Showing posts with label Birthday Damia Nur Farysha. Show all posts
Showing posts with label Birthday Damia Nur Farysha. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Hari Lahir kakak Mia yang ke-4 tahun ;)



Hai kakak Mia.

Selamat menyambut hari lahir yang ke-4 tahun pada 3.4.2016.

Semoga kakak Mia menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik. Mummy, Daddy dan Adik Anna sayang kakak Mia ♥


Macam biasa, sambutan simple mimple je untuk kakak Mia. Tak larat dahhh nak buat makan-makan ni. Badan makin tua agaknya ;P Kali ni mummy tak excited la sambut birthday kakak Mia. Buat persiapan pun ala kadar sebab time tu masing-masing pun batuk selsema badan letih je. But pape semua jadi malas. Tapi mummy tetap bersyukur sebab anak mummy membesar dengan sihat. InshaAllah ♥

 Gagahkan jugak decorate sikit untuk kakak Mia. Kali ni saja prank kakak Mia cakap, "Kak Mia, ada spider dalam bilik kakak Mia. Nak tengok tak?" Sebab dia pun dah faham kan. Dia nak tengok spider tapi tarik tagan adik dia mintak teman. Comel jee ;D







Penuh semangat kakak Mia pimpin tangan adik dia. Dia kata Anna takut spider. Elehhh... bukan kakak dia pun sama penakut keee? -_-


Bila masuk je bilik, teruss berkata....

Kakak Mia : woaahhhhhh! Birthday kakak Mia eaa?"
Daddy : Iyee la birthday kakak Mia 4 tahun ni.
kakak Mia " yeayyy! 4 tahun!

Nampak tak ape yang dia nak sebenarnya tu? Dia dengar ayat 4 tahun tu. Maksudnya? ;D



Potong kek amik gambar sikit terus serbu hadiah. Warna kuning dari Daddy. Warna biru dari Mummy. ;P



Adik Anna macam biasa ada di mana-mana. Tak habis-habis tekan handphone tu joget goyang bontot ;P


Tu yang dia tertunggu-tunggu sebenarnya. kek tu tak pandang pun . Ajak makan pun taknak -__-

Hadiah tu sebenanrnya ada ceritanya. Kitorang tahan perbelanjaan beli mainan dia. Bukan sebab kedekut dengan anak. Tapi sebab nak ajar dia bersabar sikit untuk dapatkan mainan. Lagipun memanjang beli mainan. Membazir je. 

Cakap dengan dia elok-elok, "Kakak Mia kalau nak mainan, tunggu 4 tahun boleh? Nanti birthday kakak Mia dapat mainan. Mummy Daddy belikan. boleh?"

Mula-mula protes jugak sebab dah biasa kalau dia nak mainan kita kesian dan beli. Nangis guling-guling pun kitorang tak layan. Tapi kali ni keraskan hati. Setiap kali mintak mainan,  ayat yang sama mummy daddy dia jawab. Dia pun naik menyampah agaknya dengar ayat yg sama ;P 

Akhir sekali, dia terpaksa akur. Sejak daripada bulan Januari, kitorang tak belikan mainan yang best-best. Setiap kali dia nak mainan, dia pandang mummy daddy dia sambil cakap, "Nanti Kakak Mia 4 tahun eaa. Mummy Daddy belikan. Princess, tanah liat, telur. "

Banyak betul wishlist dia. 

Bila birthday dia kali ni, janji kena tunaikan. Rezeki Mia time ni sebab ada member sale Toys R Us, IOI City Mall. Alhamdulillah ;)



Yang ni memang tak pandang mainan dah. Makanan memang top priority! ;D


Daddy jela layan kakak Mia bukak hadiah. Mummy tak larat nak tidooo. Penat setting birthday kakak Mia sorang-sorang dalam bilik. hahaha.

Sekian.





p/s: Ingat nak buat makan-makan kat cafe or restoran luar jemput adik beradik yang duduk dekat je. Tapi masing-masing ada hal kan. Nak buat macam mana. So cancel Plan A. Kita jayakan birthday kakak Mia dengan Plan B jela. Yang biasa-biasa sajeeee ;)) Pun ok jee. 







