleleh air mata. miahaha.
eh ayah pun kena terima kasih jugak sbb kalau bukan sebab ayah yang bawak, mmg xde la chef pada hari kejadian. tehehe.
eh, achik la yang bawak kereta. ah terima kasih jugak la. kak pun, terima kasih jugak. ili, hampeh x berguna langsung. kah3.
Ketiga, goodies bag. Kebetulan jumpa hello kitty plastic bag ni kat Glowing Party House. murah je. 10 keping, RM3.90. kan murahh tu. aku beli 20 keping. Yang dalamnya, aku isi alat tulis winnie the pooh / barbie, belon, mask, ape nama benda alah yang tiup2 bunyi bising tu (tak tau nama) dan cloud9 waffle. yang bernasib baik je yg dapat cloud9 waffle tu sbb hari tu masa sibuk masukkan dlm goodies bag tiba2 tak cukup. ingat nanti beli lagi. mmg dah beli tapi bila majlis dah selesai baru ingat waffle tu dlm kabinet lupa nak masukkan dlm goodies bag. wakaka. maaf naa.
Keempat, decoration. Bab deco-deco, aku buat sendiri. konon DIY la sangat. puihh!
Banner atas ni aku buat sendiri. kan dah kata konon DIY. Gigih aku buat kat ofis. lepas kul 5 petang je, cepat2 main gunting-gunting dan tampal-tampal. yang bunga-bunga comel tu beli kat Mr DIY jusco equin. murah je rm1.90. miehehehe.
Cupcake 3 tier tu beli kat Mr DIY harga RM5.50 sahaja. Balang bertutup tu aku beli kat ikea harga tak ingat tapi bawah rm10. Candy jar yang tinggi kat belakang tu, bekas smarties n jelly, white plate, patung hello kitty dua set siap kerusi dan alas meja aku sewa dengan @partyliciousbydyahaha. boleh search instgram. puluh-puluh hengget je. mudah dan senang nak berurusan dengan kak Dya ni. Deco semua buat sendiri naa. mungkin nampak serabut sikit tapi LANTAK LA sbb majlis dah lepas. hahaha.
Photobooth ni plk hasil kerja keras adik aku, fatin. bersengkang mata dia buat malam-malam. frame dan ptung hello kitty serta kerusi tu la yang aku sewa sekali dgn candy jar. Nasib baik budak-budak yang datang tak bersemangat sampai terbawak balik patung tu. jenuh aku nak menggantinya.kakaka.
Doodle-doodle ni hasil tangak pakciknye plk. Mmg hantu lukis si achik ni. Dia yang offer diri lukis benda ni.
nak jugak hello kitty kat tempat ambil makanan ni. Idea last minute. kata pun tema hello kitty.
Kelima, kek Damia. seminggu sebelum majlis order kat Kak Eda, kawan husband masa di JAKIM dulu. murah kek ni. mokcikk suka sangat sbb ada orang puji sedap kek ni. betul tak Kak Mas? kehkehkeh.
Nak jugak hello kitty.
dannnnnn
akhirrr kataaaa....
Itu sahaja. sebab tangan dah lenguh menaip. Bye!