Tuesday, April 7, 2015

Hari minggu kakak Mia bersama Haziq

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Hari Ahad lepas mummy daddy bawak kakak Mia pergi main Kidz Paradise, The Mines sempena birthday kakak Mia. Mmg dah lama tak pergi situ. Rasanya sejak mummy mula pregnant. Kesian dia. Lebih meriah kali ni sebab Dila and family sama-sama join. 

Mmg seronok la dia main kat situ. Lebih-lebih lagi kakak Mia ada kawan, Haziq yang sebaya dengan dia tu. Memang menjadi la mood dia main. Tak ingat mummy langsung. Mummy pun tumpang gembira bila tengok anak mummy ni gembira sakan. 

Tiket masuk weekdays RM28.
Tiket masuk weekend,school holidays dan public holidays RM40.

kidzparadise.com.my

Kami pegi hari Ahad, RM40 la. Sebelum ni, RM38 je.  Stokin memasing dah bawak siap-siap dari rumah. Kalau tak, stokin sepasang RM4. 

Kat sini ada baby room. So, memang kerja mummy ulang alik je la pegi baby room bf kan adik Anna ni. Alhamdulillah adik Anna baik je sepanjang hari. Agak bosan tunggu diorang main. Nasib baik Dila ada jadi teman gosip. Kalau tak, mati kutu aku. Dah la line dalam tu mcm pffftt x boleh guna internet. Wifi pun problem. Apo la.

Tak best la sebab lupa nak wefie atau selfie. Kekeke.









Elok je budak berdua ni main sama2. Kelakar bila dgr diorang bebual. Best jadi budak kecik ni. Senang berkawan. Kalau gaduh pun, depan-depan. Pastu baik semula. Kekeke

Lepas dah beberapa jam dalam tu, pegi makan kat chicken rice shop.





Kemain budak berdua ni. Tgh gaduh, dapat aiskrim terus jadi kawan balik. 

Lepas makan, beli barang rumah jap, dan balik. Kakak Mia kepenatan terus tidur dalam kereta. 

Itu sahaja. Sekian:)







Saturday, April 4, 2015

Damia turns 3!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, kakak Mia dah pun masuk 3 tahun. Cepat betul masa berlalu. Mudah-mudahan kakak Mia jadi anak yang solehah untuk mummy daddy dan menjadi kakak yang baik dan penyayang untuk adik. 

Kakak Mia 3 tahun ni,  kakak Mia dah pandai bercakap. Lancar la cuma buat ayat tu kadang2 tak lengkap sangat. Kenal ABC. eh ABC tu dia hafal je sampai Z tapi kalau tunjuk huruf, semua dia sebut ABC. 123 pun sama. Kenal warna tu memang hebat la sebab mummy kenal warna masa tadika tau. Haha. Paling penting, dah tak hisap puting, tak tidur buaian, pandai jaga adik walaupun kadang2 suka jugak buli adik. 

Pastu sekarang suka pulak makeup. Asal nk luar ummah je, nk makeup. Suka sgt main makeup mummy. Tak dapat makeup mummy, dia amik la pape yang boleh dia bayangkan jadi makeup dia. Siap tgk youtube tu memang melampau. Haishhh. Main masak2 dengan patung tapi bila bosan suruh mummy daddy main sekali. Selalu anna jadi mangsa jadi baby dia. Apo la.

Kakak Mia memang kawan baik dan kadang2 jadi musuh mummy jugak. Lagi2 kalau part kemas rumah. Mula2 elok je tolong. Pastu lama sikit, dia pulak nak buat semua. Haihhh da la mummy ko pantang kalau orang lain kacau time mengemas ni. Confirm la gaduh. 

Puas fikir apa nak buat birthday kakak Mia ni memandangkan dah ada si kecik Anna ni. Agak terbatas jugak la nak bawak berjalan ke ape.

Last-last terpikir buat la jugak birthday party kecil-kecilan bersama keluarga kecil. Siapa kata tak ramai orang tak boleh party? 3 orang pun boleh.. Buat jela asalkan anak suka, hati rasa puas.






Persiapan birthday kakak Mia : Tema flower / bunga-bunga cinta. Cett.


Sebenarmya, semua barang dah ada kat rumah. Kertas warna warni, tali, alas meja. Cuma beli belon je kat speedmart. Tema kali ni lebih kurang tema flower atau dalam Bahasa Malaysia iaitu BUNGA. :P

Pasal kek pulak, kali ni ingat nak beli kek kecik je. Sbb kakak Mia sorang je yg suka makan kek. Sbab malas nak pegi dua tempat,  pegi la Alamanda, beli brownies + GST mcm biasa. -_-  Pastu singggah big apple beli donat 6pcs + GST jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Makan hati den ngn GST ni tau! 

Hadiah tu dah lama dah beli. Sebenarnya hadiah kakak Mia sebab dah tak hisap puting dan dah pandai tidur sendiri tak masuk buaian. Pulak tu waktu dia stop puting dekat2 pulak birthday dia. Sekali  bagi je la masa birthday. Kekeke. Tapi itu hadiah mummy untuk kakak Mia. Daddy punya nnti kakak Mia tuntut la kat Daddy ye. 

Pagi tu pulun aku sorang-sorang setting backdrop, tiup belon sorang-sorang. Semua la sorang-sorang. Tiup belon sorang-sorang tu memang sampai rasa nak pitam. Daddy pulak jaga anak-anak dalam bilik tidur. Alhamdulillah dapat jugak siap.

Bila kakak Mia bangun je, panggil dia masuk bilik mainan. Tercengang , blur je muka. Loading lambat sikit kakak Mia di pagi hari ni. Dah lama sikit barulah senyum lebar sampai telinga. Lagi-lagi dapat mainan. Seronok kennnnn.

Alaa sebenarnya hiasan backdrop dan belon2 tu tak penting pun. Cuma nak cantikkan gambar untuk kenangan je. Yang penting kesungguhan buat anak rasa seronok walaupun kejap lagi confirm kena jerit   Dengan mummy sebab sepah mainan. Hehehe. 

















Itu sahaja untuk hari ni. Sekian :))










Thursday, April 10, 2014

Sambutan Birthday Damia Nur Farysha yang ke2 tahun

Tanggal  5 haribulan, bulan 4, tahun 2014. maksudnya 5.4.2014 la.
Kami buat majlis kecil-kecilan dan simple sempena birthday Damia yang ke2 tahun. Mmg x jemput ramai pun sebab niat sebenarnya nak bagi Damia seronok dengan belon-belonn, hello kityy, gula-gula yang banyak.
Tema terus pilih hello kitty sbb masa tu Damia excited sangat kitty ni kalau nampak je kitty, suka sangat sebut "titty" sambil cucuk2 pipi dia. kahkahkah sebab tu je pun. 

Selebihnya, tengok gambar pada hari kejadian. Nasib baik achik ada tolong jd photographer. 





















Aku terkilan sangat sbb x bergambar dengan si Damia ni banyak-banyak. Pakai comel2 tapi x bergambar. Kesian dia. Masa ini Damia mmg struggle habis tak tidur siang. pastu malam tido, esoknya bangun kul 12 tengahri termasuk la kitorg.  miehehe.

Lagi satu, aku langsung x bergambar dengan kawan aku, amal dan ida sbb sanggup juga dtg ke umah aku. 2 orang tu je yang duduk dekat dengan putrajaya. dahlah masing2 susah nak berjumpa. Sabar jela.

ok last-last. mak abah pun sempat jugak datang walaupun ada majlis lain yang kena attend. terima kasih sbb menyempatkan diri untuk datang ke birthday cucumu ini. kehkehkehkeh.

Apepun, terima kasih kepada yang sudi datang dan memeriahkan majlis Damia kali ni. Kami mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan. 

Sekian.

Persiapan Sambutan Birthday Damia (Hello Kitty)


pertama, pergi tempah belon kat Party Glowing House, Jalan Reko. Kak Izan yang kenalkan nama kedai ni. Belon-belon mmmg banyak pilihan. tinggal ada duit atau takde jela nak membayar. Aku bajet ciput je so aku amik belon helium color putih, soft pink dan fuchsia (semuanya 10 belon) daaaannnnnn satu belon hello kitty ni utk si kecik mummy ni.


kedua, setiap hari call ibu, tanya pasal makanan. Mesti kena tanya ibu sbb dia la chef pada hari kejadian. kalau harapkan aku masak sorang, kang satu dua makanan je sempat masak. tupun kalau bernasib baik sempat dua makanan. keh3. menu hari kejadian adalah :
- carbonara spagethi
- bihun goreng 
- roti jala dan kari ayam
- roti sosej dan cheese
- nugget 
- kuih apam soda / apam mekar
- kuih seri muka
-buah tembikai susu
- air sirap orange dan teh suam
dengan rendah dirinya, along ucapkan terima kasih kat ibu, sanggup nak datang dan masak. kalau ibu takde, terkulat-kulat anakmu sorang-sorang kat dapur sambil meleleh air mata. miahaha.
eh ayah pun kena terima kasih jugak sbb kalau bukan sebab ayah yang bawak, mmg xde la  chef pada hari kejadian. tehehe.
eh, achik la yang bawak kereta. ah terima kasih jugak la. kak pun, terima kasih jugak. ili, hampeh x berguna langsung. kah3.

Ketiga, goodies bag. Kebetulan jumpa hello kitty plastic bag ni kat Glowing Party House. murah je. 10 keping, RM3.90. kan murahh tu. aku beli 20 keping. Yang dalamnya, aku isi alat tulis winnie the pooh / barbie, belon, mask, ape nama benda alah yang tiup2 bunyi bising tu (tak tau nama) dan cloud9 waffle. yang bernasib baik je yg dapat cloud9 waffle tu sbb hari tu masa sibuk masukkan dlm goodies bag tiba2 tak cukup. ingat nanti beli lagi. mmg dah beli tapi bila majlis dah selesai baru ingat waffle tu dlm kabinet lupa nak masukkan dlm goodies bag. wakaka. maaf naa.


Keempat, decoration. Bab deco-deco, aku buat sendiri. konon DIY la sangat. puihh!







Banner atas ni aku buat sendiri. kan dah kata konon DIY. Gigih aku buat kat ofis. lepas kul 5 petang je, cepat2 main gunting-gunting dan tampal-tampal. yang bunga-bunga comel tu beli kat Mr DIY jusco equin. murah je rm1.90. miehehehe.


 Cupcake 3 tier tu beli kat Mr DIY harga RM5.50 sahaja. Balang bertutup tu aku beli kat ikea harga tak ingat tapi bawah rm10. Candy jar yang tinggi kat belakang tu, bekas smarties n jelly, white plate, patung hello kitty dua set siap kerusi dan alas meja aku sewa dengan @partyliciousbydyahaha. boleh search instgram. puluh-puluh hengget je. mudah dan senang nak berurusan dengan kak Dya ni. Deco semua buat sendiri naa. mungkin nampak serabut sikit tapi LANTAK LA sbb majlis dah lepas. hahaha.



Photobooth ni plk hasil kerja keras adik aku, fatin. bersengkang mata dia buat malam-malam. frame dan ptung hello kitty serta kerusi tu la yang aku sewa sekali dgn candy jar. Nasib baik budak-budak yang datang tak bersemangat sampai terbawak balik patung tu. jenuh aku nak menggantinya.kakaka.



Doodle-doodle ni hasil tangak pakciknye plk. Mmg hantu lukis si achik ni. Dia yang offer diri lukis benda ni. 





















nak jugak hello kitty kat tempat ambil makanan ni. Idea last minute. kata pun tema hello kitty.


Kelima, kek Damia. seminggu sebelum majlis order kat Kak Eda, kawan husband masa di JAKIM dulu. murah kek ni. mokcikk suka sangat sbb ada orang puji sedap kek ni. betul tak Kak Mas? kehkehkeh.


Nak jugak hello kitty. 















dannnnnn




akhirrr kataaaa....











Itu sahaja. sebab tangan dah lenguh menaip. Bye! 


Hari Kejadian ; Sambutan Hari Lahir Damia Nur Farysha